title

8 Sep 2004

Krisis air

Hampir kesemua kolej hari ni keputusan bekalan air. Kolej PERNAS mula malam tadi, dalam kol 11 gitu. Tapi kolej laluan A yg lain macam MAS, TNB dan PROTON pagi tadi lagi dah takde air dah. Kabarnye paip dekat loji air yang bekalkan air ke UUM pecah. Tak tau la betol ke tak. Setakat ni semua orang nampaknya masih boleh bertahan. Ada yang mandi di masjid, terutamanya siswi yang kolej dekat dengan masjid. Ada yang ke dewan kuliah 5. Tapi kebanyakkan pelajar mandi pakai air pili bomba lah. Air tu je yang ada dekat dalam kolej pon. Aku pon terpaksa mandi guna air pili bomba juga. Nasib baik hari ni takde kelas. Kalo tak terpaksa la bangun pepagi sangat atau pon beratur menunggu giliran panjang.Yelah, pili bomba satu je, yang nak guna ramai.

No comments: