title

25 Sep 2004

Firedrill

Aku dah tuka baju tido pon bila syam bgtau supaya siap sedia utk fire drill mlm ni. Kol 12 katanya. Hampes, ada plak fire drill. Kene la tuka bj plak, takkan nak pakai aku punya tido outfit plak. So sambil nunggu siren tu (fire drill bkn patut secara mengejut ke???) aku siapkan kerje ko k sambil sembang ngan azim. Katanya sem tahun lepas ada sorang student jatuh dari tingkat 3 masa fire drill tu. Masa tu ada demo pertolongan cemas untuk selamatkan mangsa dari banggunan. Ahli bomba tu tak ikat ngan kemas safety harness menyebabkan student tu tergelongsor dan jatuh dari tingkat 3 ke bumi. Patah kaki katanya.
So aku pon tunggu la. Dari kol 12 sampai la nak dekat2 kol 2 baru la ada bunyi siren. Tak lama pas tu semua bekalan elektrik diputuskan. Menggelabah baru la suma student nak kuar dr banggunan tu. Tapi suma lepak je. Jalan pon lenggang2 je. Semua org bkumpul kt parking blok d. Sapa yg taktau ad fire drill mmg dtg ngan pakaian yg melucukan la. Terutamanya siswi. So masa fire drill tu ada penerangan penggunaan pemadam api tapi takde demo selamatkan mangsa dari banggunan. Wonder why.
Dlm kol 3 fire drill tamat.

No comments: