title

15 Oct 2004

Selamat datang ramadhan

Alhamdullilah, syukur ke hadrat Allah kerana mempertemukan aku dengan Ramadhan pada tahun ini. Bulan yang diberkati dengan memberinya atu malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan dimana didalamnya ada keampunan, rahmat dan kebebasan dari api neraka.
Aku tak tunggu pengumuman ramadhan kat tv. Memang aku jarang tgk tv kat sini. Tgk kalender je. Memang tepat punyer. Time isya' aku n khirul g masjid. Nak sambut ramadhan ngan wat tarawih pertama d masjid. Baru grand sket. Lagi pon tak sure kat surau kolej depa wat tak tarawih. Yelah, time ni pon dah ramai warga UUM yg dah balik ke rumah. Nampaknya semua warga UUM amik serius ramadhan kali ni. Ini terbukti bila lepas tarawih aku ke kafe kolej utk beli roti, nak wat bersahor nanti. Aku punyala terkejut sebab semua roti dah abis! Pelik! sebab baru siang tadi pembekal hantar roti kat kafe tu. Jadi aku pon g la kat koop kat mall. Sampai je kat situ, Aiyaaaa...!!!Roti sudah abis.Taklah abis sebenarnye. Tapi tinggal dua je dan khirul sempat sambar yg last sekali. Itu pon roti gardenia yg mahal punyer. Jadi la, asalkan ada roti nak bersahor nanti. Nampaknya semua warga UUM yg ada berpakat nak bersahor ngan roti cam aku agaknya. Lepas sahor aku tak tido. Tunggu subuh teruslah. Kalo tak mesti terlepas punyer. Hari ni takde paper so x byk xtvt yg dibuat selain dari TIDO. Takleh stadi titas lagi sebab kalo stadi awal2 nanti lupa. Petang lepas asar aku turun ke kafe untuk beli makanan bbuka. Takde kueh so tpaksa beli nasik lauk. Aku tak baper suka nak makan makanan "berat" tapi dah kueh takde, terpaksaler. Tapau je n bbuka d bilik. Tak ramai yg berminat bbuka d kafe. Taktaula kenapa.Aku harap dapat wat yg terbaik bulan ramadhan ni. Ramadhan biasanya akan berlalu ngan cepat, kita tak sedar, tup tup dah nak abis dah. Pesanan utk aku dan kepada yg membaca blog ni, Manfaatkan Ramadhan Anda.

No comments: