title

21 Apr 2004

Hari panas di bulan kemarau

Musim kemarau dah lama bermula kat sini, sebelum aku start cuti lagi sebenarnya. di UUM tak teraser sgt bahangnyer sbb banyak masa habis di dewan yg sejuk pendingin hawanya sampai ke tulang hitam dan bilik aku pun berada di tempat yg strategik dimana terik matahari tak masuk dan angin sejuk bukit sintok menghala ke arah bilik aku. Tapi di rumah ni musim kemarau mmg teraser sangat. dalam kol 1030 pagi dah nak start panas dah. kol 1100 dah blh berpeluh dah kalo berjemor tgh panas. lepas tu bahang panas jgn ceritalah. kipas hanya mampu "blowing hot air around" saja. kalo mandi pon sekejap saja sejuknya. dan yang paling menakutkan ialah kejadian kebakaran hutan betul-betul dibelakang rumah aku tadi. entah apa sebabnya tiba2 jer hutan kat belakang rumah tu terbakar. aku saspek ada budak yg banyak masa terluang ni main api kat situ kot, memandangkan kat situ ada banyak burung bersarang kat sana. kebakaran tu walaupun tak cukup besar untuk masuk berita tapi cukup besar untuk membuatkan jiran aku menelefon bomba. panik jugak aku sebab api dah sampai dekat benar kat depan "kebun" belakang umah tu dan api naik sangat tinggi dimana aku rasa mmg akan merebak kalau tak dipadamkan sebab cuaca agak kering membuatkan bahan bakar utk api byk. nasib baik ayah cepat bertindak utk meredakan api tu. bomba dtg "on time" utk memadamkan api dan selesai tak sampai pun setengah jam. THANKS ENCIK BOMBA. walaubagaimanapon asap kebakaran tu masih mengganggu sampai ke malam.

No comments: