title

21 Mar 2004

marilah mari, pergi mengundi


SUDAHKAH ANDA MENGUNDI???

pertama kali dlm hidup aku gi mengundi. menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat malaysia. bersama2 mak dan ayah kami kuar dlm kol 930 dari umah ke sekolah berdekatan yg dah jd tmpt mengundi kawasan aku tu. aku ditempatkan di saluran 5. dari pemerhatian aku rasa saluran 5 ni adalah untuk pengundi yang baru yg first time mengundi. lebih kurang 20 minit barulah selesai memangkah utk masa depan negara. mak dan ayah di saluran 2 dan 1 masing2 amik masa sejam baru siap. lama tu sbb org beratur cukup panjang. dan aku x sangka ini akan menjadi isu dalam pilihanraya 11 ni. selain kes kerahsiaan undi aku yg mungkin dah tak rahsia lg sbb petugas spr tu dah tanda kertas undi aku, perjalanan pilihanraya 11 ni di kawasan aku nampaknya berjalan aman tanpa kejadian tak diingini.

No comments: