title

28 Dec 2004

Road show mppuum di pkp.




Ini adalah kali pertama mppuum membuat penampilan kepada khalayak pelajar. Kesemua sekali 39 orang yang menang tanpa bertanding tu. Jppk kolej laluan A pon patutnya ada juga. Tapi tak tau la kenapa, cuma jppk pernas je yang hadir. Sebenarnya majlis ni dah dibuat dari sem lepas lagi, tujuannya untuk memperkenalkan barisan mppuum kepada pelajar dan mendengar komen dan komplen daripada pelajar. Tnc hep pon ada (tnc hep ke??? aku pon tak pasti).Masa ni la baru kita dapat lihat kesannya. Kesan menang tanpa ditandingi. Memang ramai pelajar kat pkp tu, tapi depa datang bukan nak join road show. Mereka cuma datang nak wat group miting je. So majlis tu berlangsung dengan mppuum sesama mereka, dengan di sekeliling mereka pelajar duduk berbincang, tidak memberikan perhatian. Sampai kol 1030, kat sekitar pkp tu dah takde orang dah, tinggal mppuum je. Situasi ni jelas tunjukkan kesan dari kemenangan tanpa bertanding ni. Mereka menang tanpa sokongan dan itulah yang terjadi hari ini. Tiada sorang pon yang datang memberikan sokongan. Dan aku pasti lepas ni pon untuk setiap pekara yang depa nak buat, pasti tidak akan mendapat sokongan. Mereka hanya ada mereka saja. Mppuum wujud sebab u lain pon ada mpp mereka sendiri. Pelajar UUM tak kesah samada mereka wujud atau tidak. Mungkin dari dalam hati pelajar tahu takda apa yang mppuum boleh buat untuk membela nasib pelajar.
Mereka memang tak leh wat apa2.Tgk saja bila ada pelajar yang suarakan komplen mengenai yuran bas. Masalah berbangkit bila pelajar semester akhir yang menjalani praktikal perlu juga membayar yuran penuh termasuk yuran bas. Padahal depa xguna perkhidmatan ni. Jawapan dari tnc, perkhidmatan bas adalah dikongsi bersama semua pelajar berdaftar, walaupon student praktikal sekalipon. Mppuum menyepi, tak terkata apa2.

No comments: