title

23 Dec 2003

Di pagi hari

Hari ni tadak kelas pagi of TD1113 (Information Systems) tp aku ttp gi kelas gak, sbb??? dewan kuliah kosong n it's early in the morning. Masa yg terbaik untuk surf internet kat komp lecturer yg ada kat depan dewan tu. Pepagi ni connection mmg laju. tak la cam kat cc kolej @ cc mall @ lab @ kat pusat Islam pada bila2 masa. Lagi pon belum tentu tmpt2 kosong, everytime penuh jek, n aku takmau gamble masa aku utk kesana. Pastu go breakfast kat cafe sebelah Marrybrown. Aku realized betapa bestnyer jalan kat sini time pagi ni bila suma students dah masuk kelas. Sunyi n nyaman n damai, just dengar bunyi burung saja (pehal emo je pagi ni, hmmm). kat cafe pon ta' banyak students n staff, senang cari tmpt duduk, amik makanan n makan (senang aku, aku tak suka makan tmpt crowded). Next, terus ke mall. Draw duit PTPTN. Byk nak pakai duit ni bila blk cuti midsem ni (esok). Timing yg baik juga padaku, sbb kat sini pon students tak q. In fact takde students pon kat ATM ni. Pastu terus ke pusat Islam utk research assgnmt TITAS n tulis blog ni (kat sini lagi la tadak org pagi2 ni.).

16 Dec 2003

$$$, midsem break n kawin

Minggu yang havoc untuk suma pelajar kat U. Bukan sbb midsem exam, mahupon midsem break merangkap cuti krismas dan tahun baru tapi minggu ni adalah minggu mari peksa n kuarkan (kalo dah masok) loan PTPTN. Suma ATM kat mall, library n kolej ada barisan panjang students pada sepanjang masa. Dari pagi sebelom kelas mula kol 8 sampaila lepas mall tutup kol 11 sebih malam. Aku tak peksa lg akaun aku. Tak urgent sgt sebab aku tak perlukan duit tu lagi, bukan aku byk duit, tp cukup la sampai nak cuti midsem ni. MUNGKIN pastu baru aku perlu pakai duit tu.
Midsem start 24/12 pada yg tadak ko (aku la tu). Tiket luar U dah abis sampai akhir tahun. Aku balik naik bas U jer. Senang citer. Tp balik semula nanti aku tak naik la bas U, aku harap. Bukan aper, adventure sket balik U naik bas kat Syahab.
To bapak n Iben, selamat menempuh alam rumah tangga. Sori sbb tak dapat datang. Immie,kak ina n datin bila plak??? tunang, tunang dah. fixi??? ko plak bila??? begitu Juga kpd geng yg ke PD. enjoyz n jgn lupa upload gambar nanti.
Beransur dulu...

7 Dec 2003

Minggu pening kepala

Minggu ni memang satu minggu yang paling mencabar sejak aku sampai kat uum ni. 4hb lepas ada hari ramah mesra kolej pernas n darinya student sem 1 kene amik 100 tandatangan senior dalam masa seminggu. Semalam ada ujian 1 Math for IT. Ini yg paling pening kepala. Ujian midsem paling awal. Byk gak yg nak kene stadi+hafal+wat latihan n aku dah stadi all out (rasenyer) 4 this exam. Aku harap aku bleh lulus. cemerlang??? Hmm.. Tak kot..
Hari ni (8:30 mlm) ada majlis ijazah pertama cekak. yep, aku decide utk sambung balik cekak kat sini n ini bukan under koku, sbb koku aku cadang nak amik gokat. Lelain, statistik ada latihan nak kene hantar hari ni (kelmarin baru bagi), Titas ada assignment tp ada orang dah tanggalkan senarai nama kumpulan n tajuk @ lecturer yg tak tampal lg. Java ada latihan makmal yg kene hantar lusa (dah siap, cepat je kalo psl programming ni).
Hepi Besday to my friend FIXI, esok 8 Disember.dah tua dah ko yer. Tp tak jugak kawin2. Bila nak kawin ni???

18 Nov 2003

Spekku sayang

Blaja memang tak mudah untuk orang yang rabun cam aku. Nak 2 lagi kalo takde bantuan cermin mata @k@ spek. Time nak salin nota kat dewan kuliah paling seksa, dok depan ka, dok belakang ka, memang tak nampak(tak jelas @ kabur, bukan bute terus yer). Sebenarnya spek aku patah time orientasi lagi. Dah gi optometrist semalam n siap lagi seminggu. Sementara tu menggagau la aku nak ikut kelas.

11 Nov 2003

Cyber Reunion

Untuk pertama kalinya semenjak dua hari sebelum orientasi (2 Nov) aku berjaya guna komputer/internet. Takde ap yg nak dibuat pas kelas IS, aku gi hantar borang jawapan WEBOpac kat library. Kat kaunter tu ada komp kosong, so aku pon amik le se(satu). Sebab usage adalah free, so ada had masa dikenakan. Sejam je. Sempat check Hotmail n Yahoo je, itu pon tak baca email yg aku dpt. Just buang spam, nak pastikan inbox tak penoh. Blog pon tak sempat update. Cepat! Cepat! student lain nak pakei plak! jd pas ni sebarang insight aku tulis dulu, ada masa n komp barulah boleh update blog. Sekian, terima kasih.

10 Nov 2003

Pekan Changlun

Pekan changlun merupakan pekan yang paling dekat ngan UUM. Lebih kurang 5-6 km gitulah jauhnyer.Pekan ni takdelah koboiish sangat seperti yang "dipropagandakan" oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. At least jem la jugak jalan kalo ada pasar ramadahan n time org nak balik kejer tu. Aku kuor ke pekan ni sebab ikut senior aku "membeli belah" n aku tumpang gunting rambut di kedai berdekatan. Kejap je pon kuar, lebih abis buat keperluan memasing terus balik kolej. Nak jenjalan? takde apa yang terlalu menarik nak dibuat/ tengok nak sini sebab pekan ni just a place untuk orang meneruskan kehidupan sementara menanti tempat yang lebih abadi.

9 Nov 2003

Hari pertama masuk kelas

Jadi aku terlepas sahur hari. yelah, penat angkat barang n kemas bilik semalam. Telan air sejuk n kurma jer (x dikira sahur sbb makan sikit sgt) pastu smbg tido blk. Aku tak gi kelas pertama aku, Information Systems sbb kene gi wat medical checkup. Kelas Stats lak lecturer tak datang. kelas ni patut abis kol 7. maybe lect tu nak bebuka kot, sbb tu tak datang. so, aku blk awal. Singgah kat kafe, jumpa geng gagak hitam. terus jer bebuka ngan diaorang. Bagos tol group ni, first day dah nak cari awek dah. nasib baik aku tak terlibat.

8 Nov 2003

Hari perpindahan beramai2

Bukit Kachi mmg best dari segi kemudahan, sebab kolej ni baru dibina tak sampai setahun yang lepas. Cuma disebabkan kolej ni ialah extrnal kolej, maka transportation menjadi masalah. Hanya bas yang ada utk pelajar dan hanya pelajar yang "berkepentingan" sahaja yang boleh dapat pas kenderaan. Tak Adil, Tak Adil... Kolej ni jadi tmpt minggu suaikenal, jadi lepas abis minggu tu kenalah transfer balik ke kolej tetap memasing. Aku dapat kolej pernas, kolej dalam kampus yang amat strategik. kenapa? nanti aku citer aa... jadi hari last orientasi, sebelom sesi perjanjian dengan PTPTN, dah kene punggah barang dari bilik ke dewan bukit kachi. dari atas bukit ke bawah bukit. penat tuuu... sebab kene angkut barang bebudak pompuan yang sarat ngan perkakasan wanitanya mereka itu. pas perjanjian ngan PTPTN, tgh2 panas kol 12 tu kene plak angkut naik ke bas. pergh.. panas + penat tak ingat nyerr. citer tak abis kat sini sebab dah tentu bila dah sampai kat kolej kene plak angkut ke bilik dari bas. itu pon kene tunggu 1 jam sbb org2 kerajaan yg keje kat kolej tu nak berehat. lepas tu jer baru dapat kunci ke bilik memasing. Bilik aku jgn citer aa.. sedih tahap maksima. macam....(x der perkataan aku nak gambarkan). tu tak tgk bilik air lagi tu. macam s*#L. Bengang, Bengang.

7 Nov 2003

Kesimpulan Orientasi

Esok last day minggu suaikenal. kesimpulan dari minggu orientasi ni:-
macam biaser je. Byk taklimat n ceramah n taklimat lagi. Mungkin bolan posa yg menyebabkan tiada "kekerasan" daripada krew ajk orientasi. Minggu suaikenal yang paling lepak penah aku ikut.

31 Oct 2003

Persaraan demi persaraan

Dua BIG event berlaku kat MalaysiaKu tercinta hari ni. First, aku secara rasminya meletakkan jawatan dari post aku kat Cosmo. 2nd, pada hari ni gak, Dr. Mahathir (PM, Malaysia kelima) bersara dari jawatannya.
Aku tiada pengganti (maybe takde yg layak ganti tempat aku ni.). che det digantikan pak lah.
Aku tak dapat naik pangkat atau gaji (malahan gaji aku kene hold, HAMPEH NYER WINA). che det dapat TUN n pencen.

Pelik kan??? padahal aku lagi tahu dari dia pasal memblogging ni. Tak adil, tak adil...

so aku habiskan hari ni ngan amik gamba kenangan ngan staff n student. aku akan upload nanti bila gamba dah siap.

n adios guys. good luck dlm menempoh hari-hari di cosmopoint.

28 Oct 2003

So the end will be???

Aku dah bincang ngan en. hasnul pasal resignation aku. jadi akan stat 1 nov ni n aku kene bayarla sebulan n 13 hari gaji sebab tak cukup 2 bulan ikut kontrak. esok akan datang untuk setel serah tugas, bayar yuran, pengesahan n amik gambar.

2nd day puasa(pose) barula blh berbuka kat umah. smlm kene bebuka kat opis sbb aku tutup opis. takda hati nak gi pasar ramadan pokok buluh hari ni. terus balik umah. jalan bapok la jem nyer.

n mlm ni jgk la dpt gi terawih. pas terawih siapkan surat resign.

aku tak tau lg nak tido kol baper walaupon mata dah ngantok ni.

26 Oct 2003

Masuk UUM

Aku dapat masuk uum!!! yea?? entahlah... sbb tu la ku tak dpt post someting new kat sini. well, nampaknya blog ni akan jd blog aku sbg warga uum. aku akan stat posting lepas setel suma kerja nak daftar ni. mungkin on the way tu aku post la sikit sikit kot.