title

28 Dec 2005

Di Pengakhiran Cuti

Cuti dah habis dan semester baru pun bermula. Masih ada 2 sem ataupn setahun untuk
grad, InsyaAllah. Masa nampak panjang lagi, tapi masa berlalu, menjadikannya semakin
pendek. Lama jugak aku tinggalkan blog ni, yelah,kt umah xda akses internet,nk
harapkan cc mmg xbebaloi. So,apa yg akudah buat selama cuti ni???

Habis membaca :-

Memoir Said Zahari

Bumi dipijak oleh Lee Chen


Habis Menonton :-

Densha Otoko

Viva La Bam season 1-5

Aressted Development season 1-2

Tokyo Godfather


Habis main :-

Serious Sam


Selain tu ada jugak event2 yang menarik berlaku sepanjang cuti lepas.
Beli Tiket Bas

Akibat Banjir

Spring Cleaning

I MISS MY PC


Tahniah kepada emilia,pali,chaos,eak,gosh,zamin n uda yg telah menamatkan zaman
bujang depa. Semoga kekal diberkati sepanjang hayat.


21 Dec 2005

Beli Tiket Bas

Ke terminal beli tiket. Tak sangka tiket ke UUM pada 29 n 30 dh habis. Hampes. Baru semalam 2. So aku amik tiket balik 27 ni.

20 Dec 2005

Akibat Banjir

Hari ni sepatutnya balik semula ke kedah ngan arol sebab pendaftaran baru sem akan mula 22hb ni. Cadang nk p umah makteh dulu. Tapi tghari 2 makteh kol kata jalan ke umah makteh dah naik air. Masa ni Kepala Batas,Jitra n Changlun masih lagi berada di bawah paras air banjir. Xlama pastu bertalu2 sms datang menyatakan senat UUM dah putuskan pendaftaran sem ni ditangguhkan lagi sembilan hari. Nak x nak terpaksa la aku xbalik menyebabkan tiket yang dibeli "burn" begitu sahaja.

15 Dec 2005

Spring Cleaning

Hari projek membersihkan bilik secara besar-besaran!Sebanyak 2 plastik hitam besar sampah telah dihasil kan. Lepas projek aku ditangkap selsema.

10 Dec 2005

Poket berlubang

Hari ni aku belajar satu benda baru.Kalau nak beli dompet,beli dompet yang tidak ada lubang di tengahnya. Menurut kepercayaan orang cina (si tukang jual dompet tu yg bagi tahu aku), dompet tanpa lubang adalah dompet yang ONG, manakala dompet yang ada lubang akan menyebabkan ONG akan keluar ikut lubang tu. Yang peliknya kalau betul lah apa yang dia kata dan pecaya kan, kenapa la dia pi jual dua-dua jenis dompet tu? Jual yang tak berlobang dah la. Bila aku tanya dia, dia jual dua-dua sebab tak semua orang pecaya, lagi pun dompet berlubang ni murah, jadi orang yang bukan chinese suka la beli.

Aku tak beli, sebab Rip Curl aku yang beli tahun 96 still elok lagi, dan tak berlobang di tengah.

13 Oct 2005

Final Exam

Final exam dah stat. So aku akan sibuk bergambatte untuk final ni. Maknanya blog ni xkan di update sampai la abis final n kalo xbernasib baik lepas raya nanti. Wish me all the best ya. Tarikh paper aku:-

12 - Database
17 - Foundation of Finance
18 - Operating System Administration
20 - Computer System Architecture, Software Engineering
23 - Computer Network.

3 Oct 2005

Kegiatan hari ini

Midsem OSAd
Kuiz Asas Kew
Kelas Ganti CSA
Tgk Anak Bulan Ramadhan posa on 5hb

1 Oct 2005

Makan makan n post mortem

Gathering sebelum bulan posa, aku, syahril, pian, yon, intan, ayu n kwn ayu kat nongkah. Ni kali pertama sem ni kami berkumpul makan n sembang2. Lama x jumpa budak2 ni. Memang best jumpa budak2 ni. Nak2 tgk telatah intan yang kecoh. Lepas makan dalam kol 1030 pulak ada post mortem bengkel towering personality. Nothing much, lagi pon perot aku dah penoh,xleh nak tumpu miting.





