title

30 Apr 2004

Testing Gmail


Gmail telah menjadi sebutan umum dunia internet sejak pengumumannya pada 1 April dulu. Mula2 ramai orang termasuk aku ragu2 pasal Gmail ni. Storage space sehingga 1gb n diumumkan plak masa april fool. Sapa nak percaya. Aku cari gak kemungkinan lawak april fool ni di internet tapi tak berhasil. Sehinggalah 2-3 hari kemudiannya TechTv (channel 13 di Astro) memberitahu bahawa Gmail is not a hoax n testing sedang dijalankan oleh pengguna yg dijemput oleh Gmail. Yap, sementara ni penggunaan Gmail adalah melalui jemputan sahaja dan aku adalah antara mereka yg amat bertuah dapat mengeTEST Gmail ni. Ini adalah kerana (depa kata, bkn aku kata aaa )aku adalah pengguna perkhidmatan Google iaitu This page is powered by Blogger.Isn't yours? yg "aktif". aktif??? aku baru mula pakai bulan 10 tahun lepas n jarang2 update plak tu. Tak kisah lah tu. Aku tak sure lagi camner nak penuhkan kuota 1gb tu.

perbandingan storan email pakej percuma, ada juga pakej yg kene bayar.
Gmail - 1000mb
FastMail - 10gb
Hotmail - 2mb
YahooMail - user lama (cam aku) - 6mb, baru - 4mb
OperaMail - 3mb

No comments: