title

13 Sep 2004

Kalut serabut

Hari ni adalah diantara hari-hari dimana aku mengalami komplikasi ( betul ke istilah ni ) penyakit serabut. Memandangkan semalam baru aku tau yg minggu add drop subjek dah lama stat, lalu kalutlah aku gi amik borang add drop kat pejabat FTM tadi. Kes baru tau ni sebabnyer pejabat kolej Pernas tak tampal pon notis pasal minggu add drop ni padahal kolej lain dah dekat dua minggu dah. Hampes tol. Lagi satu tahana plak pasal borang majoring. Hari pertama aku amik borang majoring tu semalam , due date tertulis kat borang tu 19 September 2004. Hari ni aku dapat tau dr classmate aku, esok dah kene hantar borang tu. Memang kali ni bila amik borang tu kat FTM, due date dah jadi 14 September 2004 plak. Aduh, sakitnya hati. Kalut gak aku isi borang tu td. Pastu lupa plak nak kepilkan sekali ngan slip result exam sem lepas. Bergegaslah aku balik ke bilik cari slip tu. Tak jumpa plak, mmg la sbb aku tak bwk. Slip tu ada kat rumah. Tensi aku dibuatnya. Cuba cari kt e-aplikasi pon tadak gak. Last-last givap la aku. Aku pon hantar borang tu tanpa slip result exam tu. Masa nak keluar dari lab komputer tu pulak aku tertinggal testpad n borang add drop tu. Nasib baik mlm ni ada lagi kat lab. Memang hari yg serabut utk ku hari ni.

No comments: