title

26 May 2004

Cerita Hidupan Liar

Aku jarang naik bas ke kelas. Selain dari tak nak bersesak-sesak walaupun dengan siswi, aku juga tak suka menunggu. Aku biasanya ke kelas jalan kaki ikut jalan belakang kolej aku. Lebih dekat dan cepat. On the way ada sebatang sungai, Sungai Badak namanya. kat sini, pagi-pagi pelajar yang ke kelas ikut jalan belakang ni boleh tengok burung wak-wak. Bukan sikit hinggakan biawak juga tinggal kat kawasan sungai ni mencari makan ke atas burung wak-wak ni. Pagi-pagi juga perjalanan di iringi oleh kicauan burung-burung yang keluar mencari makan. Juga ada bunyi riang-riang di atas pokok sepanjang jalan. Di UUM juga ada taman botani dan taman rusa. Aku tak penah gi sebab jauh. aku juga tak penah sampai ke Kem Sintok dan tak penah masuk lagi ke hutan simpan. Kat sini pelajar boleh buat perkhemahan dan juga boleh sampai dan masuk ke sempadan Siam. Nama je sempadan tapi takde apa-apa pun kat sini kecuali hutan belantara je. Orang bandar yang tak suka kehidupan serabut di bandar pasti suka suasana kat sini, termasuk juga mereka-mereka yang memang gemar alam semulajadi. Tapi berita di soratkabo memang mengejutkan. Tak sangka plak ada rimau kat UUM ni. Punya la cerok kat hutan sampai rimau pon tumpang belaja sekali. Aku berharap jangan la sampai terserempak.


Keratan akhbar NST, bukan hari ni punya

25 May 2004

Fakulti Baru

Biasanya bila kita menyebut UUM, orang akan kaitkan dengan dengan pengurusan, iaitu UUM adalah sebuah universiti pengurusan. Pelajar di sini dilatih untuk menjadi pengurus dan dikatakan sentiasa akan shortlisted oleh syarikat-syarikat swasta, itu ikut kata ex-manager aku la. Sebab tu la fakulti kat sini tak ada yang teknikal sangat kecuali la Fakulti Teknologi Maklumat. (Pelajar kat sini lebey suka sebut STM(Sekolah Teknologi Maklumat) sedap sikit bunyinya). Baru-baru ni diberitakan bahawa UUM mungkin akan mendapat dua lagi Fakulti baru iaitu perubatan dan pertanian. Fakulti perubatan jika berjaya di wujudkan akan ditempat di Hospital Alor Setar yang sedang dibina di Jalan Langgar. Ini merupakan langkah yang baik untuk menambah jumlah doktor di negara ini dan memberi peluang ini kepada UUM merupakan satu cabaran dan penghormatan yang besar sekaligus. Tapi sebagai universiti pengurusan, bukankah lebih baik jika diwujudkan kursus kesetiausahaan??? Tak ada lagi Fakulti di UUM yang menawarkan kursus ini dan bukankah syarikat memerlukan setiausaha??? Syarikat dan setiausaha tidak boleh dipisahkan. Hmmm... Anyway, nak buat camana. Tak dapat ngorat bakal secretary, ngorat bakal doktor pun jadilah. :-)



Keratan Akhbar NST, bukan hari ni punya

24 May 2004

Percubaan yang tak menjadi

Malam tadi aku masuk blogger, bukan untuk posting, tapi untuk cuba bende baru yang diperkenalkan oleh blogger. Baru-baru ni blogger telah membuat perubahan besar-besaran keatas antaramuka blogspot. Selain itu banyak template baru telah diperkenalkan. Template-template ni mempunyai satu feature yang menarik iaitu previous posts. Oleh kerana template aku adalah template lama yang telah diubahsuai sesuka hati oleh aku maka feature previous posts tak ada. Maka aku pon duduk la depan komputer ni cuba nak letak feature previous posts ni.Tapi nak dekat dua jam cuba, bukan tak dapat paparkan previous posts tu, tapi dia jadi tak compatible plak ngan monthly arkib aku. Mengang tol aku. Last-last terpaksa ubah balik ke asal seperti yang korang tengok sekarang ni. Tak apa. hari ni hari ko. Aku akan cuba lagi lain kali. Siap ko.
Selain itu blogger juga telah memperkenalkan feature-feature berikut.

Hello Photoblog // Bende ni Instant Mesengger (IM) cam Yahoo Messengger gak tapi oleh kerana dia integrated dengan Blogspot maka dia boleh amik snapshot website / gambar (beserta komen) kemudian postkan ke akaun blogger kita. Login Blogspot direct dari Hello. Pengguna juga boleh hantar posting dari Hello.

BlogThis // Fungsi ni dah lama tapi aku baru cuba. Pengguna boleh hantar posting tanpa perlu login di website blogger. Blogthis adalah terbina dalam dengan mana-mana pelayar web.

Google Bar // Fungsi Blogthis, Google search function terbina dalam, highlight search terms on a page, Pop Up Blocker terbina dalam, isi form hanya dengan satu klik.

16 May 2004

Kemaskini Hari Guru

// Aku dah tambah link ke Mukeh's s0lidMind n StatCounter

Wati balik hari ini. Sampai pagi tadi. Walaupun balik sekejap sahaja sebab esok dia kene gi kursus kat Cherating tapi dah cukup untuk reunion kecil family aku. Sebab selama ni tak penah nyer cukup korum at least 6 bulan. Mesti salah sorang takde. So lunch hari ni meriah la sket. Dah lama tak kumpul ramai-ramai camni.
Dalam beberapa hari ni aku merancang / berusaha / bercadang untuk menambah-nambah blog aku ni. Jadi sekarang ni aku sedang stadi pasal site feed macam Atom Feed, XML, RSS dan CCL. Aku juga dah tambah Statcounter utk track visitor. Juga bercadang untuk letak Google Ad. Semua ni untuk cuba-cuba n + skill aku dalam www ni. Banyaknya hasil dari pemerhatian aku ke atas web @ blog2 lain. Try to implement apa2 feature yg depa ada. I'm still learning. Sila beri tunjuk ajar.
Hari ini juga merupakan HARI GURU. TERIMA KASIH GURU diatas ILMU YANG TELAH DICURAHKAN.

15 May 2004

13 May 2004

Ringkasan Hari Ini

1. Hantar borang biasiswa Shell
2. Gi opis lama. kuar ngan Che Pian, Din n kawan Din ke Giant. Lunch kat sana.
3. Jumpa Helmi pas blk dr Giant. Sembang jap ngan dia.
4. Syed kol nak resume. Dia amik aku pastu kami ke rumah sewa geng musang.
5. Kuar ngan geng musang (shuk, razif, riz, mcming, paan, phyd + anis) ke Kuantan Parade. Makan2. Lepas tu lepak di megamall
6. Dari megamall ke pesta rakyat di Taman Tas. Juga lebih dikenali (pada aku) sebagai sebuah pasar malam besar + mini amusement park.
7. Kol 2130 riz hantar balik umah.

8 May 2004

Cuti-cuti Malaysia

Minggu pertama bulan mei adalah minggu bercuti panjang kepada rakyat Malaysia. dan kepada rakyat negeri Pahang blh dapat cuti tambahan 1 hari sempena hari hol negeri Pahang. Walaupun minggu cuti ini tak bawa makna kepada aku sbb aku mmg tengah bercuti (3 bulan lagi tuuu) tapi cuti ni juga menyebabkan ramai warga intenet Malaysia mengambil kesempatan untuk offline. Samada gi bercuti, balik kampung ataupun offline sbb opis tak bukak, semuanya menyebabkan web2 forum, blog dan berita indie online tidak di update dalam tempoh cuti tu, email pun tak byk dapat. So aku buat keputusan utk offline jugak la. aku hanya online balik hari ni. Apa aku wat masa online??? tulis entry dlm notepad, explore photoshop, reka layout baru blog ni (tungguuu...) n main Worms. Yap, skrg aku dah ketagih main game ni balik. Sebenarnya aku ni bukannyer gamers sgt. infact the last game yg aku addicted ialah half life (punya la ketagih, aku kumpul semua siri dan mod game ni, tapi aku tak minat CS) dan mungkin kalo aku dapat upgrade graphic card, aku akan cuba XIII dan the upcoming Half Life 2 jer. Worms pun start main 2-3 hari ni jer sejak aku balik cuti 2 bulan lalu, itupun bosan sbb offline. Selain mengadap komputer aku juga sedang abiskan beberapa buah buku. Walaupun mendapat rintangan yg hebat dari peti telebesen, aku gagahi juga, walaupun selalu kalah. Harapnyer sebelum abis cuti ni dapat la aku habiskan 3 buah buku tu. Doakan semoga aku berjaya.

7 May 2004

Cerita 2 hari di opis

Dalam 2 hari ni aku ke opis lama. Sajer datang melawat walaupun tujuan utama ialah nak mintak pengesahan sijil dari pegawai pejabat kerajaan kat atas opis lama aku. Selain dari tu nak tgk album kahwin kak ina. Biasa la kalo dah dtg opis tu musti byk cerita opis yg kuar. En Nasir n Cik Afrohah dah bernikah n dah leaving the company. Sama gak to En. Din. Dah dapat kejer yg lebih best n skrg kat Indon. Ana marketing jugak nak berenti. Minggu ni dia last kerja n 29hb bulan ni bernikah jugak. En. Pian on da way nak berenti n skrg dah jd org kuat umno kat kawasan perumahan dia. Student tgh stadi leave so opis agak lengang. 10 hb ni depa final exam. Salah sorang ex-student aku dah bukak syarikat sendiri. Hari ni adalah last day utk student Skim Latihan Graduan Cik ZH. Tak pasal2 aku di jemput utk ke jamuan depa kat lab. Org dah ajak makan, kalo tak datang nanti org kata sombong plak. Lalu aku pon join la bebudak tu. Masa nak balik terserempak ngan Shuk, Phyd n Adam. Gi minum plak ngan diaorg kat kedai kak Linda. Syed join tak lama pas tu. Sama2 ngan diaorg gi Giant. Makan lagi kat sana. Aku dah x leh gi lagi dah. So aku tgk jer diorg makan. Pelik gak sbb Phyd dah makan dah kat kedai kak Linda td pastu blh makan lagi kat giant. Mmg mavles lah perot phyd ni sbb mkn byk tp badan kecik cam tu gak. Pas makan Syed hantar balik rumah.