title

30 Apr 2004

Testing Gmail


Gmail telah menjadi sebutan umum dunia internet sejak pengumumannya pada 1 April dulu. Mula2 ramai orang termasuk aku ragu2 pasal Gmail ni. Storage space sehingga 1gb n diumumkan plak masa april fool. Sapa nak percaya. Aku cari gak kemungkinan lawak april fool ni di internet tapi tak berhasil. Sehinggalah 2-3 hari kemudiannya TechTv (channel 13 di Astro) memberitahu bahawa Gmail is not a hoax n testing sedang dijalankan oleh pengguna yg dijemput oleh Gmail. Yap, sementara ni penggunaan Gmail adalah melalui jemputan sahaja dan aku adalah antara mereka yg amat bertuah dapat mengeTEST Gmail ni. Ini adalah kerana (depa kata, bkn aku kata aaa )aku adalah pengguna perkhidmatan Google iaitu This page is powered by Blogger.Isn't yours? yg "aktif". aktif??? aku baru mula pakai bulan 10 tahun lepas n jarang2 update plak tu. Tak kisah lah tu. Aku tak sure lagi camner nak penuhkan kuota 1gb tu.

perbandingan storan email pakej percuma, ada juga pakej yg kene bayar.
Gmail - 1000mb
FastMail - 10gb
Hotmail - 2mb
YahooMail - user lama (cam aku) - 6mb, baru - 4mb
OperaMail - 3mb

26 Apr 2004

Kemaskini

Aku tak kemana-mana hari ni memandangkan bangun lambat selepas solat subuh yang diakibatkan oleh pesta bola n formula 1 semalam. Lagipun aku nak uruskan semua pekara yang perlu untuk poskan permohonan biasiswa esok. Sempat juga update blog dengan menambahkan beberapa gambar n ubah layout sedikit.

21 Apr 2004

Hari panas di bulan kemarau

Musim kemarau dah lama bermula kat sini, sebelum aku start cuti lagi sebenarnya. di UUM tak teraser sgt bahangnyer sbb banyak masa habis di dewan yg sejuk pendingin hawanya sampai ke tulang hitam dan bilik aku pun berada di tempat yg strategik dimana terik matahari tak masuk dan angin sejuk bukit sintok menghala ke arah bilik aku. Tapi di rumah ni musim kemarau mmg teraser sangat. dalam kol 1030 pagi dah nak start panas dah. kol 1100 dah blh berpeluh dah kalo berjemor tgh panas. lepas tu bahang panas jgn ceritalah. kipas hanya mampu "blowing hot air around" saja. kalo mandi pon sekejap saja sejuknya. dan yang paling menakutkan ialah kejadian kebakaran hutan betul-betul dibelakang rumah aku tadi. entah apa sebabnya tiba2 jer hutan kat belakang rumah tu terbakar. aku saspek ada budak yg banyak masa terluang ni main api kat situ kot, memandangkan kat situ ada banyak burung bersarang kat sana. kebakaran tu walaupun tak cukup besar untuk masuk berita tapi cukup besar untuk membuatkan jiran aku menelefon bomba. panik jugak aku sebab api dah sampai dekat benar kat depan "kebun" belakang umah tu dan api naik sangat tinggi dimana aku rasa mmg akan merebak kalau tak dipadamkan sebab cuaca agak kering membuatkan bahan bakar utk api byk. nasib baik ayah cepat bertindak utk meredakan api tu. bomba dtg "on time" utk memadamkan api dan selesai tak sampai pun setengah jam. THANKS ENCIK BOMBA. walaubagaimanapon asap kebakaran tu masih mengganggu sampai ke malam.

4 Apr 2004

kak ina kawin

tarikh yg baik, hari baik bulan baik utk melangsungkan perkahwinan. dan itulah yag berlaku hari ni. aku baru je pas habis makan tengahari bila syed kol suruh aku siap cepat utk ke umah kak ina. tak sampai semenet pon aku siap. huh, cepatkan. mmg kebetulan je tu, x rancang pon nak gi ngan dia. aku bajet nak gi ngan bala tp mamat tu plak bila kol x angkat2. aku agak mmg x gi la ni. nasib baik syed kol walaupon aku baru lepas makan nasik. well, kak ina mmg nampak (apa yek, aku mmg ak pandai nak puji org, ko tau je la bila org kawin, mesti nampak cun kan.. ). spend about setengah jam kat sana, jumpa arif n bapak with his wife. amik gambar sket n pastu balik lah. kene cpt balik sbb nak tgk formula 1 bahrain GP hehe..

TAHNIAH LAA KAK INA. SEMOGA BAHAGIA SAMPEI KE ANAK CUCU.