title

28 Dec 2004

Road show mppuum di pkp.




Ini adalah kali pertama mppuum membuat penampilan kepada khalayak pelajar. Kesemua sekali 39 orang yang menang tanpa bertanding tu. Jppk kolej laluan A pon patutnya ada juga. Tapi tak tau la kenapa, cuma jppk pernas je yang hadir. Sebenarnya majlis ni dah dibuat dari sem lepas lagi, tujuannya untuk memperkenalkan barisan mppuum kepada pelajar dan mendengar komen dan komplen daripada pelajar. Tnc hep pon ada (tnc hep ke??? aku pon tak pasti).Masa ni la baru kita dapat lihat kesannya. Kesan menang tanpa ditandingi. Memang ramai pelajar kat pkp tu, tapi depa datang bukan nak join road show. Mereka cuma datang nak wat group miting je. So majlis tu berlangsung dengan mppuum sesama mereka, dengan di sekeliling mereka pelajar duduk berbincang, tidak memberikan perhatian. Sampai kol 1030, kat sekitar pkp tu dah takde orang dah, tinggal mppuum je. Situasi ni jelas tunjukkan kesan dari kemenangan tanpa bertanding ni. Mereka menang tanpa sokongan dan itulah yang terjadi hari ini. Tiada sorang pon yang datang memberikan sokongan. Dan aku pasti lepas ni pon untuk setiap pekara yang depa nak buat, pasti tidak akan mendapat sokongan. Mereka hanya ada mereka saja. Mppuum wujud sebab u lain pon ada mpp mereka sendiri. Pelajar UUM tak kesah samada mereka wujud atau tidak. Mungkin dari dalam hati pelajar tahu takda apa yang mppuum boleh buat untuk membela nasib pelajar.
Mereka memang tak leh wat apa2.Tgk saja bila ada pelajar yang suarakan komplen mengenai yuran bas. Masalah berbangkit bila pelajar semester akhir yang menjalani praktikal perlu juga membayar yuran penuh termasuk yuran bas. Padahal depa xguna perkhidmatan ni. Jawapan dari tnc, perkhidmatan bas adalah dikongsi bersama semua pelajar berdaftar, walaupon student praktikal sekalipon. Mppuum menyepi, tak terkata apa2.

26 Dec 2004

Gempa Bumi

Aku tak tau langsung pasal kejadian ni sehinggalah lepas balik dari pasar malam kat masjid. Walaupon masa nak pegi tu ada lalu kat kafe n sempat jeling kat tv, aku tak la agak kejadian gempa bumi tu sampai begitu dahsyat. Aku agak hanya gegaran kecil je macam yang biasa jadi kat Sabah tu. So aku pegi la membeli belah dengan hati senang, yelah, loan ptptn baru masuk. Tapi masa nak balik tu, walaupon kawan-kawan (aku g ngan lan, jan, peja n khirul) nk lalu ikut belakang (segan nk lalu depan kafe)tp aku ntah macamana terlalu gak kat kafe. Masa tu la aku tertgk part akhir berita TV3, dimana depa tunjukkan kemusnahan lepas kejadian gempa bumi tu.Dan aku realized yang kejadian ni jauh lebih dasat dari yg aku fikirkan. Aku terus telefon rumah. Tak ingat nak makan dah. Sebab aku baru teringat yang siang tadi aku dapat miskol dari rumah dalam kol 3.00 gitu. Lepas tu aku tepon balik tapi tak dapat2. AKu dah mula risau takut2 parent aku balik ke penang bila tau pasal kejadian ni. Tak dapat kontek umah, aku kontek Wati, dia pon tak dapat kontek umah dari siang tadi juga. Tapi bila tanya kat dia pasal kampung di penang, dia kata semua selamat.Famili Pak ngah, Mak teh, Mak su, Pak cik n semua2lah ok. Alhamdulillah, lega aku dengar.Rumah Mak teh pon ok juga,btw, wati ada kt umah Mak teh.So lepas tu aku kontek Luqman, nasib baik dia ada kt umah. So aku suruh dia tepon balik. Rupa2 rupanya tepon kat umah rosak.Tak berdering bila ada orang tepon.Hmmm. Patutla takde org angkat.Parent aku ngan Luqman ok je. Depa tak balik kampung pon. Cuma mak tepon tadi siang bila dapat tau pasal kejadian ni sebab risau kot2 aku g penang. Alhamdulillah juga, kebetulan kejadian tu jadi hari ahad, hari bekerja kat kedah, so ada kelas hari ni. Macam Syam, Amir n Zaf yg pegi penang semalam, mesti depa rasa sgt lega. Lepas tepon rumah baru aku ada hati nak makan, memandangkan semua famili n sedara mara selamat. Tetapi masih sedih ngan kejadian ni, kejadian yg tak penah terfikir dan tak penah terlintas di fikiran kita akan terjadi kepada kita.
Sejak dari sekolah rendah kita diberitahu bahawa negara kita ini adakah bebas dari kejadian seperti ini, memandangkan negara kita tidak termasuk dalam lingkaran gempa bumi dan gunung berapi, walaupon kita terletak di tengah2nya. Kita tak pernah diberitahu bahawa kita juga berisiko menerima kesan gempa bumi seperti yang kita telah kita alami hari ini. Siapa sangka pada hari yang cerah tiba2 ada ombak besar melanda. Lihatlah berapa ramai yang terkorban hanya kerana mereka tidak tahu apa yang sedang berlaku. Mereka tidak pelik melihat air pantai tiba2 mencetek malah gembira melihat ikan2 terdampar dipantai lalu pergi mengambil ikan2 itu. Masa itulah ombak ketiga melanda dan meragut korban yang lebih besar. Aku rasa pelik mengenai tahap sistem amaran awal bencana alam kita dan negara jiran, memandangkan gempa tu berlaku pagi, sepatutnya ada masa yang cukup untuk semua orang dikawasan yang terlibat berpindah ke kawasan yan selamat. Kerosakkan harta benda meman tak dapat dilindung kerana ombak besar tu memang tak dapat dihalang, tetapi sekurang-kurangnya kehilangan nyawa dapat dikurangkan. Tetapi aku juga percaya kepada takdir Allah. Secanggih manapun teknologi dan perancangan manusia, sekiranya ianya telah ditakdirkan, tetap akan terjadi.

Lebih banyak maklumat dan link kat Jeffooi

Baca ini dan fikir. Adakah korban dapat dielakkan???

Al-Fatihah kepada semua mangsa gempa bumi 26 12 04.

Storytelling

Time lab HCI sekarang.Nak wat keje pon rasa x bes sbb jap lg ada storytelling time english nnt.Kene citer pasal puteri Diana. Tak prepare apa2 pon. Hentam sajalah labu nanti.

25 Dec 2004

Ke AS

Aku nak wish MERRY KRISMAS kpd semua anda yang beragama kristian.Hari ni cuti dan aku n lan dah rancang nk kuar beli tiket balik cuti midsem ni.Semalam check PTPTN still x masuk lagi, so kalo turun Alor Star hari ni x byk la pekara yang boleh dibuat.Beli tiket je la kot.Kene beli awal2 sebab cuti midsem kali ni integrated ngan raya haji so kemungkinan tiket akan habis adalah amat tinggi.

23 Dec 2004

Tolong Shah update website

Kat lab pernas, dah dua kali kene tolong shah ngan website dia.Semalam ngan hari ni. Hampes tol. Kebetulan intenet laju lak, so amik kesempatan la post something kat sini. Post lain akan menyusul nanti.

22 Dec 2004

PTPTN x masuk lg

Ramai pelajar yg dah mengeluh ni, sebab dah hampir sebulan semester bermula tapi pinjaman PTPTN masih belum dimasukkan ke dalam akaun lagi ni. Semester ni terasa betul lambatnya, sampai jadi perbincangan hangat semua pelajar kat mana2 pon. Kat bilik cerita pasal PTPTN, kt kelas pon sama, apatah lagi masa makan kt kafe. Itu belum masa naik bas nk gi kelas, benda ni dah jadi problem besar, sampai masa couple2 dating pon topik yang sama dibincangkan, yelah nanti gaduh pulak sapa nak belanja sapa kan. Dah dua sem isu PTPTN lambat ni xjd hal utk aku, sebab aku manage utk ada at least amaunt y cukup utk aku bertahan selama dua bulan. Tp sem ni lain sket sebab aku ada xsampai rm200 pon. Dah tu sem ni banyak pulak modul subjek yg mesti dibeli. Kalo nak tunggu PTPTN masuk memang tertinggal la aku. Lagi satu masalah ialah nak balik midsem nanti. Tiket kene beli awal sebab cuti kali ni gabung ngan Raya Haji. Tapi dana poket dah nak kering dah, tinggal cukup makan sekali sehari selama beberapa hari je lagi ni. Ramai pelajar yang dah mintak dana dari parent masing2. Termasuk la aku. Terpaksa sangat, especially sebab nak beli tiket balik je ni. Memang menyusahkan betul la PTPTN ni. Hampases.
Bila ada masalah camni dan ada banyak pula mulut yang bercerita, maka banyak la spekulasi kenapa PTPTN kali ni lambat sangat. Antara khabar angin kenapa PTPTN masuk lambat :-

1. PTPTN tak ada dana n terpaksa mintak bantuan sumber lain, so amik masa.//pada aku alasan ni kontkrit gak, sebab penah kuar sotkaba yg mengatakan xsampai 1 percent penerima PTPTN yg dah tamat membayar balik pinjaman dan penah kuar juga yg masih meminjam kene bayar sebelum tamat belajar ( solution paling bengong penah aku dengar ). Masalah ni jadi sebab PTPTN dakwa xdpt kesan penerima pinjaman ni, kecuali la kalo depa keje ngan kerajaan. Pada aku mudah je nak atasi masalah ni, check je la kat KWSP. Kalo depa keje, duit gaji depa mesti kene potong ke KWSP.Bukan PTPTN xleh kerjasama ngan KWSP.Hmmm. Mungkin xde sorang pon kt PTPTN tu tau IT kot termasuk la bos besar depa. Hampases.

2. PTPTN laburkan duit tu in short term kt bank.// ini pon boleh jadi. walaupon xde bukti sahih dan sah. Aku penah dengar Bank Negara wat pekara yg sama. Laburkan duit dalam beberapa juta kt bank komersial dalam masa singkat, means < in 2 weeks. Kalo dapat 1 percent interests pon, berjuta2 jugak tu dalam poket. Aummm. Mungkin lain2 pemegang dana cam KWSP and Tabung Haji pon wat bende yang sama. Sapa tau kan.

3. PTPTN tak tau semester baru dah mula.//alasan dari khabar angin paling bodoh penah aku dengar.Patut depa pihak paling awal tau pasal semester baru mula.Yang ni aku x baper xpecaya jgk la.

4. The Star khamis 24 Disember 2004,ada glitch kat database pelajar IPTA PTPTN.So jadik problem kat PTPTN utk masukkan duit tu sampaila masalah database tu diperbetulkan.//alasan ni konkrit gak.Walaupon gitu,sebagai pelajar IT,pekara ni membangkitkan persoalan aku,takkan depa xwat backup??? Depa patut backup everything, supaya kalo terjadi apa2, downtime adalah minimal.Patut kene pecat la depa punya IT Exec tu.

Takde sorang sorang pelajar pon yang komplen macam ni-> PTPTN ni nak bagi duit ke tak nak ni? Nak bagi wat la cara nak bagi,tak nak bagi sudah.

19 Dec 2004

Hmm, bz ni.

Dlm lab HCI skrg ni. Wat Macromedia DIrector. Aku x penah blaja Director sblm ni, so it excites me. Math n datakom dah ada kuiz minggu depan n assignment n projek. Jap lg ada english n pastu Os sampai 530. Mlm Mus nk jumpa pasal diskusi siswa. Keje dah makin byk. Aku harap aku blh keep up dengan bebanan ni. Kene ubah sikap. Ye..kene ubah sikap.

2 Dec 2004

Yeaaaaa, dapat Higher Edu

Akhirnya bejaya jugak add paper higher edu. Semalam kebetulan je lalu kat pejabat STM dan terlihat notis tambahan kelas higher. Bukak 6 kelas tapi pepagi dah kene g dah. Takpeeee....Pagi-pagi jgk aku turun lab. Akhirnya dapat jugak. Tak ramai yang ada kat lab masa aku daftar tu. Samada x bgn lagi atau depa tak tau. Tak kesahlah, yang penting aku yang dapat. Sama kelas ngan Syahril. Shai n Khirul satu kelas lain. Azue, Intan n Rozie x nampak lagi.Aku rasa depa dah givap kot.
Hari ni kelas Data Kom n Struktur Diskret batal sebab lecturer ada pejumpaan ngan NC. So aku hanya akan masuk kelas HCI n Higher yg baru di tambah td. Sementara tu, surf intenet di lab STM.

1 Dec 2004

If a child

Dah ramai jugak kawan2 aku yang dah berkahwin dan dah atau bakal menimang cahayamata(nak dpt baby la tu).Yang paling awal Acap. Mimi dah dapat anak lelaki, Aemi pon dah kawin.Kakak Susilawati bakal dapat nak kedua.Kepada semua kawan2 yang dah ada or bakal dapat ni aku tujukan poem ni kat anda semua. Baru dapat tadi masa surf internet.

If a child lives with criticism,
He learns to condemn

If a child lives with hostility
He learns to fight

If a child lives with ridicule,
He learns to be shy

If a child lives with shame,
He learns to feel guilty

If a child lives with tolerance,
He learns to be patient

If a child lives with encouragement,
He learns confidence

If a child lives with praise,
He learns to appreciate

If a child lives with fairness,
He learns justice

If a child lives with security,
He learns to have faith

If a child lives with approval,
He learns to like himself

BA2022, kuncisudu membebel

Aku kat lab tgh tunggu utk add paper BA 2022, English for Higher Education. Masuk hari ni dah dua hari menunggu utk kelas tambahan paper ni dibuka, bersama-sama dengan ratusan students lain yang tak dapat paper ni,walaupon dah mintak dari sem lepas lg. Tak tau la camana depa, yakni pengurusan universiti nak2 lg FKBM susun kelas BA2022 ni.dah tau byk permintaan utk kelas ni, bukak la byk2. Kalo sikit takpe, ni nak dekat seribu gak yg x dapat(aku agak la).Membebel lagi aku nampaknya. Aku plan kalo sampai esok tak dapat paper BA ni nak amik paper Etika la. Kene tarik jgk paper sem 5 ni walaupon cadangnyer nak save utk sem depan.Hampes punyer UUM.

9 Nov 2004

CELCOM yang hampeh

Baru2 ni celcom iklankan dalam tv sms 2 sen n call 15sen. Wah!!! akhirnya celcom membalas jugak bila maxis n digi push depa punya prepaid. Maxis kurangkan harga starter pack n digi tambah depa punya value added services macam flexi charge. Celcom macam diam bila lama jgk depa x come up dgn something. At last kuar iklan 2 sen tu. Aku ingat makin murahla sms pas ni. Tp keheranan mula timbul bila aku check baki n tgk2 still sms kene 5sen n 10 sen. Pelik??? Cari2 kt sotkaba x kuar plak. dah 2 hari ni. So aku pon g la kt kedai hp. Belek punya belek ropa2nya celcom ni tak ikhlas nk bg sms 2 sen tu. HAMPEH nyer celkom. Sms 2 sen hanya utk mereka yg beli starter pack limited edition. dah tu ada had masa plak, dari 12tgh malam sampai 559 pagi jer. N pastu lak sampai 15 januari je. Inilah apa yg aku panggil x ihklas ni. So dari perkiraan aku, prepaid yg paling kompetitif ialah DIGI. Murah pon murah n kt UUM pon coverage baik.Hmmm...Adakah aku patut btukar ke DIGI???

18 Oct 2004

Esok paper titas2

Aku takleh tido dan esok ada paper titas. Bukan paper tu yg sebabkan aku takleh tido sbb paper tu takde masalah pon. Memang sejak dua menjak ni aku mmg tak leh nak tido malam. Tergolek sana terguling sini tapi mata tak lelap2 gak. Insomnia??? Tadi baru je tapau nasi putih dan daging masak kicap utk sahur. Pertama kali turun kafe beli makanan sahur. Sebelum ni cuma makan roti n tuna dlm tin je. Setakat ni aku tak penah tak sahor lagi. Posa pon awal lagi so tak leh nak kata byk la. Nanti nk dekat abis posa byk kali la kot terlepas sahor. Sebelum tu sembang ngan Bob. Bob dtg bilik amik tips titas 2. Bagus tol, pagi nak peksa, mlm baru amik tips. Citer pasal keter Jep yg baru eksiden tu. Berita yg aku tau time eksiden tu malam n budak pompuan sem 1 bawak. Eksiden langgar pokok. Bob kata time tu budak pompuan yg drive tu tunduk nak amik pen jatuh, bgn2 je pokok dah kat depan mata. Aku bukan nak kata aku ni pandai bwk kete, tapi inilah sebab eksiden yg paling klaka penah aku dengar. Kalo dah drive tu tumpu la kt jalan, yg ko sebok nak amik pen jatuh tu apehal plak. Dari citer Bob juga ada kemungkinan Presiden JPPK ( JawatanKuasa Pembangunan Pelajar Kolej ) Pernas adalah seorang perempuan. Budak sem 3 katanya. Aku tak kesah pon. Asalkan boleh wat keje n ada memberi sumbangan bagus la tu. Dan baru aku tau juga selain dari budak2 siam, leha, eila, ezha dan ramai lagi budak pompuan sebatch ngan aku "di campakkan atau dibuang " ke Muamalat. Aku tak perasan sebab aku mmg x cara orang. Nak2 lg budak pompuan. Aku sembang ngan bob lepas layan movie (esok ada paper, blh lyn movie lg tu). Takpe le, tgk movie pon lps stadi, tapi aku stadi tips je la. Nak baca satu buku dah tak sempat dah. Oklah dah kol 5 dah. Nak soq ni. Pastu nak tido. Paper kol 1430, so mmg sempat la hilangkan ngantok. Korang jgn lopa soq yek.

15 Oct 2004

Selamat datang ramadhan

Alhamdullilah, syukur ke hadrat Allah kerana mempertemukan aku dengan Ramadhan pada tahun ini. Bulan yang diberkati dengan memberinya atu malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan dimana didalamnya ada keampunan, rahmat dan kebebasan dari api neraka.
Aku tak tunggu pengumuman ramadhan kat tv. Memang aku jarang tgk tv kat sini. Tgk kalender je. Memang tepat punyer. Time isya' aku n khirul g masjid. Nak sambut ramadhan ngan wat tarawih pertama d masjid. Baru grand sket. Lagi pon tak sure kat surau kolej depa wat tak tarawih. Yelah, time ni pon dah ramai warga UUM yg dah balik ke rumah. Nampaknya semua warga UUM amik serius ramadhan kali ni. Ini terbukti bila lepas tarawih aku ke kafe kolej utk beli roti, nak wat bersahor nanti. Aku punyala terkejut sebab semua roti dah abis! Pelik! sebab baru siang tadi pembekal hantar roti kat kafe tu. Jadi aku pon g la kat koop kat mall. Sampai je kat situ, Aiyaaaa...!!!Roti sudah abis.Taklah abis sebenarnye. Tapi tinggal dua je dan khirul sempat sambar yg last sekali. Itu pon roti gardenia yg mahal punyer. Jadi la, asalkan ada roti nak bersahor nanti. Nampaknya semua warga UUM yg ada berpakat nak bersahor ngan roti cam aku agaknya. Lepas sahor aku tak tido. Tunggu subuh teruslah. Kalo tak mesti terlepas punyer. Hari ni takde paper so x byk xtvt yg dibuat selain dari TIDO. Takleh stadi titas lagi sebab kalo stadi awal2 nanti lupa. Petang lepas asar aku turun ke kafe untuk beli makanan bbuka. Takde kueh so tpaksa beli nasik lauk. Aku tak baper suka nak makan makanan "berat" tapi dah kueh takde, terpaksaler. Tapau je n bbuka d bilik. Tak ramai yg berminat bbuka d kafe. Taktaula kenapa.Aku harap dapat wat yg terbaik bulan ramadhan ni. Ramadhan biasanya akan berlalu ngan cepat, kita tak sedar, tup tup dah nak abis dah. Pesanan utk aku dan kepada yg membaca blog ni, Manfaatkan Ramadhan Anda.

Cik Sha jd tutor

Aku tgh baca nota kenegaraan bila Cik Sha bg sms kata dia dah ada kt uum. So dlm kol 5 aku jumpa Cik Sha kt Am's Kafe. Cik Sha dah dlm seminggu jugak kt sini n dah di terima sebagai tutor kt Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden (FKBM).Aku ingat dapat la dia ajar aku Higher Edu sem depan tapi ropa2nya tak. Cik Sha jd tutor tp tak mengajar la. Dia kene sambung master atas tajaan uum. Yang besnya masa buat master gaji n elaun sebagai tutor jalan. Yang tak besnyer selagi tak dapat tempat pengajian, gaji n elaun x jalan. So sekarang Cik Sha tgh mencari U mana dia nak enrol. Wajib g U luar negara. Aku dengar Cik Sha citer dengan perasaan teruja. Wajib d u luar negara??? semua U tanggung??? gaji jalan??? elaun jalan??? Bahagianya hidup. Lepas abis master tak payah bimbang pasal nak cari kejer lagi dah, keje mmg dah menanti. Ok gak kalo aku target macam tu kan. Tp kene skor la 3.5 ke atas. Takpa, aku akan berusaha bersungguh2. yosshh.gambatte.gambatte.

1 Oct 2004

Entry lambat sbb intenet lembab

Beberapa entry baru yang lambat
//17 09 04 - ceramah isra mikraj
//21 09 04 - konvo ke 17
//23 09 04 - Gosip terkini
//25 09 04 - firedrill

Aku dah try update selama tiga hari sblm ni tp tak dapat sebab intenet lembab nak mampos. Nak bukak login page blogger pon makan masa 7 menet. Kalo buleh login takpa, ni bila dah load page tetibe je jd "error 404, page cannot be displayed". Aku agak timeout kot. Bkn kt makmal komputer pernas je, kt makmal FTM pon sama gak. Aku rasa cam nak pecah2kan je kom kt situ. Pengurusan UUM kene wat something utk upgrade intenet access ni. Jgn nak mkn duit student je ni. Aku byr yuran komputer tiap-tiap semester tau.
Semua kelas dah abis minggu ni.Sepatutnya abis minggu lepas dan minggu ni stadi week. Tp dsebabkn silibus byk dan semester ni ada beberapa event yg besar mengganggu kelas maka byk lect tpaksa wat kelas sampai minggu ni. Kelas aku abis semalam kol 2.Kelas java tu, ada kuiz plak.
So minggu exam final akan stat ahad ni(03 10 04)sampai la 23 10 04. Paper aku stat on

6 - kenegaraan
10 - java
11 - OSK
14 -AI
18 - titas
23 - SAD

Jd dlm waktu exam ni aku mungkin tak dpt update blog ni sekerap sekarang.Stadi maa. Tp lawatlah jugak n cliklah link kat sebelah tu. Time cuti nnt blog ni akan diberi wajah baru selain akan kerap di update. Promise, promise.

Kepada anda yg exam juga -> Selamat stadi n gambatte, gambatte.

25 Sep 2004

Firedrill

Aku dah tuka baju tido pon bila syam bgtau supaya siap sedia utk fire drill mlm ni. Kol 12 katanya. Hampes, ada plak fire drill. Kene la tuka bj plak, takkan nak pakai aku punya tido outfit plak. So sambil nunggu siren tu (fire drill bkn patut secara mengejut ke???) aku siapkan kerje ko k sambil sembang ngan azim. Katanya sem tahun lepas ada sorang student jatuh dari tingkat 3 masa fire drill tu. Masa tu ada demo pertolongan cemas untuk selamatkan mangsa dari banggunan. Ahli bomba tu tak ikat ngan kemas safety harness menyebabkan student tu tergelongsor dan jatuh dari tingkat 3 ke bumi. Patah kaki katanya.
So aku pon tunggu la. Dari kol 12 sampai la nak dekat2 kol 2 baru la ada bunyi siren. Tak lama pas tu semua bekalan elektrik diputuskan. Menggelabah baru la suma student nak kuar dr banggunan tu. Tapi suma lepak je. Jalan pon lenggang2 je. Semua org bkumpul kt parking blok d. Sapa yg taktau ad fire drill mmg dtg ngan pakaian yg melucukan la. Terutamanya siswi. So masa fire drill tu ada penerangan penggunaan pemadam api tapi takde demo selamatkan mangsa dari banggunan. Wonder why.
Dlm kol 3 fire drill tamat.

23 Sep 2004

Gosip

Gosip terkini dari sumber yg mmg boleh dipercayai - Ada student dari kolej muamalat cuba bunuh diri dengan menelan pil. Tah macamana felo kolej boleh tau n halang budak tu. Motif tak diketahui.

21 Sep 2004

Konvo ke 17

Universiti di seluruh Malaysia semenjak dua menjak ni semua pakat2 berkonvo. Tak sabar-sabar nak nampaknya keluarkan grad-grad mereka ke pasaran buruh secara sahnya. "Ketidaksabaran" ni jugak melanda universiti utara malaysia. Jadi pada 18-20hb majlis konvokesyen berlangsung di UUM. Waktu2 ni mmg meriah dgn kedatangan semula senior2. Ramai yg dtg awl ni lepak kt bilik junior yg rapat ngan depa la. Dtg awal utk amik jubah awl so dpt la bgambar ngan kwn2 awal sket. Kepada yg masih menunggu giliran utk bkonvo di sem2 yg akan dtg, time konvo ni mestila ekspo konvo yg menjadi perhatian depa. Bermula dari 15hb sampai la hari last konvo, ekspo konvo berlangsung kt tapak padang kawad palapes. Ini merupakan ekspo konvo yg pertama untuk pelajar sem 1 sem ni dan sem lepas. So mestila ramai yg eager untuk nak amik tau apa sebenarnya ekspo konvo ni.
Aku p on the malam terakhir. Dari pemerhatian aku mmg meriah lah. Lagi2 plak mlm last ni ada Ruffedge plak tu. Secara kasarnya ekspo ni merangkumi beberapa bahagian.

Kawasan Mari Mkn - byk gerai dbuka kt sini.Mmg rambang mata n fenin nak pilih makan apa n byk mana. Omputih kata foods galore. Tp harganya lebih mahal dari yg kt kafe atau dr harga biasa. Org pon ramai, so last2 ko kene tunggu atau pilih je gerai yg kosong.
Kawasan Shopping - Lebih byk gerai dari tmpt mkn n harga standard kalo tak murah pon. Itu hari pertama. Harga semakin hari semakin turun. Paling laku bunga n anak patung. Jgn kata mereka yg dah grad, yg tak grad pon lg byk beli bunga.
Kawasan Konsert - Konsert ni malam je ada. Kalo siang ada demo2 dari kelab dan persatuan kt sini. Mlm last yg aku dtg ada ruffedge. Sejam sebelom depa sampai dah penoh dah tmpt konsert tu.

Aku blk dlm kol 1130 gitu. Tp ramai lg org kt ekspo tu. Kata saksi sampai kol 1 pon ada org lagi.Tak larat la nak tunggu. Lagi pon aku dah dapat 8 poster naruto untukku. Puas hati.

18 Sep 2004

Kelas ko k batal lagi

Kali ni lagi best. Langsung tadak pengumuman apa-apa. Semua orang datang, sampai kol 9 lect ko k ni tak muncul2. Apa lagi, semua orang pon blah la. Aku dah tak larat ngan lect ni. Selalu batal kelas. Kalo ada kelas datang lambat. Bagi assignment macam kelas 3 jam kredit. Lebih2 plak dr lect core fakulti.Oleh kerana dia tak datang hari ni maka aku ke cc pernas.

17 Sep 2004

Ceramah isra mikraj

Isra mikraj sebenarnya jatuh 12hb. Cuti umum hari tu. Tapi tak ada apa-apa event di buat kt sini, samada oleh kolej atau universiti. Oleh itu semua pelajar terpaksa anjurkan aktiviti di bilik masing2, iaitu TIDO. At least itulah yg aku buat, lepas semalam berjaga wat assignment. Cuma hari ni lepas solat jumaat ada ceramah isra mikraj yang dianjurkan oleh pusat islam. Ustaz ni tak ingat pulak nama dia. Dia tak byk cerita psl isra mikraj tu sendiri. Tp byk juga nasihat n peringatan yg disampaikan. Antara yg menarik minat aku.

Pekara-pekara yang harus digopohkan ( maksudnya disegerakan)

1. Bertaubat
2. Bayar hutang
3. Melayan tetamu
4. Menguruskan jenazah
5. Mengahwinkan anak teruna dan anak dara.

15 Sep 2004

Keputusan Majoring

Telah disahkan dengan jayanya bahawa aku tak dapat Majoring. Kene mintak sem depan la. Harap-harap la tak kene extend sem.

13 Sep 2004

Kalut serabut

Hari ni adalah diantara hari-hari dimana aku mengalami komplikasi ( betul ke istilah ni ) penyakit serabut. Memandangkan semalam baru aku tau yg minggu add drop subjek dah lama stat, lalu kalutlah aku gi amik borang add drop kat pejabat FTM tadi. Kes baru tau ni sebabnyer pejabat kolej Pernas tak tampal pon notis pasal minggu add drop ni padahal kolej lain dah dekat dua minggu dah. Hampes tol. Lagi satu tahana plak pasal borang majoring. Hari pertama aku amik borang majoring tu semalam , due date tertulis kat borang tu 19 September 2004. Hari ni aku dapat tau dr classmate aku, esok dah kene hantar borang tu. Memang kali ni bila amik borang tu kat FTM, due date dah jadi 14 September 2004 plak. Aduh, sakitnya hati. Kalut gak aku isi borang tu td. Pastu lupa plak nak kepilkan sekali ngan slip result exam sem lepas. Bergegaslah aku balik ke bilik cari slip tu. Tak jumpa plak, mmg la sbb aku tak bwk. Slip tu ada kat rumah. Tensi aku dibuatnya. Cuba cari kt e-aplikasi pon tadak gak. Last-last givap la aku. Aku pon hantar borang tu tanpa slip result exam tu. Masa nak keluar dari lab komputer tu pulak aku tertinggal testpad n borang add drop tu. Nasib baik mlm ni ada lagi kat lab. Memang hari yg serabut utk ku hari ni.

10 Sep 2004

Krisis tamat @ tamat???

Aku bangun agak lambat hari ni. Malam td bertahan sampai azan subuh dengan mengulang naruto, chobit dan escaflowne. Pastu je baru tido. Mungkin sebab aku dah tak risau lagi sebab bekalan air dah ada balik dalam kol 5 pagi gitu. Lagipon roomate aku takde so aku takut terlepas azan subuh.

9 Sep 2004

Masih lagi tiada air

Aku habiskan masa kat kawasan akademik hari ni, atau pon setiap hari khamis. Setiap khamis, kelas pack dari 8-10, 11-5. Rehat sejam je. Hari ni aku bergegas mandi awal-awal (seawal 630). Bekalan air still tak pulih lagi. Tak puas tol mandi guna pili bomba ni. Tapi memandangkan hari ni aku habis masa kat fakulti je, takle teraser sgt ketiadaan air tu. Cuma sakit hati gak bila balik dari kelas n air still takde lagi. Takleh nak wat apa2, n otak pon jam. Nak mandi tak boleh, nak membasuh tak boleh, nak jerang air pon tak boleh.Wuduk pon bertahan dari zohor tadi. Ceriter dari kolej PROTON, air pili bomba diaorang pon dah abis. Aku rasa jap lagi PERNAS punya lak abis. Aku teraser nak blk kampung kalo sampai pagi esok masih lagi takde air. Tak larat la hidup tanpa air ni. Lagipon kabar angin mengatakan pembaikian paip tu lambat lagi nak siap. Mungkin sabtu atau selewat-lewatnya selasa. Aku x blh tunggu tu. Baju byk tk basuh lagi ni. Walaupon dengan balik ni aku terpaksa ponteng kelas ganti kenegaraan n ko k. Nak wat camana, keperluan comes first kan?

Lawak dari lecturer AI aku : kenapa bekalan air putus??? Mereka jimat air untuk kopi.
Aku tak dapat tahan gelak dari habis kelas sampai la sampai bilik.


//cerita2 lain yg x berkaitan hari ni.
>>hari dapat dua lagi tugasan. SAD n OSK. bergegas ke bilik lect OSK sejurus lepas kelas utk cop tajuk.
>>ada 3 sebab kenapa aku x blh balik kg. 1. kelas ganti kenegaraan( esok, 8-10). 2. Ko k ( nak habiskan bagi buku sketch) 3. group miting java (bincang pasal projek).
>>roomate aku g lawatan kelas. X ingat lak mana dia g (tapi kat KL la). Kol 10 td dia bertolak. So malam ni n esok aku tido sorang.
>>budak2 WARISAN sungguh mengjengkelkan n immature. Patutlah takde sapa nak kawan ngan diorg melain puak-puak mereka sendiri.

8 Sep 2004

Krisis air

Hampir kesemua kolej hari ni keputusan bekalan air. Kolej PERNAS mula malam tadi, dalam kol 11 gitu. Tapi kolej laluan A yg lain macam MAS, TNB dan PROTON pagi tadi lagi dah takde air dah. Kabarnye paip dekat loji air yang bekalkan air ke UUM pecah. Tak tau la betol ke tak. Setakat ni semua orang nampaknya masih boleh bertahan. Ada yang mandi di masjid, terutamanya siswi yang kolej dekat dengan masjid. Ada yang ke dewan kuliah 5. Tapi kebanyakkan pelajar mandi pakai air pili bomba lah. Air tu je yang ada dekat dalam kolej pon. Aku pon terpaksa mandi guna air pili bomba juga. Nasib baik hari ni takde kelas. Kalo tak terpaksa la bangun pepagi sangat atau pon beratur menunggu giliran panjang.Yelah, pili bomba satu je, yang nak guna ramai.

4 Sep 2004

Kelas ko k batal lagi ( kuncisudu membebel )

Aku dah nak keluar bilik dah bila Mariam kol bagitau hari ni tadak kelas ko k. Aiyaa..kelas batal lagi. Bukan aku tak suka kelas batal tapi banyak bende kene setel masa kelas ni. Buku sketch yg aku beli nak kene bagi kat budak kelas aku ( x bg maknanya tak dapat la blk duit aku tu ). Projek game pictionary nak kene diskas n game 2 nak kene try dulu.Kalo dia x dtg takpe, tp ni x bg plak game tu untuk di cuba. Nanti tak menjadi..., akuuu jugak yg kene leter. Dah la batalkan kelas tak wat notis awal, pagi nak batalkan kelas tu la baru nak tampal notis kat pintu. Budak penat dtg kelas pepagi, tup tup tadak kelas. Sapa tak tensi. Apa salahnya bg tau sehari sebelum kat aku or setiausaha dia. bukan susah pon. sms jer. Bukan sekali ni je dia wat hal tau. Sebelom ni masa kelas, dah la dtg lambat ( selalunya setengah jam ), pastu selalu kuar masa kelas sampai sejam lebih gitu, lepas bg kitaorg keje. Dah nak abis waktu baru nampak muka blk. Selalu kelas abis lambat sebab kes ni. Mmg aku tau dia byk keje, tp takkan tak blh organized sket supaya x menyusahkan student dia sendiri. Kalo tak pon jgn la amik kls ni kalo tau semester ni dia akan jd sebok atau mmg akan sebok sepanjang masa.

2 Sep 2004

Anwar bebas

Aku tak tau this EVENT OF THE YEAR ni sampai la lepas makan malam kat kafe. Aku tergerak hati nak gi lepak kat bilik Yazid pas makan tu ( kali pertama semester ni ). Sembang punya sembang Yazid terbagitau yg Anwar dah dibebaskan. Aku cam tak pecaya memula tu. So untuk dapatkan clarification aku kol la ayah aku. So mmg benar la Anwar dah dibebaskan. Selepas dia abis jalani hukuman penjara atas tuduhan rasuah selama 6 tahun dan pertuduhan liwat ke atasnya di tolak mahkamah, maka Anwar adalah orang yang bebas sekarang. Tapi aku rasa ada something yang tak kena. Something is definitely wrong. Sebab ada juga rumour yang mengatakan ada deal antara Anwar ngan kerajaan. n Azizah ngan peguam Anwar seolah2 dah tau keputusan mahkamah at least sehari sebelum tu. Petikan dari www.jeffoii.com "
Subsequently, Kent spoke to Anwar's lawyer, Sankara Nair, on the night before the hearing:


"Oh no, I'm not putting any faith in these rumours," he said.

He then proceeded to spell out in minute detail the next day's schedule of press conferences, passport applications, a possible plane journey to Germany and surgery.

Try as he might, he could not manage to sound like a man expecting to accompany his client back to jail.

It all left one feeling that some kind of deal just may have been done.
".

31 Aug 2004

Hari Kemerdekaan dan Integrasi Merdeka

Hari kemerdekaan pada tahun-tahun sebelum ni mmg tak da apa yang happening. Happenning utk aku la, maksudnya sebelom ni aku tak la merayakan sgt hari kemerdekaan ni. Bendera tak pasang, tak ucap selamat hari kemerdekaan kat sesapa atau pon sambut malam hari kemerdekaan kat mana-mana. Cuma g keje/ kls, balik keje/ kls dan dok kat umah je. Tgk sambutan mlm hari kemerdekaan sambil surf internet. Pagi hari kemerdekaan tido sampai tghari. Nampak tak patriotik sbb lepas hair tu pon semua org kembali ke asal. Aku melihat merdeka ni tak lebih dari sekadar cuti umum je. Sebab negara lain buat, maka kita pon buat.
Tapi merdeka tahun ni rasa cam lain sket. Selain ada aktiviti yang dianjurkan oleh kolej, universiti pon ada wat gak aktiviti. Kalo tak secara suka nak terlibat diaorg paksa. Itulah yg terjadi kat aku. Aku tahun ni secara patriotiknya memasang bendera kat pintu bilik aku. Tadak sapa suruh pon. Bendera pon beli sendiri. RM 5.00 tuuu. Kolej Pernas seperti tahun2 sebelomnya menganjurkan Minggu Gema Merdeka. Ada la aktiviti2 yg dibuat tu. Aku tak terlibat sgt memandangkan kerja2 tugasan melambak nak disiapkan minngu merdeka ni. Universiti plak buat Malam Ambang Merdeka. Kat sini hampir 90 peratus pelajar yang terlibat adalah di"paksa" terlibat. Maksudnya mereka hadir atas nama aktiviti ko k yg dipanggil Integrasi Ko K. Wajib datang aktiviti ni untuk dapatkan markah. Kalo tak jgn harapla nak dpt A. jadi tak heranla depa (UUM) blh target hampir 18,000 warga uum akan hadir program ni

3 Aug 2004

Kejadian di librari

yeaaa... hari ni aku rasa rajin n bersemangat nak g library utk pertama kalinya dalam semester ni. walaupon kau tak mimpi apa2 n cuaca pon ok (maknanya tadak ribot topan dsb.. dsb.). bukan saje je nak g librari ni, sebenarnya nak kene cari jurnal utk assignment individu titas. lepas lunch kol 12 lepas kls OSK, terus lah aku n syahril ke bahagian siri kat tingkat 4, tmpt simpan jurnal n majalah yg tlh dijilidkan. memandangkan bahan-bahan kat bahagian siri ni x leh d pinjam, maka kene le potostet. nak potostet tu dah le kene byr, pastu kene queue plak. maklomlah byk lect bg byk assignment kpd byk student maka panjang gak la nak kene inline. boring tol tp nak wat camana kan. sampai je time aku nak potostet, tup..BLACKOUT..aduuuh..sampai turn ako plak tu. So tpaksa la aku duduk kat lib tu sampai power pulih blk. Tp aku tetap berkeyakinan ini bukan sebab kali pertama aku masuk libarary.

25 Jul 2004

Hari ahad kita semua berehat???

Untuk setiap hari Ahad, permulaan hari belajar kat Sintok ni, aku ada makmal System Analysis and Design ( SAD ) dari 8 sampai 10 pg kat fakulti It. lepas tu rehat sejam di sambung plak ngan OSK ( organisasi sistem komputer) sampai kol 12. dari fakulti undang2 tu aku berkejar ke  fakulti perakaunan untuk ke makmal JAVA LANJUT selama 2 jam. petang nanti kol 4 -5  ada kelas AI plak kat dewan kuliah 3. kebiasaannya lepas kelas Ahad ni aku akan FLAT OUT. penat giler. 

7 Jul 2004

Ye ke...???

gosip berkeliaran di sekitar kampus mengatakan ada couple di tangkap bogel di dalam bilik asrama. versi yg aku dgr kene tangkap kat kolej mas.budak sem 1. gosip macam ni mmg memeriahkan suasana kampus.

25 Jun 2004

malam ramah mesra

malam ramah mesra merupakan acara tradisi blok A kolej pernas. Setiap awal semester pelajar sem 1 akan berkumpul di square blok A dan akan memperkenalkan diri sambil disaiko oleh pelajar senior yang berada di tingkat-tingkat atas blok. Acara ni mmg ditunggu2 oleh pelajar senior nak2 lg sem 2 yg dah kene semester sebelomnya. Tak sapa yang ada lg di pernas ni sebenarnya tau bila bermulanya tradisi ni. Tapi tradisi inilah yang membezakan pernas terutamanya blok A ( blok lelaki ). Kolej lain tak dpt nak buat acara ni sbb senibina kolejnya yg tadak square. Acara ni mmg meriah dan berjaya merapatkan senior n junior. Seronok plak tgk junior kene baling ngan air tepong n air masak megi. Belom masuk bantal n kasing komputer lg tu.


gambar ni diambil pada malam tu



15 Jun 2004

Dah nak balik UUM

Aku balik UUM semula esok. So sbb tu la dalam beberapa minggu ni weblog ni dah lama tak update. Selain dari buat persiapan, internet kat umah juga dah potong. So dah tak boleh berintenet lagi kat umah. Ini pon kat opis lama ni. Selain dari tu monitor jugak dah rosak. Hmm.. dah la tak boleh internet, main komputer pom tak boleh. Lepas balik UUM pon tak tau lg bila boleh msuk WWW balik. Lepas minggu daftar subjek kot. Apa-apa pon kene tunggu semua hal dak setel n ada pc free kat lab utk aku guna. Sehingga hari itu akan muncul, aku takkan dapat update entry aku.

26 May 2004

Cerita Hidupan Liar

Aku jarang naik bas ke kelas. Selain dari tak nak bersesak-sesak walaupun dengan siswi, aku juga tak suka menunggu. Aku biasanya ke kelas jalan kaki ikut jalan belakang kolej aku. Lebih dekat dan cepat. On the way ada sebatang sungai, Sungai Badak namanya. kat sini, pagi-pagi pelajar yang ke kelas ikut jalan belakang ni boleh tengok burung wak-wak. Bukan sikit hinggakan biawak juga tinggal kat kawasan sungai ni mencari makan ke atas burung wak-wak ni. Pagi-pagi juga perjalanan di iringi oleh kicauan burung-burung yang keluar mencari makan. Juga ada bunyi riang-riang di atas pokok sepanjang jalan. Di UUM juga ada taman botani dan taman rusa. Aku tak penah gi sebab jauh. aku juga tak penah sampai ke Kem Sintok dan tak penah masuk lagi ke hutan simpan. Kat sini pelajar boleh buat perkhemahan dan juga boleh sampai dan masuk ke sempadan Siam. Nama je sempadan tapi takde apa-apa pun kat sini kecuali hutan belantara je. Orang bandar yang tak suka kehidupan serabut di bandar pasti suka suasana kat sini, termasuk juga mereka-mereka yang memang gemar alam semulajadi. Tapi berita di soratkabo memang mengejutkan. Tak sangka plak ada rimau kat UUM ni. Punya la cerok kat hutan sampai rimau pon tumpang belaja sekali. Aku berharap jangan la sampai terserempak.


Keratan akhbar NST, bukan hari ni punya

25 May 2004

Fakulti Baru

Biasanya bila kita menyebut UUM, orang akan kaitkan dengan dengan pengurusan, iaitu UUM adalah sebuah universiti pengurusan. Pelajar di sini dilatih untuk menjadi pengurus dan dikatakan sentiasa akan shortlisted oleh syarikat-syarikat swasta, itu ikut kata ex-manager aku la. Sebab tu la fakulti kat sini tak ada yang teknikal sangat kecuali la Fakulti Teknologi Maklumat. (Pelajar kat sini lebey suka sebut STM(Sekolah Teknologi Maklumat) sedap sikit bunyinya). Baru-baru ni diberitakan bahawa UUM mungkin akan mendapat dua lagi Fakulti baru iaitu perubatan dan pertanian. Fakulti perubatan jika berjaya di wujudkan akan ditempat di Hospital Alor Setar yang sedang dibina di Jalan Langgar. Ini merupakan langkah yang baik untuk menambah jumlah doktor di negara ini dan memberi peluang ini kepada UUM merupakan satu cabaran dan penghormatan yang besar sekaligus. Tapi sebagai universiti pengurusan, bukankah lebih baik jika diwujudkan kursus kesetiausahaan??? Tak ada lagi Fakulti di UUM yang menawarkan kursus ini dan bukankah syarikat memerlukan setiausaha??? Syarikat dan setiausaha tidak boleh dipisahkan. Hmmm... Anyway, nak buat camana. Tak dapat ngorat bakal secretary, ngorat bakal doktor pun jadilah. :-)



Keratan Akhbar NST, bukan hari ni punya

24 May 2004

Percubaan yang tak menjadi

Malam tadi aku masuk blogger, bukan untuk posting, tapi untuk cuba bende baru yang diperkenalkan oleh blogger. Baru-baru ni blogger telah membuat perubahan besar-besaran keatas antaramuka blogspot. Selain itu banyak template baru telah diperkenalkan. Template-template ni mempunyai satu feature yang menarik iaitu previous posts. Oleh kerana template aku adalah template lama yang telah diubahsuai sesuka hati oleh aku maka feature previous posts tak ada. Maka aku pon duduk la depan komputer ni cuba nak letak feature previous posts ni.Tapi nak dekat dua jam cuba, bukan tak dapat paparkan previous posts tu, tapi dia jadi tak compatible plak ngan monthly arkib aku. Mengang tol aku. Last-last terpaksa ubah balik ke asal seperti yang korang tengok sekarang ni. Tak apa. hari ni hari ko. Aku akan cuba lagi lain kali. Siap ko.
Selain itu blogger juga telah memperkenalkan feature-feature berikut.

Hello Photoblog // Bende ni Instant Mesengger (IM) cam Yahoo Messengger gak tapi oleh kerana dia integrated dengan Blogspot maka dia boleh amik snapshot website / gambar (beserta komen) kemudian postkan ke akaun blogger kita. Login Blogspot direct dari Hello. Pengguna juga boleh hantar posting dari Hello.

BlogThis // Fungsi ni dah lama tapi aku baru cuba. Pengguna boleh hantar posting tanpa perlu login di website blogger. Blogthis adalah terbina dalam dengan mana-mana pelayar web.

Google Bar // Fungsi Blogthis, Google search function terbina dalam, highlight search terms on a page, Pop Up Blocker terbina dalam, isi form hanya dengan satu klik.

16 May 2004

Kemaskini Hari Guru

// Aku dah tambah link ke Mukeh's s0lidMind n StatCounter

Wati balik hari ini. Sampai pagi tadi. Walaupun balik sekejap sahaja sebab esok dia kene gi kursus kat Cherating tapi dah cukup untuk reunion kecil family aku. Sebab selama ni tak penah nyer cukup korum at least 6 bulan. Mesti salah sorang takde. So lunch hari ni meriah la sket. Dah lama tak kumpul ramai-ramai camni.
Dalam beberapa hari ni aku merancang / berusaha / bercadang untuk menambah-nambah blog aku ni. Jadi sekarang ni aku sedang stadi pasal site feed macam Atom Feed, XML, RSS dan CCL. Aku juga dah tambah Statcounter utk track visitor. Juga bercadang untuk letak Google Ad. Semua ni untuk cuba-cuba n + skill aku dalam www ni. Banyaknya hasil dari pemerhatian aku ke atas web @ blog2 lain. Try to implement apa2 feature yg depa ada. I'm still learning. Sila beri tunjuk ajar.
Hari ini juga merupakan HARI GURU. TERIMA KASIH GURU diatas ILMU YANG TELAH DICURAHKAN.

15 May 2004

13 May 2004

Ringkasan Hari Ini

1. Hantar borang biasiswa Shell
2. Gi opis lama. kuar ngan Che Pian, Din n kawan Din ke Giant. Lunch kat sana.
3. Jumpa Helmi pas blk dr Giant. Sembang jap ngan dia.
4. Syed kol nak resume. Dia amik aku pastu kami ke rumah sewa geng musang.
5. Kuar ngan geng musang (shuk, razif, riz, mcming, paan, phyd + anis) ke Kuantan Parade. Makan2. Lepas tu lepak di megamall
6. Dari megamall ke pesta rakyat di Taman Tas. Juga lebih dikenali (pada aku) sebagai sebuah pasar malam besar + mini amusement park.
7. Kol 2130 riz hantar balik umah.

8 May 2004

Cuti-cuti Malaysia

Minggu pertama bulan mei adalah minggu bercuti panjang kepada rakyat Malaysia. dan kepada rakyat negeri Pahang blh dapat cuti tambahan 1 hari sempena hari hol negeri Pahang. Walaupun minggu cuti ini tak bawa makna kepada aku sbb aku mmg tengah bercuti (3 bulan lagi tuuu) tapi cuti ni juga menyebabkan ramai warga intenet Malaysia mengambil kesempatan untuk offline. Samada gi bercuti, balik kampung ataupun offline sbb opis tak bukak, semuanya menyebabkan web2 forum, blog dan berita indie online tidak di update dalam tempoh cuti tu, email pun tak byk dapat. So aku buat keputusan utk offline jugak la. aku hanya online balik hari ni. Apa aku wat masa online??? tulis entry dlm notepad, explore photoshop, reka layout baru blog ni (tungguuu...) n main Worms. Yap, skrg aku dah ketagih main game ni balik. Sebenarnya aku ni bukannyer gamers sgt. infact the last game yg aku addicted ialah half life (punya la ketagih, aku kumpul semua siri dan mod game ni, tapi aku tak minat CS) dan mungkin kalo aku dapat upgrade graphic card, aku akan cuba XIII dan the upcoming Half Life 2 jer. Worms pun start main 2-3 hari ni jer sejak aku balik cuti 2 bulan lalu, itupun bosan sbb offline. Selain mengadap komputer aku juga sedang abiskan beberapa buah buku. Walaupun mendapat rintangan yg hebat dari peti telebesen, aku gagahi juga, walaupun selalu kalah. Harapnyer sebelum abis cuti ni dapat la aku habiskan 3 buah buku tu. Doakan semoga aku berjaya.

7 May 2004

Cerita 2 hari di opis

Dalam 2 hari ni aku ke opis lama. Sajer datang melawat walaupun tujuan utama ialah nak mintak pengesahan sijil dari pegawai pejabat kerajaan kat atas opis lama aku. Selain dari tu nak tgk album kahwin kak ina. Biasa la kalo dah dtg opis tu musti byk cerita opis yg kuar. En Nasir n Cik Afrohah dah bernikah n dah leaving the company. Sama gak to En. Din. Dah dapat kejer yg lebih best n skrg kat Indon. Ana marketing jugak nak berenti. Minggu ni dia last kerja n 29hb bulan ni bernikah jugak. En. Pian on da way nak berenti n skrg dah jd org kuat umno kat kawasan perumahan dia. Student tgh stadi leave so opis agak lengang. 10 hb ni depa final exam. Salah sorang ex-student aku dah bukak syarikat sendiri. Hari ni adalah last day utk student Skim Latihan Graduan Cik ZH. Tak pasal2 aku di jemput utk ke jamuan depa kat lab. Org dah ajak makan, kalo tak datang nanti org kata sombong plak. Lalu aku pon join la bebudak tu. Masa nak balik terserempak ngan Shuk, Phyd n Adam. Gi minum plak ngan diaorg kat kedai kak Linda. Syed join tak lama pas tu. Sama2 ngan diaorg gi Giant. Makan lagi kat sana. Aku dah x leh gi lagi dah. So aku tgk jer diorg makan. Pelik gak sbb Phyd dah makan dah kat kedai kak Linda td pastu blh makan lagi kat giant. Mmg mavles lah perot phyd ni sbb mkn byk tp badan kecik cam tu gak. Pas makan Syed hantar balik rumah.

30 Apr 2004

Testing Gmail


Gmail telah menjadi sebutan umum dunia internet sejak pengumumannya pada 1 April dulu. Mula2 ramai orang termasuk aku ragu2 pasal Gmail ni. Storage space sehingga 1gb n diumumkan plak masa april fool. Sapa nak percaya. Aku cari gak kemungkinan lawak april fool ni di internet tapi tak berhasil. Sehinggalah 2-3 hari kemudiannya TechTv (channel 13 di Astro) memberitahu bahawa Gmail is not a hoax n testing sedang dijalankan oleh pengguna yg dijemput oleh Gmail. Yap, sementara ni penggunaan Gmail adalah melalui jemputan sahaja dan aku adalah antara mereka yg amat bertuah dapat mengeTEST Gmail ni. Ini adalah kerana (depa kata, bkn aku kata aaa )aku adalah pengguna perkhidmatan Google iaitu This page is powered by Blogger.Isn't yours? yg "aktif". aktif??? aku baru mula pakai bulan 10 tahun lepas n jarang2 update plak tu. Tak kisah lah tu. Aku tak sure lagi camner nak penuhkan kuota 1gb tu.

perbandingan storan email pakej percuma, ada juga pakej yg kene bayar.
Gmail - 1000mb
FastMail - 10gb
Hotmail - 2mb
YahooMail - user lama (cam aku) - 6mb, baru - 4mb
OperaMail - 3mb

26 Apr 2004

Kemaskini

Aku tak kemana-mana hari ni memandangkan bangun lambat selepas solat subuh yang diakibatkan oleh pesta bola n formula 1 semalam. Lagipun aku nak uruskan semua pekara yang perlu untuk poskan permohonan biasiswa esok. Sempat juga update blog dengan menambahkan beberapa gambar n ubah layout sedikit.

21 Apr 2004

Hari panas di bulan kemarau

Musim kemarau dah lama bermula kat sini, sebelum aku start cuti lagi sebenarnya. di UUM tak teraser sgt bahangnyer sbb banyak masa habis di dewan yg sejuk pendingin hawanya sampai ke tulang hitam dan bilik aku pun berada di tempat yg strategik dimana terik matahari tak masuk dan angin sejuk bukit sintok menghala ke arah bilik aku. Tapi di rumah ni musim kemarau mmg teraser sangat. dalam kol 1030 pagi dah nak start panas dah. kol 1100 dah blh berpeluh dah kalo berjemor tgh panas. lepas tu bahang panas jgn ceritalah. kipas hanya mampu "blowing hot air around" saja. kalo mandi pon sekejap saja sejuknya. dan yang paling menakutkan ialah kejadian kebakaran hutan betul-betul dibelakang rumah aku tadi. entah apa sebabnya tiba2 jer hutan kat belakang rumah tu terbakar. aku saspek ada budak yg banyak masa terluang ni main api kat situ kot, memandangkan kat situ ada banyak burung bersarang kat sana. kebakaran tu walaupun tak cukup besar untuk masuk berita tapi cukup besar untuk membuatkan jiran aku menelefon bomba. panik jugak aku sebab api dah sampai dekat benar kat depan "kebun" belakang umah tu dan api naik sangat tinggi dimana aku rasa mmg akan merebak kalau tak dipadamkan sebab cuaca agak kering membuatkan bahan bakar utk api byk. nasib baik ayah cepat bertindak utk meredakan api tu. bomba dtg "on time" utk memadamkan api dan selesai tak sampai pun setengah jam. THANKS ENCIK BOMBA. walaubagaimanapon asap kebakaran tu masih mengganggu sampai ke malam.

4 Apr 2004

kak ina kawin

tarikh yg baik, hari baik bulan baik utk melangsungkan perkahwinan. dan itulah yag berlaku hari ni. aku baru je pas habis makan tengahari bila syed kol suruh aku siap cepat utk ke umah kak ina. tak sampai semenet pon aku siap. huh, cepatkan. mmg kebetulan je tu, x rancang pon nak gi ngan dia. aku bajet nak gi ngan bala tp mamat tu plak bila kol x angkat2. aku agak mmg x gi la ni. nasib baik syed kol walaupon aku baru lepas makan nasik. well, kak ina mmg nampak (apa yek, aku mmg ak pandai nak puji org, ko tau je la bila org kawin, mesti nampak cun kan.. ). spend about setengah jam kat sana, jumpa arif n bapak with his wife. amik gambar sket n pastu balik lah. kene cpt balik sbb nak tgk formula 1 bahrain GP hehe..

TAHNIAH LAA KAK INA. SEMOGA BAHAGIA SAMPEI KE ANAK CUCU.

23 Mar 2004

menang kalah, sedih gembira

tajuk dah hampir menceritakan segalanya. apa yg menang kalah, sedih gembira tu. emosi menguasi diri, so aku x dpt tulis banyak.

menang, gembira - arsenal menewaskan bolton 2-1, schumaker menang sepang gp.
kalah, sedih - BA kalah teruk, "sore loser" kata sotkaba mainstream dlm pilihanraya umum ke 11 2004.
Sheikh Ahmad Yasin syahid dalam serangan udara oleh regim yahudi.

AL FATIHAH kepada As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin

21 Mar 2004

marilah mari, pergi mengundi


SUDAHKAH ANDA MENGUNDI???

pertama kali dlm hidup aku gi mengundi. menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat malaysia. bersama2 mak dan ayah kami kuar dlm kol 930 dari umah ke sekolah berdekatan yg dah jd tmpt mengundi kawasan aku tu. aku ditempatkan di saluran 5. dari pemerhatian aku rasa saluran 5 ni adalah untuk pengundi yang baru yg first time mengundi. lebih kurang 20 minit barulah selesai memangkah utk masa depan negara. mak dan ayah di saluran 2 dan 1 masing2 amik masa sejam baru siap. lama tu sbb org beratur cukup panjang. dan aku x sangka ini akan menjadi isu dalam pilihanraya 11 ni. selain kes kerahsiaan undi aku yg mungkin dah tak rahsia lg sbb petugas spr tu dah tanda kertas undi aku, perjalanan pilihanraya 11 ni di kawasan aku nampaknya berjalan aman tanpa kejadian tak diingini.

23 Feb 2004

Misteri Jeram Lesong

balik ke UUM. lusa adalah paper pertama final iaitu Tamadun Islam dan Asia 1 (TITAS). cuba gak stadi tp lepas sejam kepala dah berat dah. so dalam kol 2.30 am tu aku tgk la MISTERI JERAM LESONG kat bilik asrul ngan khirul, sufi, fifi n yazid. cerita yang mmg berkesan, semua org tak berani nak balik ke bilik termasuklah aku, padahal bilik sebelah tu je. jadi sementara menunggu subuh (hantu dah tak kuar lepas subuh kan..) sembang2 la dari kisah hantu kat UUM, sekolah n kat umah memasing sampai la hukum2 agama. pas azan subuh baru la balik bilik. solat subuh pastu sambung balik tido.

21 Feb 2004

Balik Kampung

balik pokok sena untuk tgk makteh yang baru balik dari mekah hari khamis.

19 Feb 2004

Projek Bidan Terjun

ada dua event yang berlaku malam ni. solat hajat serta bacaan yaasin dan dinner semester akhir yang di organizekan oleh students semester satu. kami pinyer first projek bidan terjun. bidan terjun? sebabnya projek dilaksanakan tak sampai 3 minggu. aku sebagai krew teknikal yang menjaga peralatan audio visual telah berjaya menjalankan tugas dengan berkesan sekali. Ha..ha..angkat bakol sket. program berjalan lancar dengan masalah minor diatasi sebelum ianya berlaku.

23 Jan 2004

Baru dpt memblog

dah lama sgt dah aku tak tulis apa2 dlm blog ni. Sebenarnya byk pekara yang menghalang seperti kekosongan pc di lab dan masa yang aku free nak ke lab. Sekarang ni byk variables yang menghalang aku drpd buat pekara2 yang rutin, seperti assignment, test, kelas ganti, kelas batal dan cuti. Tp malas memainkan peranan utama. kenkadang tu dah dpt pc pon mls nak bukak blog. Mungkin aku tak suka nak berfikir dan menaip kat tempat org ramai. Serabut.

Cuti raya cina aku tak blk.dan mungkin raya haji sekali. Sbb??? Final dah dah dekat.

Jadual Final dah dpt. Maka bermulalah peperangan.HaHa..yelah tu..Aku nak siapkan assignment dulu.

22 Jan 2004

Kepada Zaliawati

HAPPY BESDAY ZALIAWATI.
Maaf sbb tak dpt bg kad, present, sms, email @ apaapapon. Sibuklah aku,sibuklah aku kat sini.

11 Jan 2004

Jawa Time

Curi-curi tulis blog. Sekarang ada klas java kat lab. Sebenarnya aku tak la dapat nak tulis byk2. Tak sempat sbb sampai hari senin ni memanjang ada test dan assignment. Lepas tu jer aku blh key in blog yg dah ada atas kertas tu. Uh, uh ada latihan plak ni plak ni. Adios.

8 Jan 2004

TD 1113

Symptom is not a problem. It is only the expression of the problem. Isolate the simptom from the problem. Then define whether the problem can be computerized or not for sistem development.

//TD 113, DKG 4-2, 8.00 am

7 Jan 2004

Lepas cuti midsem

Seminggu selepas thn baru dan dah lima hari selepas habis cuti midsem. Smlm bertungkus lumus untuk siapkan assigmnent berkumpulan titas pasal globalisasi. Takla susah sgt sbb aku cuma uruskan bab kesan politik sahaja. Yang lain2 suma ahli kump aku bereskan. Bkn aku malas tp diaorg yang rajin. Inilah assignment paling senang penah aku dpt. Pas ni ada assignment individu plak. Tajuk bebas n aku decide anak amik tjk projek empangan bakun. Tak terbuat lg sbb mlm ni ada ujian statistik, so aku nak stadi stats dulu. Esok plak kene hantar tugasan java.