title

28 Dec 2004

Road show mppuum di pkp.




Ini adalah kali pertama mppuum membuat penampilan kepada khalayak pelajar. Kesemua sekali 39 orang yang menang tanpa bertanding tu. Jppk kolej laluan A pon patutnya ada juga. Tapi tak tau la kenapa, cuma jppk pernas je yang hadir. Sebenarnya majlis ni dah dibuat dari sem lepas lagi, tujuannya untuk memperkenalkan barisan mppuum kepada pelajar dan mendengar komen dan komplen daripada pelajar. Tnc hep pon ada (tnc hep ke??? aku pon tak pasti).Masa ni la baru kita dapat lihat kesannya. Kesan menang tanpa ditandingi. Memang ramai pelajar kat pkp tu, tapi depa datang bukan nak join road show. Mereka cuma datang nak wat group miting je. So majlis tu berlangsung dengan mppuum sesama mereka, dengan di sekeliling mereka pelajar duduk berbincang, tidak memberikan perhatian. Sampai kol 1030, kat sekitar pkp tu dah takde orang dah, tinggal mppuum je. Situasi ni jelas tunjukkan kesan dari kemenangan tanpa bertanding ni. Mereka menang tanpa sokongan dan itulah yang terjadi hari ini. Tiada sorang pon yang datang memberikan sokongan. Dan aku pasti lepas ni pon untuk setiap pekara yang depa nak buat, pasti tidak akan mendapat sokongan. Mereka hanya ada mereka saja. Mppuum wujud sebab u lain pon ada mpp mereka sendiri. Pelajar UUM tak kesah samada mereka wujud atau tidak. Mungkin dari dalam hati pelajar tahu takda apa yang mppuum boleh buat untuk membela nasib pelajar.
Mereka memang tak leh wat apa2.Tgk saja bila ada pelajar yang suarakan komplen mengenai yuran bas. Masalah berbangkit bila pelajar semester akhir yang menjalani praktikal perlu juga membayar yuran penuh termasuk yuran bas. Padahal depa xguna perkhidmatan ni. Jawapan dari tnc, perkhidmatan bas adalah dikongsi bersama semua pelajar berdaftar, walaupon student praktikal sekalipon. Mppuum menyepi, tak terkata apa2.

26 Dec 2004

Gempa Bumi

Aku tak tau langsung pasal kejadian ni sehinggalah lepas balik dari pasar malam kat masjid. Walaupon masa nak pegi tu ada lalu kat kafe n sempat jeling kat tv, aku tak la agak kejadian gempa bumi tu sampai begitu dahsyat. Aku agak hanya gegaran kecil je macam yang biasa jadi kat Sabah tu. So aku pegi la membeli belah dengan hati senang, yelah, loan ptptn baru masuk. Tapi masa nak balik tu, walaupon kawan-kawan (aku g ngan lan, jan, peja n khirul) nk lalu ikut belakang (segan nk lalu depan kafe)tp aku ntah macamana terlalu gak kat kafe. Masa tu la aku tertgk part akhir berita TV3, dimana depa tunjukkan kemusnahan lepas kejadian gempa bumi tu.Dan aku realized yang kejadian ni jauh lebih dasat dari yg aku fikirkan. Aku terus telefon rumah. Tak ingat nak makan dah. Sebab aku baru teringat yang siang tadi aku dapat miskol dari rumah dalam kol 3.00 gitu. Lepas tu aku tepon balik tapi tak dapat2. AKu dah mula risau takut2 parent aku balik ke penang bila tau pasal kejadian ni. Tak dapat kontek umah, aku kontek Wati, dia pon tak dapat kontek umah dari siang tadi juga. Tapi bila tanya kat dia pasal kampung di penang, dia kata semua selamat.Famili Pak ngah, Mak teh, Mak su, Pak cik n semua2lah ok. Alhamdulillah, lega aku dengar.Rumah Mak teh pon ok juga,btw, wati ada kt umah Mak teh.So lepas tu aku kontek Luqman, nasib baik dia ada kt umah. So aku suruh dia tepon balik. Rupa2 rupanya tepon kat umah rosak.Tak berdering bila ada orang tepon.Hmmm. Patutla takde org angkat.Parent aku ngan Luqman ok je. Depa tak balik kampung pon. Cuma mak tepon tadi siang bila dapat tau pasal kejadian ni sebab risau kot2 aku g penang. Alhamdulillah juga, kebetulan kejadian tu jadi hari ahad, hari bekerja kat kedah, so ada kelas hari ni. Macam Syam, Amir n Zaf yg pegi penang semalam, mesti depa rasa sgt lega. Lepas tepon rumah baru aku ada hati nak makan, memandangkan semua famili n sedara mara selamat. Tetapi masih sedih ngan kejadian ni, kejadian yg tak penah terfikir dan tak penah terlintas di fikiran kita akan terjadi kepada kita.
Sejak dari sekolah rendah kita diberitahu bahawa negara kita ini adakah bebas dari kejadian seperti ini, memandangkan negara kita tidak termasuk dalam lingkaran gempa bumi dan gunung berapi, walaupon kita terletak di tengah2nya. Kita tak pernah diberitahu bahawa kita juga berisiko menerima kesan gempa bumi seperti yang kita telah kita alami hari ini. Siapa sangka pada hari yang cerah tiba2 ada ombak besar melanda. Lihatlah berapa ramai yang terkorban hanya kerana mereka tidak tahu apa yang sedang berlaku. Mereka tidak pelik melihat air pantai tiba2 mencetek malah gembira melihat ikan2 terdampar dipantai lalu pergi mengambil ikan2 itu. Masa itulah ombak ketiga melanda dan meragut korban yang lebih besar. Aku rasa pelik mengenai tahap sistem amaran awal bencana alam kita dan negara jiran, memandangkan gempa tu berlaku pagi, sepatutnya ada masa yang cukup untuk semua orang dikawasan yang terlibat berpindah ke kawasan yan selamat. Kerosakkan harta benda meman tak dapat dilindung kerana ombak besar tu memang tak dapat dihalang, tetapi sekurang-kurangnya kehilangan nyawa dapat dikurangkan. Tetapi aku juga percaya kepada takdir Allah. Secanggih manapun teknologi dan perancangan manusia, sekiranya ianya telah ditakdirkan, tetap akan terjadi.

Lebih banyak maklumat dan link kat Jeffooi

Baca ini dan fikir. Adakah korban dapat dielakkan???

Al-Fatihah kepada semua mangsa gempa bumi 26 12 04.

Storytelling

Time lab HCI sekarang.Nak wat keje pon rasa x bes sbb jap lg ada storytelling time english nnt.Kene citer pasal puteri Diana. Tak prepare apa2 pon. Hentam sajalah labu nanti.

25 Dec 2004

Ke AS

Aku nak wish MERRY KRISMAS kpd semua anda yang beragama kristian.Hari ni cuti dan aku n lan dah rancang nk kuar beli tiket balik cuti midsem ni.Semalam check PTPTN still x masuk lagi, so kalo turun Alor Star hari ni x byk la pekara yang boleh dibuat.Beli tiket je la kot.Kene beli awal2 sebab cuti midsem kali ni integrated ngan raya haji so kemungkinan tiket akan habis adalah amat tinggi.

23 Dec 2004

Tolong Shah update website

Kat lab pernas, dah dua kali kene tolong shah ngan website dia.Semalam ngan hari ni. Hampes tol. Kebetulan intenet laju lak, so amik kesempatan la post something kat sini. Post lain akan menyusul nanti.

22 Dec 2004

PTPTN x masuk lg

Ramai pelajar yg dah mengeluh ni, sebab dah hampir sebulan semester bermula tapi pinjaman PTPTN masih belum dimasukkan ke dalam akaun lagi ni. Semester ni terasa betul lambatnya, sampai jadi perbincangan hangat semua pelajar kat mana2 pon. Kat bilik cerita pasal PTPTN, kt kelas pon sama, apatah lagi masa makan kt kafe. Itu belum masa naik bas nk gi kelas, benda ni dah jadi problem besar, sampai masa couple2 dating pon topik yang sama dibincangkan, yelah nanti gaduh pulak sapa nak belanja sapa kan. Dah dua sem isu PTPTN lambat ni xjd hal utk aku, sebab aku manage utk ada at least amaunt y cukup utk aku bertahan selama dua bulan. Tp sem ni lain sket sebab aku ada xsampai rm200 pon. Dah tu sem ni banyak pulak modul subjek yg mesti dibeli. Kalo nak tunggu PTPTN masuk memang tertinggal la aku. Lagi satu masalah ialah nak balik midsem nanti. Tiket kene beli awal sebab cuti kali ni gabung ngan Raya Haji. Tapi dana poket dah nak kering dah, tinggal cukup makan sekali sehari selama beberapa hari je lagi ni. Ramai pelajar yang dah mintak dana dari parent masing2. Termasuk la aku. Terpaksa sangat, especially sebab nak beli tiket balik je ni. Memang menyusahkan betul la PTPTN ni. Hampases.
Bila ada masalah camni dan ada banyak pula mulut yang bercerita, maka banyak la spekulasi kenapa PTPTN kali ni lambat sangat. Antara khabar angin kenapa PTPTN masuk lambat :-

1. PTPTN tak ada dana n terpaksa mintak bantuan sumber lain, so amik masa.//pada aku alasan ni kontkrit gak, sebab penah kuar sotkaba yg mengatakan xsampai 1 percent penerima PTPTN yg dah tamat membayar balik pinjaman dan penah kuar juga yg masih meminjam kene bayar sebelum tamat belajar ( solution paling bengong penah aku dengar ). Masalah ni jadi sebab PTPTN dakwa xdpt kesan penerima pinjaman ni, kecuali la kalo depa keje ngan kerajaan. Pada aku mudah je nak atasi masalah ni, check je la kat KWSP. Kalo depa keje, duit gaji depa mesti kene potong ke KWSP.Bukan PTPTN xleh kerjasama ngan KWSP.Hmmm. Mungkin xde sorang pon kt PTPTN tu tau IT kot termasuk la bos besar depa. Hampases.

2. PTPTN laburkan duit tu in short term kt bank.// ini pon boleh jadi. walaupon xde bukti sahih dan sah. Aku penah dengar Bank Negara wat pekara yg sama. Laburkan duit dalam beberapa juta kt bank komersial dalam masa singkat, means < in 2 weeks. Kalo dapat 1 percent interests pon, berjuta2 jugak tu dalam poket. Aummm. Mungkin lain2 pemegang dana cam KWSP and Tabung Haji pon wat bende yang sama. Sapa tau kan.

3. PTPTN tak tau semester baru dah mula.//alasan dari khabar angin paling bodoh penah aku dengar.Patut depa pihak paling awal tau pasal semester baru mula.Yang ni aku x baper xpecaya jgk la.

4. The Star khamis 24 Disember 2004,ada glitch kat database pelajar IPTA PTPTN.So jadik problem kat PTPTN utk masukkan duit tu sampaila masalah database tu diperbetulkan.//alasan ni konkrit gak.Walaupon gitu,sebagai pelajar IT,pekara ni membangkitkan persoalan aku,takkan depa xwat backup??? Depa patut backup everything, supaya kalo terjadi apa2, downtime adalah minimal.Patut kene pecat la depa punya IT Exec tu.

Takde sorang sorang pelajar pon yang komplen macam ni-> PTPTN ni nak bagi duit ke tak nak ni? Nak bagi wat la cara nak bagi,tak nak bagi sudah.

19 Dec 2004

Hmm, bz ni.

Dlm lab HCI skrg ni. Wat Macromedia DIrector. Aku x penah blaja Director sblm ni, so it excites me. Math n datakom dah ada kuiz minggu depan n assignment n projek. Jap lg ada english n pastu Os sampai 530. Mlm Mus nk jumpa pasal diskusi siswa. Keje dah makin byk. Aku harap aku blh keep up dengan bebanan ni. Kene ubah sikap. Ye..kene ubah sikap.

2 Dec 2004

Yeaaaaa, dapat Higher Edu

Akhirnya bejaya jugak add paper higher edu. Semalam kebetulan je lalu kat pejabat STM dan terlihat notis tambahan kelas higher. Bukak 6 kelas tapi pepagi dah kene g dah. Takpeeee....Pagi-pagi jgk aku turun lab. Akhirnya dapat jugak. Tak ramai yang ada kat lab masa aku daftar tu. Samada x bgn lagi atau depa tak tau. Tak kesahlah, yang penting aku yang dapat. Sama kelas ngan Syahril. Shai n Khirul satu kelas lain. Azue, Intan n Rozie x nampak lagi.Aku rasa depa dah givap kot.
Hari ni kelas Data Kom n Struktur Diskret batal sebab lecturer ada pejumpaan ngan NC. So aku hanya akan masuk kelas HCI n Higher yg baru di tambah td. Sementara tu, surf intenet di lab STM.

1 Dec 2004

If a child

Dah ramai jugak kawan2 aku yang dah berkahwin dan dah atau bakal menimang cahayamata(nak dpt baby la tu).Yang paling awal Acap. Mimi dah dapat anak lelaki, Aemi pon dah kawin.Kakak Susilawati bakal dapat nak kedua.Kepada semua kawan2 yang dah ada or bakal dapat ni aku tujukan poem ni kat anda semua. Baru dapat tadi masa surf internet.

If a child lives with criticism,
He learns to condemn

If a child lives with hostility
He learns to fight

If a child lives with ridicule,
He learns to be shy

If a child lives with shame,
He learns to feel guilty

If a child lives with tolerance,
He learns to be patient

If a child lives with encouragement,
He learns confidence

If a child lives with praise,
He learns to appreciate

If a child lives with fairness,
He learns justice

If a child lives with security,
He learns to have faith

If a child lives with approval,
He learns to like himself

BA2022, kuncisudu membebel

Aku kat lab tgh tunggu utk add paper BA 2022, English for Higher Education. Masuk hari ni dah dua hari menunggu utk kelas tambahan paper ni dibuka, bersama-sama dengan ratusan students lain yang tak dapat paper ni,walaupon dah mintak dari sem lepas lg. Tak tau la camana depa, yakni pengurusan universiti nak2 lg FKBM susun kelas BA2022 ni.dah tau byk permintaan utk kelas ni, bukak la byk2. Kalo sikit takpe, ni nak dekat seribu gak yg x dapat(aku agak la).Membebel lagi aku nampaknya. Aku plan kalo sampai esok tak dapat paper BA ni nak amik paper Etika la. Kene tarik jgk paper sem 5 ni walaupon cadangnyer nak save utk sem depan.Hampes punyer UUM.