Makan makan di Nongkah






Post Mortem Bengkel Towering Personality

29 Sep 2005

Pilihanraya MPP UUM

Kali pertama menyertai pilihanraya kampus. Dua sem lepas disebabkan pro aspirasi menang tanpa bertanding,so tadak la pilihanraya. Sem ni ada dua calon pro mahasiswa bertanding menjadikan 15 calon merebut 13 tempat dalam mpp. Komen aku mengenai pilihanraya kampus ni:-

1. Semua calon hanya ada masa dua hari saja untuk berkempen.Maknanya mereka hanya ada masa 3.5 jam untuk berkempen di setiap kolej tanpa henti selama dua hari tu. Ini juga bermakna mereka hanya ada masa kurang sejam untuk berkempen di setiap blok di kolej yang ada 4 blok macam Pernas. Kalo macam kolej Proton yang ada 8 blok??? Aku berani bet yang calon2 ni langsung tak berkempen pon. Cuma perkenalkan diri je kat pkp malam sebelum pilihanraya.

2. Aku yakin Farha, calon yang dapat undi terbanyak adalah disebabkan dia ni perempuan. Aku yakin pengundi yang pangkah dia ni pon bukan kenal dia sangat.

3. Ramai pelajar keluar mengundi. Turnout adalah dalam 97% lebih. Kalah pilihan raya umum. Tapi ini adalah disebabkan pelajar "di paksa" keluar mengundi. Cara2nya adalah dengan :-

Kelas dibatalkan dari kol 8 am - 1 pm.

Sirkulasi bas ditiadakan dari 8 am - 1 pm.

Macam kat kolej pernas, kedatangan diambil. Sapa2 x datang, sem depan kene buang kolej.

Janji kat para pelajar, blok mana yang kedatangan paling ramai, akan dapat astro.

Macam entry aku yang lepas, aku yakin MPP kali ni pon xkan bawak perubahan kat pelajar UUM. Just tengok kat isu bas n yuran pelajar.
Laman Web MPP UUM pon dah berkurun tak di update.
Pada aku, MPP UUM wujud sebab U lain ada MPP.

LEBIH 93 PERATUS KELUAR MENGUNDI DI UUM

17,217 KELUAR MENGUNDI DI UUM


Another view on MPP election HERE

23 Sep 2005

Bengkel Towering Personality

Projek utama aku sem ni. Bertindak sebagai ketua biro promosi. Projek ni agak self-explained. Pengisian dia actually ceramah-ceramah. Ada tiga slot ceramah. First cabaran globalisasi,kedua pasal sektor korporat n last sekali pasal personaliti diri. Aku dh x ingat sapa penceramah2 tu. Satu hari jumaat yang memenatkan.





13 Sep 2005

Serangan serangga

//dapat ni dari emel portal. walopon aku tak le kena serang ngan bende ni tapi boleh dikatakan isu ni hangat diperkatakan oleh student2 kolej bukit kachi n muamalat. situ memang tempat serangga ni lepak minum kopi n mengorat.

Date: Tue, 13 Sep 2005 16:28:28 +0800
From: medic@uum.edu.my
To: uumnet@uum.edu.my,studnet@uum.edu.my

SERANGAN SERANGGA DI KOLEJ-KOLEJ UUM

Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Utara Malaysia (PKUUUM) telah mendapati
sebilangan pelajar kita (UUM), telah datang mendapatkan rawatan kulit yang
kesannya seperti (kudis kemerahan) agak luaran (superficial), disertai air
bisa, bertompok dan merah merata (scattered) kawasan badan.

Ada yang bersaiz kecil, sederhana luas dan boleh didapati di muka, badan,
tangan dan kaki. Ianya muncul dengan tiba-tiba biasanya disedari selepas
daripada bangun dari tidur dan pesakit merasa pedih pada kawasan tersebut.

Setelah dibuat penelitian, pihak PKU telah mengenalpasti punca tersebut iaitu
ianya disebabkan oleh sejenis serangga yang bersaiz kecil berukuran lebih
kurang 0.7 - 1 cm panjang bertompok kehitaman dan keperangan seperti gambar
yang kami sertakan dalam attachment.

PERIHAL SERANGGA

Serangga ini suka mendiami kawasan lembap dari lembah seperti ladang kelapa
sawit, hutan di sekitar bukit dan kemunculannya bermusim iaitu sewaktu
pertukaran monsun pada bulan lapan atau sembilan seperti tahun ini (2005).
Ianya muncul pada waktu malam dan tertarik kepada cahaya lampu.

SERANGAN SERANGGA INI

Berita telah memaparkan beberapa tahun lalu pelajar-pelajar USM Nibong Tebal
telah mengalami sejenis penyakit kulit yang mana telah disebabkan oleh
serangga ini. Harian Metro bertarikh 10/09/2005 di muka dua juga memaparkan
kes yang sama berlaku di Kulim, Kedah.

Kesan luka terhasil bilamana secara sedar atau tidak anggota badan tertindih
serangga ini dan ianya mengeluarkan sejenis cecair.

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN & KAWALAN

Pengarah PKU, Dr. Mohamad Sanuri Rahamad ingin mengingatkan kepada semua warga
kampus UUM terutamanya pelajar supaya mengambil langkah-langkah pencegahan
awal supaya tidak terkena serangan serangga ini.

Antaranya:

i) Menutup semua tingkap, langsir apabila malam menjelma.
ii) Menutup lampu bilik apabila tidak diperlukan.
iii) Menggunakan ‘netting’ bagi bilik yang terdedah pada serangga ini

Bagi sesiapa yang mengalami masalah ini, sila ke PKU untuk mendapatkan rawatan
lanjut. Semoga dengan sedikit info ini dapat membantu kita bagi menjalani
kehidupan yang sihat di UUM, Sintok.

Untuk maklumat lanjut berkaitan serangan serangga ini anda boleh menghubungi
Pegawai Perubatan PKUUUM

Pencegahan lebih baik dari rawatan.

Sekian ,terima kasih.

Dr.Jafri Bin Lebai Ahmad
Pegawai Perubatan PKUUUM

Layarilah homepage kami di alamat www.medic.uum.edu.my

"KE ARAH KESIHATAN DAN KECEMERLANGAN "
(TOWARDS HEALTH AND EXCELLENCE)

Unit Multimedia,Promosi & Pameran
Pusat Kesihatan Universiti,
Universiti Utara Malaysia.
Tel: 9285912






6 Sep 2005

Bas Gulung

Aku dapat tau agak lewat berita ni. Memandangkan semalam kelas habis lewat petang. Mat Chan yang bgtau pastu Bob mengesahkan. Semalam ramai budak2 tunggu depan tv nak tgk berita. Hari ni suma paper habis dijual sebelum kol 10. Termasuk paper Inggeris.
Ceriter yang aku dgr :-
Bas tu terjunam ke dalam anak sungai masa balik dari kampus induk ke Kolej Bukit Kachi semalam bila seorang pelajar yang berdiri berhampiran pemandu bas terjatuh ke atas stereng menyebabkan pemandu gagal mengawal kenderaan.
Gambar-gambar ni diambil dari Lan.






2 Sep 2005

Kerenah Sukan Siswi di Forum Pernas

Cerita bermula apabila hanya 15 siswi turun untuk perbarisan kawad sukan siswi.
Kolej lain hantar 50-100 siswi. Pengetua upset. Exco Biro sukan bengang. So
selepas miting JPPK, perjumpaan blok yang dilakukan diblok d dibuat.
Selanjutnya,baca la topik-topik ni di forum pernas.

SUKAN SISWI
JANGAN KERUHKAN KEADAAN
Apa Dah Jadi ngan JPPK Sem ni???

29 Jul 2005

Spot check //malam 28 07 05

Aku baru lepas bagi makanan yang lan pesan bila aku diberitahu yang malam ni ada spotcheck oleh U.K(unit keselamatan). Maka dengan perasaan agak tergesa2 aku pon balik ke bilik, nak tgk kot2 ada barang2 yang mungkin boleh dirampas u.k. Walopon aku n rumate xde la simpan barang2 telarang cam rokok ke, cd or majalah blue ke, tapi kadang2 u.k ni bukan boleh pecaya. So aku sorok le suma cd intaller,DVD Movie n majalah art aku (kene sorok le, sebab ada cara nak lukis figura wanita). Dalam sekelip mata suma budak dalam blok a tau,n boleh tgk akan keadaan kelam kabut yang berlaku bila suma org berusaha untuk menyorokkan barang2 terlarang dan yang dianggap terlarang. Bilik yang berbau rokok terus jadi wangi, paking lot yang penuh ngan motor tiba2 lengang,yang klakarnya R.A(resident asistant) blok pon kene sorok motor gak, padahal dia patut ada sticker. Lepas tu suma orang tunggu kedatangan u.k. Masa berborak sambil menunggu u.k kuar informasi yang ini suma angkara Nc baru, Nordin Kardi. Dengar khabar dia arahkan suma kolej di laluan a di spot check malam ni. Felo n staff dari kolej lain akan check kolej kami,mengikut informasi itu. Tapi, tunggu punya tunggu punya tunggu, u.k n felo tak muncul2 gak. Dah sampai kol satu bila dapat tau spot check dibatalkan, felo yang check tu penat katanya. Dengar khabar depa sempat sampai blok b je.Hampes tol la. Wat penat aku je. Dulu masa sem 3 pon camtu gak. pastu aku pn kunci bilik n tido.

Aktiviti Minggu Ini

//27 07 05 jumaat pagi

hari interaksi senior junior









malam Demo Penerangan Silat Cekak Malaysia


//28 07 05 sabtu malam
malam penutup hari interaksi




28 Jul 2005

Mencuba Blogger Image ngan Gadis Ayu Wallpaper.






Aku tgh cuba feature baru blogspot. Sekarang dah boleh letak gambar direct ke server blogspot.Tapi can lambat je walaupon gambar kecik.Gambar ni link ke wallpaper yg aku wat.
//feature xdpt digunakan. Maybe sbb connection lembab kat sini. Aku host wallpaper ni kat geocities akhirnya.

Cerita di Forum Pernas

Perbincangan Hangat dan Panas di Forum Pernas -->Felo kene buang UUM???


10 Mar 2005

Entri Lambat

Hari ni aku tambah beberapa entri lagi. Late entries. Minggu ni minggu stadi, minggu depan stat final exam. Aku punyer mula pada 15hb dan abis on 29hb. Lepas tu cuti 3 bulan. Ada kemungkinan kene balik awal.Tak tau lagi. Tak tau juga bila nak balik Kuantan lepas peksa ni.

Entri-entri yan lambat ni :-

19 feb 2005
Projek Kuala Muda Batal

21 febuari 2005
Ke pusat ko k

23 feb 05
Manifestasi Teater

26 febuari 2005
KAMI MENANG!!!

27 Feb 2005

KAMI MENANG!!!

Akhirnya Warisan Pernas menang tempat pertama manifestasi teater uum 2005. Kami mengalahkan Warna, Estetika n Pendita, semuanya kelab2 tearter UUm. Walaupun kemenangan ini telah dijangka sejak awal, namun kami still meraikanny dengan penuh cemerlang dan bergaya. Kemenangan ini membolehkan kami menyertai manifestasi teater antara Universiti (MAKUM) dan manifeatasi teater peringkat negeri kedah.

TAHNIAH UNTUK SEMUA WARGA WARISAN PERNAS KHAS DARI PENGURUS PRODUKSI

23 Feb 2005

Manifestasi Teater

Aku tak sangka gak yang Warisan nak jugak masuk manifestasi ni. Sebabnya masa dah suntuk. Borang penyertaan dah lama keluar dan dateline pon dah dekat, tapi Warisan still tak bergerak. Last2 Nik Hasbi insist on entering the manifestasi. Dia yang wat suma pekerjaan awal,amik borang, isi borang, hantar borang, cari pengarah, cari ahli produksi, wat audition pelakon dan mulakan latihan. Semua ni, kumpulan lain dah lama mula dah. Kami ada lebih sket dari dua minggu sebelum hari persembahan. Macam projek lepas aku still dilantik sebagai pengurus produksi dan aku nampak quite masalah yang melibatkan masa. Banyak keje nak kene pulun ni. Masa latihan ada jugak berlaku konflik tapi mujur dapat diatasi. Semakin hampir hari show semua orang semakin bersemangat n beri komitmen. Kat sini memang nampak sesuatu yang positif. Dan pada hari persembahan, semua berjalan lancar dari protokol hinggalah kepada perjalanan persembahan atas pentas. Lega. Kami mendapat komen positif dari semua pihak yang yang menyaksikan persembahan.So sekarang kene tunggu hari pengumuman pada 26 febuari 2005.

21 Feb 2005

Ke pusat ko k

21 febuari 2005
Lepas kelas data struk aku ke pusat ko k untuk amik kertas kedatangan untuk klk. Pastu jumpa ngan pengarah aktiviti pusat ko k untuk mintak kebenaran buat pameran "Dokumentasi Pulau Jerejak" masa malam Integrasi. Pengarah tak bagi. Tak nak kami ganggu majlis katanya. Hmmm, takpa.Kurang lagi satu kerje aku.:-)

19 Feb 2005

Projek Kuala Muda Batal

Mus bagitau pagi ni yang projek ke kuala muda dibatalkan atas keputusan pengetua. Kenapa pengetua batalkan tak pulak pengetua bagitau. At least la itu yang diberitahu padaku oleh Mus, sebab bukan dia sendiri yang jumpa pengetua proceed projek tu tapi Amri. Nampaknya tak dapat la kami(faci pernas yang gi KMK) proceedkan apa yg kami blaja kat kmk kepada projek kuala muda plak.Hmmm, takpa.Kurang satu kerje aku.

7 Feb 2005

UUM View




Pemandangan di Tasek Gutrie

Tempat warga UUM beriadah pagi2 n petang2 hari.

2 Feb 2005

Lepas satu, satu.

Hari ni lect data struk aku batalkan kelas supaya kami boleh stadi untuk midsem malam ni. Baikkan lect aku. Kalau tak dapat A tak tau la. Jadi hari ni aku takde kelas langsunglah. Terpaksalah bangun lambat sket dari biasa. Malam tadi dah stadi sket n sebelum lunch pon dapat la baca 2 3 muka surat. Setakat tu la aku dapat baca pon. Tengah2 lunch tu Maria hantar msg plak suruh aku amik surat kat pejabat kolej untuk dihantar ke pejabat TNC. Adooooiii!!! takkan la ku nak berpakaian formal semata2 nak hantar surat ke pejabat TNC. Dah la aku kene kol travel agency utk tanya bajet pasal delegasi Brunei. Tapi nak wat camana, kene wat gak la. Aku maleh nak tgk muke kesian Maria tu. So pas makan aku kol travel agency dulu, pastu tgh2 panas dengan berpakaian formal ke pejabat TNC untuk hantar surat tajaan. Balik bilik aku dah takde mood nak stadi. Penat tuu. Walaupon kejap je n pejabat TNC tu pon takla jauh mana pon dari kolej, tapi cukup jauh la untuk memenatkan aku dengan dibantu oleh cuaca kat sini yang teramatlah panasnya.
Aku ngan Syahril sampai agak lewat ke dewan peksa. Orang dah ready nak bukak kertas pekse dah. Soalan memang memeningkan. Terkesima aku membaca baris-baris soalan itu. Tak paham mende pon. Tapi idea tu datang jugak la pas lama2 tengok kertas soalan tu. Wat lamana yang termampu. Last2 abis gak exam. Part yang paling aku minat. Sekarang bolehlah aku peningkan kepala ngan bende2 ni plak :-

1. cari pengarah untuk projek2 BIP.
2. bina LDK untuk projek kuala muda.
3. kene train student untuk jadi faci ke projek kuala muda.
4. uruskan transportation untuk projek delegasi brunei.
5. pantau kelancaran program KLK ko k aku.

Sebenarnya final pon dah dekat ni. Sebulan lebih je lagi. Harap aku boleh bawak la. Tp rasa cam dah tak larat je ni.

29 Jan 2005

Sem Baru

Cuti dah habis dan semester baru pun bermula. Masih ada 2 sem ataupn setahun untuk
grad, InsyaAllah. Masa nampak panjang lagi, tapi masa berlalu, menjadikannya semakin
pendek. Lama jugak aku tinggalkan blog ni, yelah,kt umah xda akses internet,nk
harapkan cc mmg xbebaloi. So,apa yg akudah buat selama cuti ni???
Habis membaca :-

Memoir Said Zahari

Bumi
dipijak
oleh Lee Chen

Habis Menonton :-

Densha Otoko

Viva
La Bam
season 1-5

Aressted Development season 1-2

Tokyo Godfather

Habis main :-

Serious Sam

Selain tu ada jugak event2 yang menarik berlaku sepanjang cuti lepas.

Beli
Tiket Bas


Akibat
Banjir


Spring
Cleaning


I
MISS MY PC


Tahniah kepada emilia,pali,chaos,eak,gosh,zamin n uda yg telah menamatkan zaman
bujang depa. Semoga kekal diberkati sepanjang hayat.

2 Jan 2005

Al-Fatihah untuk Donut

On the way balik bilik lepas kelas Datakom, Jirep kol.Jirep sampaikan berita yang Donut dah meninggal pagi tadi, sebab tyroid. Katanya juga semua kawan2 yang dekat dah berkumpul di rumahnya di Bandar Tasik Selatan. Jenazah dia akan dibawa ke seremban. Maaf la kawan2 sebab tak dapat datang.

Al-Fatihah untuk arwah Donut.

1 Jan 2005

Malam yang panjang

Pagi2 hari ni ada midsem stuktur diskret. Midsem pertama untuk aku semester ni. Malam tadi ada kejadian pelik. Tak penah jadi kat aku sebelum ni. Aku jadi insomnia. Takleh tido. Berguling sana, pusing sini, mata tak lelap2 jgk. Aku rasa mungkin aku risau sangat kot untuk midsem ni. Tapi apa2hal midsem kene berlalu juga.Dia akan datang dan dia akan berakhir. Alhamdulillah, dapat jugak aku buat. Lepas solat jumaat bantai tido, baru la dapat lena. Malam time Maghrib g masjid, ada majlis solat hajat utk mangsa gempa bumi dan bacaan Yaasin. Lepas Isya ada miting ko k, nak bincang pasal klk ke pulau jerejak. Abis dalam kol 10 g2. Baru la aku dapat makan. Tak lama pas2, dalam 1045 kot, jppk pernas wat kutipan derma untuk mangsa gempa bumi. Ada yang derma pakaian, yang lain2 derma wang jela. Cara yang baik untuk sambut tahun baru. Aku cuma hantar sms je kat kawan2. Macam biasa la, mlm perayaan mcm ni network telco sgt busy. Sms yg dihantar kol 9.00 mlm pon kol 12 lebeh baru dapat. Hampases.