title

8 May 2004

Cuti-cuti Malaysia

Minggu pertama bulan mei adalah minggu bercuti panjang kepada rakyat Malaysia. dan kepada rakyat negeri Pahang blh dapat cuti tambahan 1 hari sempena hari hol negeri Pahang. Walaupun minggu cuti ini tak bawa makna kepada aku sbb aku mmg tengah bercuti (3 bulan lagi tuuu) tapi cuti ni juga menyebabkan ramai warga intenet Malaysia mengambil kesempatan untuk offline. Samada gi bercuti, balik kampung ataupun offline sbb opis tak bukak, semuanya menyebabkan web2 forum, blog dan berita indie online tidak di update dalam tempoh cuti tu, email pun tak byk dapat. So aku buat keputusan utk offline jugak la. aku hanya online balik hari ni. Apa aku wat masa online??? tulis entry dlm notepad, explore photoshop, reka layout baru blog ni (tungguuu...) n main Worms. Yap, skrg aku dah ketagih main game ni balik. Sebenarnya aku ni bukannyer gamers sgt. infact the last game yg aku addicted ialah half life (punya la ketagih, aku kumpul semua siri dan mod game ni, tapi aku tak minat CS) dan mungkin kalo aku dapat upgrade graphic card, aku akan cuba XIII dan the upcoming Half Life 2 jer. Worms pun start main 2-3 hari ni jer sejak aku balik cuti 2 bulan lalu, itupun bosan sbb offline. Selain mengadap komputer aku juga sedang abiskan beberapa buah buku. Walaupun mendapat rintangan yg hebat dari peti telebesen, aku gagahi juga, walaupun selalu kalah. Harapnyer sebelum abis cuti ni dapat la aku habiskan 3 buah buku tu. Doakan semoga aku berjaya.

No comments: