title

25 Sep 2004

Firedrill

Aku dah tuka baju tido pon bila syam bgtau supaya siap sedia utk fire drill mlm ni. Kol 12 katanya. Hampes, ada plak fire drill. Kene la tuka bj plak, takkan nak pakai aku punya tido outfit plak. So sambil nunggu siren tu (fire drill bkn patut secara mengejut ke???) aku siapkan kerje ko k sambil sembang ngan azim. Katanya sem tahun lepas ada sorang student jatuh dari tingkat 3 masa fire drill tu. Masa tu ada demo pertolongan cemas untuk selamatkan mangsa dari banggunan. Ahli bomba tu tak ikat ngan kemas safety harness menyebabkan student tu tergelongsor dan jatuh dari tingkat 3 ke bumi. Patah kaki katanya.
So aku pon tunggu la. Dari kol 12 sampai la nak dekat2 kol 2 baru la ada bunyi siren. Tak lama pas tu semua bekalan elektrik diputuskan. Menggelabah baru la suma student nak kuar dr banggunan tu. Tapi suma lepak je. Jalan pon lenggang2 je. Semua org bkumpul kt parking blok d. Sapa yg taktau ad fire drill mmg dtg ngan pakaian yg melucukan la. Terutamanya siswi. So masa fire drill tu ada penerangan penggunaan pemadam api tapi takde demo selamatkan mangsa dari banggunan. Wonder why.
Dlm kol 3 fire drill tamat.

23 Sep 2004

Gosip

Gosip terkini dari sumber yg mmg boleh dipercayai - Ada student dari kolej muamalat cuba bunuh diri dengan menelan pil. Tah macamana felo kolej boleh tau n halang budak tu. Motif tak diketahui.

21 Sep 2004

Konvo ke 17

Universiti di seluruh Malaysia semenjak dua menjak ni semua pakat2 berkonvo. Tak sabar-sabar nak nampaknya keluarkan grad-grad mereka ke pasaran buruh secara sahnya. "Ketidaksabaran" ni jugak melanda universiti utara malaysia. Jadi pada 18-20hb majlis konvokesyen berlangsung di UUM. Waktu2 ni mmg meriah dgn kedatangan semula senior2. Ramai yg dtg awl ni lepak kt bilik junior yg rapat ngan depa la. Dtg awal utk amik jubah awl so dpt la bgambar ngan kwn2 awal sket. Kepada yg masih menunggu giliran utk bkonvo di sem2 yg akan dtg, time konvo ni mestila ekspo konvo yg menjadi perhatian depa. Bermula dari 15hb sampai la hari last konvo, ekspo konvo berlangsung kt tapak padang kawad palapes. Ini merupakan ekspo konvo yg pertama untuk pelajar sem 1 sem ni dan sem lepas. So mestila ramai yg eager untuk nak amik tau apa sebenarnya ekspo konvo ni.
Aku p on the malam terakhir. Dari pemerhatian aku mmg meriah lah. Lagi2 plak mlm last ni ada Ruffedge plak tu. Secara kasarnya ekspo ni merangkumi beberapa bahagian.

Kawasan Mari Mkn - byk gerai dbuka kt sini.Mmg rambang mata n fenin nak pilih makan apa n byk mana. Omputih kata foods galore. Tp harganya lebih mahal dari yg kt kafe atau dr harga biasa. Org pon ramai, so last2 ko kene tunggu atau pilih je gerai yg kosong.
Kawasan Shopping - Lebih byk gerai dari tmpt mkn n harga standard kalo tak murah pon. Itu hari pertama. Harga semakin hari semakin turun. Paling laku bunga n anak patung. Jgn kata mereka yg dah grad, yg tak grad pon lg byk beli bunga.
Kawasan Konsert - Konsert ni malam je ada. Kalo siang ada demo2 dari kelab dan persatuan kt sini. Mlm last yg aku dtg ada ruffedge. Sejam sebelom depa sampai dah penoh dah tmpt konsert tu.

Aku blk dlm kol 1130 gitu. Tp ramai lg org kt ekspo tu. Kata saksi sampai kol 1 pon ada org lagi.Tak larat la nak tunggu. Lagi pon aku dah dapat 8 poster naruto untukku. Puas hati.

18 Sep 2004

Kelas ko k batal lagi

Kali ni lagi best. Langsung tadak pengumuman apa-apa. Semua orang datang, sampai kol 9 lect ko k ni tak muncul2. Apa lagi, semua orang pon blah la. Aku dah tak larat ngan lect ni. Selalu batal kelas. Kalo ada kelas datang lambat. Bagi assignment macam kelas 3 jam kredit. Lebih2 plak dr lect core fakulti.Oleh kerana dia tak datang hari ni maka aku ke cc pernas.

17 Sep 2004

Ceramah isra mikraj

Isra mikraj sebenarnya jatuh 12hb. Cuti umum hari tu. Tapi tak ada apa-apa event di buat kt sini, samada oleh kolej atau universiti. Oleh itu semua pelajar terpaksa anjurkan aktiviti di bilik masing2, iaitu TIDO. At least itulah yg aku buat, lepas semalam berjaga wat assignment. Cuma hari ni lepas solat jumaat ada ceramah isra mikraj yang dianjurkan oleh pusat islam. Ustaz ni tak ingat pulak nama dia. Dia tak byk cerita psl isra mikraj tu sendiri. Tp byk juga nasihat n peringatan yg disampaikan. Antara yg menarik minat aku.

Pekara-pekara yang harus digopohkan ( maksudnya disegerakan)

1. Bertaubat
2. Bayar hutang
3. Melayan tetamu
4. Menguruskan jenazah
5. Mengahwinkan anak teruna dan anak dara.

15 Sep 2004

Keputusan Majoring

Telah disahkan dengan jayanya bahawa aku tak dapat Majoring. Kene mintak sem depan la. Harap-harap la tak kene extend sem.

13 Sep 2004

Kalut serabut

Hari ni adalah diantara hari-hari dimana aku mengalami komplikasi ( betul ke istilah ni ) penyakit serabut. Memandangkan semalam baru aku tau yg minggu add drop subjek dah lama stat, lalu kalutlah aku gi amik borang add drop kat pejabat FTM tadi. Kes baru tau ni sebabnyer pejabat kolej Pernas tak tampal pon notis pasal minggu add drop ni padahal kolej lain dah dekat dua minggu dah. Hampes tol. Lagi satu tahana plak pasal borang majoring. Hari pertama aku amik borang majoring tu semalam , due date tertulis kat borang tu 19 September 2004. Hari ni aku dapat tau dr classmate aku, esok dah kene hantar borang tu. Memang kali ni bila amik borang tu kat FTM, due date dah jadi 14 September 2004 plak. Aduh, sakitnya hati. Kalut gak aku isi borang tu td. Pastu lupa plak nak kepilkan sekali ngan slip result exam sem lepas. Bergegaslah aku balik ke bilik cari slip tu. Tak jumpa plak, mmg la sbb aku tak bwk. Slip tu ada kat rumah. Tensi aku dibuatnya. Cuba cari kt e-aplikasi pon tadak gak. Last-last givap la aku. Aku pon hantar borang tu tanpa slip result exam tu. Masa nak keluar dari lab komputer tu pulak aku tertinggal testpad n borang add drop tu. Nasib baik mlm ni ada lagi kat lab. Memang hari yg serabut utk ku hari ni.

10 Sep 2004

Krisis tamat @ tamat???

Aku bangun agak lambat hari ni. Malam td bertahan sampai azan subuh dengan mengulang naruto, chobit dan escaflowne. Pastu je baru tido. Mungkin sebab aku dah tak risau lagi sebab bekalan air dah ada balik dalam kol 5 pagi gitu. Lagipon roomate aku takde so aku takut terlepas azan subuh.

9 Sep 2004

Masih lagi tiada air

Aku habiskan masa kat kawasan akademik hari ni, atau pon setiap hari khamis. Setiap khamis, kelas pack dari 8-10, 11-5. Rehat sejam je. Hari ni aku bergegas mandi awal-awal (seawal 630). Bekalan air still tak pulih lagi. Tak puas tol mandi guna pili bomba ni. Tapi memandangkan hari ni aku habis masa kat fakulti je, takle teraser sgt ketiadaan air tu. Cuma sakit hati gak bila balik dari kelas n air still takde lagi. Takleh nak wat apa2, n otak pon jam. Nak mandi tak boleh, nak membasuh tak boleh, nak jerang air pon tak boleh.Wuduk pon bertahan dari zohor tadi. Ceriter dari kolej PROTON, air pili bomba diaorang pon dah abis. Aku rasa jap lagi PERNAS punya lak abis. Aku teraser nak blk kampung kalo sampai pagi esok masih lagi takde air. Tak larat la hidup tanpa air ni. Lagipon kabar angin mengatakan pembaikian paip tu lambat lagi nak siap. Mungkin sabtu atau selewat-lewatnya selasa. Aku x blh tunggu tu. Baju byk tk basuh lagi ni. Walaupon dengan balik ni aku terpaksa ponteng kelas ganti kenegaraan n ko k. Nak wat camana, keperluan comes first kan?

Lawak dari lecturer AI aku : kenapa bekalan air putus??? Mereka jimat air untuk kopi.
Aku tak dapat tahan gelak dari habis kelas sampai la sampai bilik.


//cerita2 lain yg x berkaitan hari ni.
>>hari dapat dua lagi tugasan. SAD n OSK. bergegas ke bilik lect OSK sejurus lepas kelas utk cop tajuk.
>>ada 3 sebab kenapa aku x blh balik kg. 1. kelas ganti kenegaraan( esok, 8-10). 2. Ko k ( nak habiskan bagi buku sketch) 3. group miting java (bincang pasal projek).
>>roomate aku g lawatan kelas. X ingat lak mana dia g (tapi kat KL la). Kol 10 td dia bertolak. So malam ni n esok aku tido sorang.
>>budak2 WARISAN sungguh mengjengkelkan n immature. Patutlah takde sapa nak kawan ngan diorg melain puak-puak mereka sendiri.

8 Sep 2004

Krisis air

Hampir kesemua kolej hari ni keputusan bekalan air. Kolej PERNAS mula malam tadi, dalam kol 11 gitu. Tapi kolej laluan A yg lain macam MAS, TNB dan PROTON pagi tadi lagi dah takde air dah. Kabarnye paip dekat loji air yang bekalkan air ke UUM pecah. Tak tau la betol ke tak. Setakat ni semua orang nampaknya masih boleh bertahan. Ada yang mandi di masjid, terutamanya siswi yang kolej dekat dengan masjid. Ada yang ke dewan kuliah 5. Tapi kebanyakkan pelajar mandi pakai air pili bomba lah. Air tu je yang ada dekat dalam kolej pon. Aku pon terpaksa mandi guna air pili bomba juga. Nasib baik hari ni takde kelas. Kalo tak terpaksa la bangun pepagi sangat atau pon beratur menunggu giliran panjang.Yelah, pili bomba satu je, yang nak guna ramai.

4 Sep 2004

Kelas ko k batal lagi ( kuncisudu membebel )

Aku dah nak keluar bilik dah bila Mariam kol bagitau hari ni tadak kelas ko k. Aiyaa..kelas batal lagi. Bukan aku tak suka kelas batal tapi banyak bende kene setel masa kelas ni. Buku sketch yg aku beli nak kene bagi kat budak kelas aku ( x bg maknanya tak dapat la blk duit aku tu ). Projek game pictionary nak kene diskas n game 2 nak kene try dulu.Kalo dia x dtg takpe, tp ni x bg plak game tu untuk di cuba. Nanti tak menjadi..., akuuu jugak yg kene leter. Dah la batalkan kelas tak wat notis awal, pagi nak batalkan kelas tu la baru nak tampal notis kat pintu. Budak penat dtg kelas pepagi, tup tup tadak kelas. Sapa tak tensi. Apa salahnya bg tau sehari sebelum kat aku or setiausaha dia. bukan susah pon. sms jer. Bukan sekali ni je dia wat hal tau. Sebelom ni masa kelas, dah la dtg lambat ( selalunya setengah jam ), pastu selalu kuar masa kelas sampai sejam lebih gitu, lepas bg kitaorg keje. Dah nak abis waktu baru nampak muka blk. Selalu kelas abis lambat sebab kes ni. Mmg aku tau dia byk keje, tp takkan tak blh organized sket supaya x menyusahkan student dia sendiri. Kalo tak pon jgn la amik kls ni kalo tau semester ni dia akan jd sebok atau mmg akan sebok sepanjang masa.

2 Sep 2004

Anwar bebas

Aku tak tau this EVENT OF THE YEAR ni sampai la lepas makan malam kat kafe. Aku tergerak hati nak gi lepak kat bilik Yazid pas makan tu ( kali pertama semester ni ). Sembang punya sembang Yazid terbagitau yg Anwar dah dibebaskan. Aku cam tak pecaya memula tu. So untuk dapatkan clarification aku kol la ayah aku. So mmg benar la Anwar dah dibebaskan. Selepas dia abis jalani hukuman penjara atas tuduhan rasuah selama 6 tahun dan pertuduhan liwat ke atasnya di tolak mahkamah, maka Anwar adalah orang yang bebas sekarang. Tapi aku rasa ada something yang tak kena. Something is definitely wrong. Sebab ada juga rumour yang mengatakan ada deal antara Anwar ngan kerajaan. n Azizah ngan peguam Anwar seolah2 dah tau keputusan mahkamah at least sehari sebelum tu. Petikan dari www.jeffoii.com "
Subsequently, Kent spoke to Anwar's lawyer, Sankara Nair, on the night before the hearing:


"Oh no, I'm not putting any faith in these rumours," he said.

He then proceeded to spell out in minute detail the next day's schedule of press conferences, passport applications, a possible plane journey to Germany and surgery.

Try as he might, he could not manage to sound like a man expecting to accompany his client back to jail.

It all left one feeling that some kind of deal just may have been done.
".