title

26 Dec 2004

Gempa Bumi

Aku tak tau langsung pasal kejadian ni sehinggalah lepas balik dari pasar malam kat masjid. Walaupon masa nak pegi tu ada lalu kat kafe n sempat jeling kat tv, aku tak la agak kejadian gempa bumi tu sampai begitu dahsyat. Aku agak hanya gegaran kecil je macam yang biasa jadi kat Sabah tu. So aku pegi la membeli belah dengan hati senang, yelah, loan ptptn baru masuk. Tapi masa nak balik tu, walaupon kawan-kawan (aku g ngan lan, jan, peja n khirul) nk lalu ikut belakang (segan nk lalu depan kafe)tp aku ntah macamana terlalu gak kat kafe. Masa tu la aku tertgk part akhir berita TV3, dimana depa tunjukkan kemusnahan lepas kejadian gempa bumi tu.Dan aku realized yang kejadian ni jauh lebih dasat dari yg aku fikirkan. Aku terus telefon rumah. Tak ingat nak makan dah. Sebab aku baru teringat yang siang tadi aku dapat miskol dari rumah dalam kol 3.00 gitu. Lepas tu aku tepon balik tapi tak dapat2. AKu dah mula risau takut2 parent aku balik ke penang bila tau pasal kejadian ni. Tak dapat kontek umah, aku kontek Wati, dia pon tak dapat kontek umah dari siang tadi juga. Tapi bila tanya kat dia pasal kampung di penang, dia kata semua selamat.Famili Pak ngah, Mak teh, Mak su, Pak cik n semua2lah ok. Alhamdulillah, lega aku dengar.Rumah Mak teh pon ok juga,btw, wati ada kt umah Mak teh.So lepas tu aku kontek Luqman, nasib baik dia ada kt umah. So aku suruh dia tepon balik. Rupa2 rupanya tepon kat umah rosak.Tak berdering bila ada orang tepon.Hmmm. Patutla takde org angkat.Parent aku ngan Luqman ok je. Depa tak balik kampung pon. Cuma mak tepon tadi siang bila dapat tau pasal kejadian ni sebab risau kot2 aku g penang. Alhamdulillah juga, kebetulan kejadian tu jadi hari ahad, hari bekerja kat kedah, so ada kelas hari ni. Macam Syam, Amir n Zaf yg pegi penang semalam, mesti depa rasa sgt lega. Lepas tepon rumah baru aku ada hati nak makan, memandangkan semua famili n sedara mara selamat. Tetapi masih sedih ngan kejadian ni, kejadian yg tak penah terfikir dan tak penah terlintas di fikiran kita akan terjadi kepada kita.
Sejak dari sekolah rendah kita diberitahu bahawa negara kita ini adakah bebas dari kejadian seperti ini, memandangkan negara kita tidak termasuk dalam lingkaran gempa bumi dan gunung berapi, walaupon kita terletak di tengah2nya. Kita tak pernah diberitahu bahawa kita juga berisiko menerima kesan gempa bumi seperti yang kita telah kita alami hari ini. Siapa sangka pada hari yang cerah tiba2 ada ombak besar melanda. Lihatlah berapa ramai yang terkorban hanya kerana mereka tidak tahu apa yang sedang berlaku. Mereka tidak pelik melihat air pantai tiba2 mencetek malah gembira melihat ikan2 terdampar dipantai lalu pergi mengambil ikan2 itu. Masa itulah ombak ketiga melanda dan meragut korban yang lebih besar. Aku rasa pelik mengenai tahap sistem amaran awal bencana alam kita dan negara jiran, memandangkan gempa tu berlaku pagi, sepatutnya ada masa yang cukup untuk semua orang dikawasan yang terlibat berpindah ke kawasan yan selamat. Kerosakkan harta benda meman tak dapat dilindung kerana ombak besar tu memang tak dapat dihalang, tetapi sekurang-kurangnya kehilangan nyawa dapat dikurangkan. Tetapi aku juga percaya kepada takdir Allah. Secanggih manapun teknologi dan perancangan manusia, sekiranya ianya telah ditakdirkan, tetap akan terjadi.

Lebih banyak maklumat dan link kat Jeffooi

Baca ini dan fikir. Adakah korban dapat dielakkan???

Al-Fatihah kepada semua mangsa gempa bumi 26 12 04.

No comments: