title

18 Oct 2004

Esok paper titas2

Aku takleh tido dan esok ada paper titas. Bukan paper tu yg sebabkan aku takleh tido sbb paper tu takde masalah pon. Memang sejak dua menjak ni aku mmg tak leh nak tido malam. Tergolek sana terguling sini tapi mata tak lelap2 gak. Insomnia??? Tadi baru je tapau nasi putih dan daging masak kicap utk sahur. Pertama kali turun kafe beli makanan sahur. Sebelum ni cuma makan roti n tuna dlm tin je. Setakat ni aku tak penah tak sahor lagi. Posa pon awal lagi so tak leh nak kata byk la. Nanti nk dekat abis posa byk kali la kot terlepas sahor. Sebelum tu sembang ngan Bob. Bob dtg bilik amik tips titas 2. Bagus tol, pagi nak peksa, mlm baru amik tips. Citer pasal keter Jep yg baru eksiden tu. Berita yg aku tau time eksiden tu malam n budak pompuan sem 1 bawak. Eksiden langgar pokok. Bob kata time tu budak pompuan yg drive tu tunduk nak amik pen jatuh, bgn2 je pokok dah kat depan mata. Aku bukan nak kata aku ni pandai bwk kete, tapi inilah sebab eksiden yg paling klaka penah aku dengar. Kalo dah drive tu tumpu la kt jalan, yg ko sebok nak amik pen jatuh tu apehal plak. Dari citer Bob juga ada kemungkinan Presiden JPPK ( JawatanKuasa Pembangunan Pelajar Kolej ) Pernas adalah seorang perempuan. Budak sem 3 katanya. Aku tak kesah pon. Asalkan boleh wat keje n ada memberi sumbangan bagus la tu. Dan baru aku tau juga selain dari budak2 siam, leha, eila, ezha dan ramai lagi budak pompuan sebatch ngan aku "di campakkan atau dibuang " ke Muamalat. Aku tak perasan sebab aku mmg x cara orang. Nak2 lg budak pompuan. Aku sembang ngan bob lepas layan movie (esok ada paper, blh lyn movie lg tu). Takpe le, tgk movie pon lps stadi, tapi aku stadi tips je la. Nak baca satu buku dah tak sempat dah. Oklah dah kol 5 dah. Nak soq ni. Pastu nak tido. Paper kol 1430, so mmg sempat la hilangkan ngantok. Korang jgn lopa soq yek.

No comments: