title

18 Oct 2004

Esok paper titas2

Aku takleh tido dan esok ada paper titas. Bukan paper tu yg sebabkan aku takleh tido sbb paper tu takde masalah pon. Memang sejak dua menjak ni aku mmg tak leh nak tido malam. Tergolek sana terguling sini tapi mata tak lelap2 gak. Insomnia??? Tadi baru je tapau nasi putih dan daging masak kicap utk sahur. Pertama kali turun kafe beli makanan sahur. Sebelum ni cuma makan roti n tuna dlm tin je. Setakat ni aku tak penah tak sahor lagi. Posa pon awal lagi so tak leh nak kata byk la. Nanti nk dekat abis posa byk kali la kot terlepas sahor. Sebelum tu sembang ngan Bob. Bob dtg bilik amik tips titas 2. Bagus tol, pagi nak peksa, mlm baru amik tips. Citer pasal keter Jep yg baru eksiden tu. Berita yg aku tau time eksiden tu malam n budak pompuan sem 1 bawak. Eksiden langgar pokok. Bob kata time tu budak pompuan yg drive tu tunduk nak amik pen jatuh, bgn2 je pokok dah kat depan mata. Aku bukan nak kata aku ni pandai bwk kete, tapi inilah sebab eksiden yg paling klaka penah aku dengar. Kalo dah drive tu tumpu la kt jalan, yg ko sebok nak amik pen jatuh tu apehal plak. Dari citer Bob juga ada kemungkinan Presiden JPPK ( JawatanKuasa Pembangunan Pelajar Kolej ) Pernas adalah seorang perempuan. Budak sem 3 katanya. Aku tak kesah pon. Asalkan boleh wat keje n ada memberi sumbangan bagus la tu. Dan baru aku tau juga selain dari budak2 siam, leha, eila, ezha dan ramai lagi budak pompuan sebatch ngan aku "di campakkan atau dibuang " ke Muamalat. Aku tak perasan sebab aku mmg x cara orang. Nak2 lg budak pompuan. Aku sembang ngan bob lepas layan movie (esok ada paper, blh lyn movie lg tu). Takpe le, tgk movie pon lps stadi, tapi aku stadi tips je la. Nak baca satu buku dah tak sempat dah. Oklah dah kol 5 dah. Nak soq ni. Pastu nak tido. Paper kol 1430, so mmg sempat la hilangkan ngantok. Korang jgn lopa soq yek.

15 Oct 2004

Selamat datang ramadhan

Alhamdullilah, syukur ke hadrat Allah kerana mempertemukan aku dengan Ramadhan pada tahun ini. Bulan yang diberkati dengan memberinya atu malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan dimana didalamnya ada keampunan, rahmat dan kebebasan dari api neraka.
Aku tak tunggu pengumuman ramadhan kat tv. Memang aku jarang tgk tv kat sini. Tgk kalender je. Memang tepat punyer. Time isya' aku n khirul g masjid. Nak sambut ramadhan ngan wat tarawih pertama d masjid. Baru grand sket. Lagi pon tak sure kat surau kolej depa wat tak tarawih. Yelah, time ni pon dah ramai warga UUM yg dah balik ke rumah. Nampaknya semua warga UUM amik serius ramadhan kali ni. Ini terbukti bila lepas tarawih aku ke kafe kolej utk beli roti, nak wat bersahor nanti. Aku punyala terkejut sebab semua roti dah abis! Pelik! sebab baru siang tadi pembekal hantar roti kat kafe tu. Jadi aku pon g la kat koop kat mall. Sampai je kat situ, Aiyaaaa...!!!Roti sudah abis.Taklah abis sebenarnye. Tapi tinggal dua je dan khirul sempat sambar yg last sekali. Itu pon roti gardenia yg mahal punyer. Jadi la, asalkan ada roti nak bersahor nanti. Nampaknya semua warga UUM yg ada berpakat nak bersahor ngan roti cam aku agaknya. Lepas sahor aku tak tido. Tunggu subuh teruslah. Kalo tak mesti terlepas punyer. Hari ni takde paper so x byk xtvt yg dibuat selain dari TIDO. Takleh stadi titas lagi sebab kalo stadi awal2 nanti lupa. Petang lepas asar aku turun ke kafe untuk beli makanan bbuka. Takde kueh so tpaksa beli nasik lauk. Aku tak baper suka nak makan makanan "berat" tapi dah kueh takde, terpaksaler. Tapau je n bbuka d bilik. Tak ramai yg berminat bbuka d kafe. Taktaula kenapa.Aku harap dapat wat yg terbaik bulan ramadhan ni. Ramadhan biasanya akan berlalu ngan cepat, kita tak sedar, tup tup dah nak abis dah. Pesanan utk aku dan kepada yg membaca blog ni, Manfaatkan Ramadhan Anda.

Cik Sha jd tutor

Aku tgh baca nota kenegaraan bila Cik Sha bg sms kata dia dah ada kt uum. So dlm kol 5 aku jumpa Cik Sha kt Am's Kafe. Cik Sha dah dlm seminggu jugak kt sini n dah di terima sebagai tutor kt Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden (FKBM).Aku ingat dapat la dia ajar aku Higher Edu sem depan tapi ropa2nya tak. Cik Sha jd tutor tp tak mengajar la. Dia kene sambung master atas tajaan uum. Yang besnya masa buat master gaji n elaun sebagai tutor jalan. Yang tak besnyer selagi tak dapat tempat pengajian, gaji n elaun x jalan. So sekarang Cik Sha tgh mencari U mana dia nak enrol. Wajib g U luar negara. Aku dengar Cik Sha citer dengan perasaan teruja. Wajib d u luar negara??? semua U tanggung??? gaji jalan??? elaun jalan??? Bahagianya hidup. Lepas abis master tak payah bimbang pasal nak cari kejer lagi dah, keje mmg dah menanti. Ok gak kalo aku target macam tu kan. Tp kene skor la 3.5 ke atas. Takpa, aku akan berusaha bersungguh2. yosshh.gambatte.gambatte.

1 Oct 2004

Entry lambat sbb intenet lembab

Beberapa entry baru yang lambat
//17 09 04 - ceramah isra mikraj
//21 09 04 - konvo ke 17
//23 09 04 - Gosip terkini
//25 09 04 - firedrill

Aku dah try update selama tiga hari sblm ni tp tak dapat sebab intenet lembab nak mampos. Nak bukak login page blogger pon makan masa 7 menet. Kalo buleh login takpa, ni bila dah load page tetibe je jd "error 404, page cannot be displayed". Aku agak timeout kot. Bkn kt makmal komputer pernas je, kt makmal FTM pon sama gak. Aku rasa cam nak pecah2kan je kom kt situ. Pengurusan UUM kene wat something utk upgrade intenet access ni. Jgn nak mkn duit student je ni. Aku byr yuran komputer tiap-tiap semester tau.
Semua kelas dah abis minggu ni.Sepatutnya abis minggu lepas dan minggu ni stadi week. Tp dsebabkn silibus byk dan semester ni ada beberapa event yg besar mengganggu kelas maka byk lect tpaksa wat kelas sampai minggu ni. Kelas aku abis semalam kol 2.Kelas java tu, ada kuiz plak.
So minggu exam final akan stat ahad ni(03 10 04)sampai la 23 10 04. Paper aku stat on

6 - kenegaraan
10 - java
11 - OSK
14 -AI
18 - titas
23 - SAD

Jd dlm waktu exam ni aku mungkin tak dpt update blog ni sekerap sekarang.Stadi maa. Tp lawatlah jugak n cliklah link kat sebelah tu. Time cuti nnt blog ni akan diberi wajah baru selain akan kerap di update. Promise, promise.

Kepada anda yg exam juga -> Selamat stadi n gambatte, gambatte.