title

22 Dec 2004

PTPTN x masuk lg

Ramai pelajar yg dah mengeluh ni, sebab dah hampir sebulan semester bermula tapi pinjaman PTPTN masih belum dimasukkan ke dalam akaun lagi ni. Semester ni terasa betul lambatnya, sampai jadi perbincangan hangat semua pelajar kat mana2 pon. Kat bilik cerita pasal PTPTN, kt kelas pon sama, apatah lagi masa makan kt kafe. Itu belum masa naik bas nk gi kelas, benda ni dah jadi problem besar, sampai masa couple2 dating pon topik yang sama dibincangkan, yelah nanti gaduh pulak sapa nak belanja sapa kan. Dah dua sem isu PTPTN lambat ni xjd hal utk aku, sebab aku manage utk ada at least amaunt y cukup utk aku bertahan selama dua bulan. Tp sem ni lain sket sebab aku ada xsampai rm200 pon. Dah tu sem ni banyak pulak modul subjek yg mesti dibeli. Kalo nak tunggu PTPTN masuk memang tertinggal la aku. Lagi satu masalah ialah nak balik midsem nanti. Tiket kene beli awal sebab cuti kali ni gabung ngan Raya Haji. Tapi dana poket dah nak kering dah, tinggal cukup makan sekali sehari selama beberapa hari je lagi ni. Ramai pelajar yang dah mintak dana dari parent masing2. Termasuk la aku. Terpaksa sangat, especially sebab nak beli tiket balik je ni. Memang menyusahkan betul la PTPTN ni. Hampases.
Bila ada masalah camni dan ada banyak pula mulut yang bercerita, maka banyak la spekulasi kenapa PTPTN kali ni lambat sangat. Antara khabar angin kenapa PTPTN masuk lambat :-

1. PTPTN tak ada dana n terpaksa mintak bantuan sumber lain, so amik masa.//pada aku alasan ni kontkrit gak, sebab penah kuar sotkaba yg mengatakan xsampai 1 percent penerima PTPTN yg dah tamat membayar balik pinjaman dan penah kuar juga yg masih meminjam kene bayar sebelum tamat belajar ( solution paling bengong penah aku dengar ). Masalah ni jadi sebab PTPTN dakwa xdpt kesan penerima pinjaman ni, kecuali la kalo depa keje ngan kerajaan. Pada aku mudah je nak atasi masalah ni, check je la kat KWSP. Kalo depa keje, duit gaji depa mesti kene potong ke KWSP.Bukan PTPTN xleh kerjasama ngan KWSP.Hmmm. Mungkin xde sorang pon kt PTPTN tu tau IT kot termasuk la bos besar depa. Hampases.

2. PTPTN laburkan duit tu in short term kt bank.// ini pon boleh jadi. walaupon xde bukti sahih dan sah. Aku penah dengar Bank Negara wat pekara yg sama. Laburkan duit dalam beberapa juta kt bank komersial dalam masa singkat, means < in 2 weeks. Kalo dapat 1 percent interests pon, berjuta2 jugak tu dalam poket. Aummm. Mungkin lain2 pemegang dana cam KWSP and Tabung Haji pon wat bende yang sama. Sapa tau kan.

3. PTPTN tak tau semester baru dah mula.//alasan dari khabar angin paling bodoh penah aku dengar.Patut depa pihak paling awal tau pasal semester baru mula.Yang ni aku x baper xpecaya jgk la.

4. The Star khamis 24 Disember 2004,ada glitch kat database pelajar IPTA PTPTN.So jadik problem kat PTPTN utk masukkan duit tu sampaila masalah database tu diperbetulkan.//alasan ni konkrit gak.Walaupon gitu,sebagai pelajar IT,pekara ni membangkitkan persoalan aku,takkan depa xwat backup??? Depa patut backup everything, supaya kalo terjadi apa2, downtime adalah minimal.Patut kene pecat la depa punya IT Exec tu.

Takde sorang sorang pelajar pon yang komplen macam ni-> PTPTN ni nak bagi duit ke tak nak ni? Nak bagi wat la cara nak bagi,tak nak bagi sudah.

No comments: