title

24 May 2004

Percubaan yang tak menjadi

Malam tadi aku masuk blogger, bukan untuk posting, tapi untuk cuba bende baru yang diperkenalkan oleh blogger. Baru-baru ni blogger telah membuat perubahan besar-besaran keatas antaramuka blogspot. Selain itu banyak template baru telah diperkenalkan. Template-template ni mempunyai satu feature yang menarik iaitu previous posts. Oleh kerana template aku adalah template lama yang telah diubahsuai sesuka hati oleh aku maka feature previous posts tak ada. Maka aku pon duduk la depan komputer ni cuba nak letak feature previous posts ni.Tapi nak dekat dua jam cuba, bukan tak dapat paparkan previous posts tu, tapi dia jadi tak compatible plak ngan monthly arkib aku. Mengang tol aku. Last-last terpaksa ubah balik ke asal seperti yang korang tengok sekarang ni. Tak apa. hari ni hari ko. Aku akan cuba lagi lain kali. Siap ko.
Selain itu blogger juga telah memperkenalkan feature-feature berikut.

Hello Photoblog // Bende ni Instant Mesengger (IM) cam Yahoo Messengger gak tapi oleh kerana dia integrated dengan Blogspot maka dia boleh amik snapshot website / gambar (beserta komen) kemudian postkan ke akaun blogger kita. Login Blogspot direct dari Hello. Pengguna juga boleh hantar posting dari Hello.

BlogThis // Fungsi ni dah lama tapi aku baru cuba. Pengguna boleh hantar posting tanpa perlu login di website blogger. Blogthis adalah terbina dalam dengan mana-mana pelayar web.

Google Bar // Fungsi Blogthis, Google search function terbina dalam, highlight search terms on a page, Pop Up Blocker terbina dalam, isi form hanya dengan satu klik.

No comments: