title

18 Nov 2003

Spekku sayang

Blaja memang tak mudah untuk orang yang rabun cam aku. Nak 2 lagi kalo takde bantuan cermin mata @k@ spek. Time nak salin nota kat dewan kuliah paling seksa, dok depan ka, dok belakang ka, memang tak nampak(tak jelas @ kabur, bukan bute terus yer). Sebenarnya spek aku patah time orientasi lagi. Dah gi optometrist semalam n siap lagi seminggu. Sementara tu menggagau la aku nak ikut kelas.

11 Nov 2003

Cyber Reunion

Untuk pertama kalinya semenjak dua hari sebelum orientasi (2 Nov) aku berjaya guna komputer/internet. Takde ap yg nak dibuat pas kelas IS, aku gi hantar borang jawapan WEBOpac kat library. Kat kaunter tu ada komp kosong, so aku pon amik le se(satu). Sebab usage adalah free, so ada had masa dikenakan. Sejam je. Sempat check Hotmail n Yahoo je, itu pon tak baca email yg aku dpt. Just buang spam, nak pastikan inbox tak penoh. Blog pon tak sempat update. Cepat! Cepat! student lain nak pakei plak! jd pas ni sebarang insight aku tulis dulu, ada masa n komp barulah boleh update blog. Sekian, terima kasih.

10 Nov 2003

Pekan Changlun

Pekan changlun merupakan pekan yang paling dekat ngan UUM. Lebih kurang 5-6 km gitulah jauhnyer.Pekan ni takdelah koboiish sangat seperti yang "dipropagandakan" oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. At least jem la jugak jalan kalo ada pasar ramadahan n time org nak balik kejer tu. Aku kuor ke pekan ni sebab ikut senior aku "membeli belah" n aku tumpang gunting rambut di kedai berdekatan. Kejap je pon kuar, lebih abis buat keperluan memasing terus balik kolej. Nak jenjalan? takde apa yang terlalu menarik nak dibuat/ tengok nak sini sebab pekan ni just a place untuk orang meneruskan kehidupan sementara menanti tempat yang lebih abadi.

9 Nov 2003

Hari pertama masuk kelas

Jadi aku terlepas sahur hari. yelah, penat angkat barang n kemas bilik semalam. Telan air sejuk n kurma jer (x dikira sahur sbb makan sikit sgt) pastu smbg tido blk. Aku tak gi kelas pertama aku, Information Systems sbb kene gi wat medical checkup. Kelas Stats lak lecturer tak datang. kelas ni patut abis kol 7. maybe lect tu nak bebuka kot, sbb tu tak datang. so, aku blk awal. Singgah kat kafe, jumpa geng gagak hitam. terus jer bebuka ngan diaorang. Bagos tol group ni, first day dah nak cari awek dah. nasib baik aku tak terlibat.

8 Nov 2003

Hari perpindahan beramai2

Bukit Kachi mmg best dari segi kemudahan, sebab kolej ni baru dibina tak sampai setahun yang lepas. Cuma disebabkan kolej ni ialah extrnal kolej, maka transportation menjadi masalah. Hanya bas yang ada utk pelajar dan hanya pelajar yang "berkepentingan" sahaja yang boleh dapat pas kenderaan. Tak Adil, Tak Adil... Kolej ni jadi tmpt minggu suaikenal, jadi lepas abis minggu tu kenalah transfer balik ke kolej tetap memasing. Aku dapat kolej pernas, kolej dalam kampus yang amat strategik. kenapa? nanti aku citer aa... jadi hari last orientasi, sebelom sesi perjanjian dengan PTPTN, dah kene punggah barang dari bilik ke dewan bukit kachi. dari atas bukit ke bawah bukit. penat tuuu... sebab kene angkut barang bebudak pompuan yang sarat ngan perkakasan wanitanya mereka itu. pas perjanjian ngan PTPTN, tgh2 panas kol 12 tu kene plak angkut naik ke bas. pergh.. panas + penat tak ingat nyerr. citer tak abis kat sini sebab dah tentu bila dah sampai kat kolej kene plak angkut ke bilik dari bas. itu pon kene tunggu 1 jam sbb org2 kerajaan yg keje kat kolej tu nak berehat. lepas tu jer baru dapat kunci ke bilik memasing. Bilik aku jgn citer aa.. sedih tahap maksima. macam....(x der perkataan aku nak gambarkan). tu tak tgk bilik air lagi tu. macam s*#L. Bengang, Bengang.

7 Nov 2003

Kesimpulan Orientasi

Esok last day minggu suaikenal. kesimpulan dari minggu orientasi ni:-
macam biaser je. Byk taklimat n ceramah n taklimat lagi. Mungkin bolan posa yg menyebabkan tiada "kekerasan" daripada krew ajk orientasi. Minggu suaikenal yang paling lepak penah aku ikut.