title

26 May 2004

Cerita Hidupan Liar

Aku jarang naik bas ke kelas. Selain dari tak nak bersesak-sesak walaupun dengan siswi, aku juga tak suka menunggu. Aku biasanya ke kelas jalan kaki ikut jalan belakang kolej aku. Lebih dekat dan cepat. On the way ada sebatang sungai, Sungai Badak namanya. kat sini, pagi-pagi pelajar yang ke kelas ikut jalan belakang ni boleh tengok burung wak-wak. Bukan sikit hinggakan biawak juga tinggal kat kawasan sungai ni mencari makan ke atas burung wak-wak ni. Pagi-pagi juga perjalanan di iringi oleh kicauan burung-burung yang keluar mencari makan. Juga ada bunyi riang-riang di atas pokok sepanjang jalan. Di UUM juga ada taman botani dan taman rusa. Aku tak penah gi sebab jauh. aku juga tak penah sampai ke Kem Sintok dan tak penah masuk lagi ke hutan simpan. Kat sini pelajar boleh buat perkhemahan dan juga boleh sampai dan masuk ke sempadan Siam. Nama je sempadan tapi takde apa-apa pun kat sini kecuali hutan belantara je. Orang bandar yang tak suka kehidupan serabut di bandar pasti suka suasana kat sini, termasuk juga mereka-mereka yang memang gemar alam semulajadi. Tapi berita di soratkabo memang mengejutkan. Tak sangka plak ada rimau kat UUM ni. Punya la cerok kat hutan sampai rimau pon tumpang belaja sekali. Aku berharap jangan la sampai terserempak.


Keratan akhbar NST, bukan hari ni punya

No comments: