title

25 May 2004

Fakulti Baru

Biasanya bila kita menyebut UUM, orang akan kaitkan dengan dengan pengurusan, iaitu UUM adalah sebuah universiti pengurusan. Pelajar di sini dilatih untuk menjadi pengurus dan dikatakan sentiasa akan shortlisted oleh syarikat-syarikat swasta, itu ikut kata ex-manager aku la. Sebab tu la fakulti kat sini tak ada yang teknikal sangat kecuali la Fakulti Teknologi Maklumat. (Pelajar kat sini lebey suka sebut STM(Sekolah Teknologi Maklumat) sedap sikit bunyinya). Baru-baru ni diberitakan bahawa UUM mungkin akan mendapat dua lagi Fakulti baru iaitu perubatan dan pertanian. Fakulti perubatan jika berjaya di wujudkan akan ditempat di Hospital Alor Setar yang sedang dibina di Jalan Langgar. Ini merupakan langkah yang baik untuk menambah jumlah doktor di negara ini dan memberi peluang ini kepada UUM merupakan satu cabaran dan penghormatan yang besar sekaligus. Tapi sebagai universiti pengurusan, bukankah lebih baik jika diwujudkan kursus kesetiausahaan??? Tak ada lagi Fakulti di UUM yang menawarkan kursus ini dan bukankah syarikat memerlukan setiausaha??? Syarikat dan setiausaha tidak boleh dipisahkan. Hmmm... Anyway, nak buat camana. Tak dapat ngorat bakal secretary, ngorat bakal doktor pun jadilah. :-)



Keratan Akhbar NST, bukan hari ni punya

No comments: