title

23 Mar 2004

menang kalah, sedih gembira

tajuk dah hampir menceritakan segalanya. apa yg menang kalah, sedih gembira tu. emosi menguasi diri, so aku x dpt tulis banyak.

menang, gembira - arsenal menewaskan bolton 2-1, schumaker menang sepang gp.
kalah, sedih - BA kalah teruk, "sore loser" kata sotkaba mainstream dlm pilihanraya umum ke 11 2004.
Sheikh Ahmad Yasin syahid dalam serangan udara oleh regim yahudi.

AL FATIHAH kepada As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin

21 Mar 2004

marilah mari, pergi mengundi


SUDAHKAH ANDA MENGUNDI???

pertama kali dlm hidup aku gi mengundi. menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat malaysia. bersama2 mak dan ayah kami kuar dlm kol 930 dari umah ke sekolah berdekatan yg dah jd tmpt mengundi kawasan aku tu. aku ditempatkan di saluran 5. dari pemerhatian aku rasa saluran 5 ni adalah untuk pengundi yang baru yg first time mengundi. lebih kurang 20 minit barulah selesai memangkah utk masa depan negara. mak dan ayah di saluran 2 dan 1 masing2 amik masa sejam baru siap. lama tu sbb org beratur cukup panjang. dan aku x sangka ini akan menjadi isu dalam pilihanraya 11 ni. selain kes kerahsiaan undi aku yg mungkin dah tak rahsia lg sbb petugas spr tu dah tanda kertas undi aku, perjalanan pilihanraya 11 ni di kawasan aku nampaknya berjalan aman tanpa kejadian tak diingini.