title

29 Jan 2005

Sem Baru

Cuti dah habis dan semester baru pun bermula. Masih ada 2 sem ataupn setahun untuk
grad, InsyaAllah. Masa nampak panjang lagi, tapi masa berlalu, menjadikannya semakin
pendek. Lama jugak aku tinggalkan blog ni, yelah,kt umah xda akses internet,nk
harapkan cc mmg xbebaloi. So,apa yg akudah buat selama cuti ni???
Habis membaca :-

Memoir Said Zahari

Bumi
dipijak
oleh Lee Chen

Habis Menonton :-

Densha Otoko

Viva
La Bam
season 1-5

Aressted Development season 1-2

Tokyo Godfather

Habis main :-

Serious Sam

Selain tu ada jugak event2 yang menarik berlaku sepanjang cuti lepas.

Beli
Tiket Bas


Akibat
Banjir


Spring
Cleaning


I
MISS MY PC


Tahniah kepada emilia,pali,chaos,eak,gosh,zamin n uda yg telah menamatkan zaman
bujang depa. Semoga kekal diberkati sepanjang hayat.

2 Jan 2005

Al-Fatihah untuk Donut

On the way balik bilik lepas kelas Datakom, Jirep kol.Jirep sampaikan berita yang Donut dah meninggal pagi tadi, sebab tyroid. Katanya juga semua kawan2 yang dekat dah berkumpul di rumahnya di Bandar Tasik Selatan. Jenazah dia akan dibawa ke seremban. Maaf la kawan2 sebab tak dapat datang.

Al-Fatihah untuk arwah Donut.

1 Jan 2005

Malam yang panjang

Pagi2 hari ni ada midsem stuktur diskret. Midsem pertama untuk aku semester ni. Malam tadi ada kejadian pelik. Tak penah jadi kat aku sebelum ni. Aku jadi insomnia. Takleh tido. Berguling sana, pusing sini, mata tak lelap2 jgk. Aku rasa mungkin aku risau sangat kot untuk midsem ni. Tapi apa2hal midsem kene berlalu juga.Dia akan datang dan dia akan berakhir. Alhamdulillah, dapat jugak aku buat. Lepas solat jumaat bantai tido, baru la dapat lena. Malam time Maghrib g masjid, ada majlis solat hajat utk mangsa gempa bumi dan bacaan Yaasin. Lepas Isya ada miting ko k, nak bincang pasal klk ke pulau jerejak. Abis dalam kol 10 g2. Baru la aku dapat makan. Tak lama pas2, dalam 1045 kot, jppk pernas wat kutipan derma untuk mangsa gempa bumi. Ada yang derma pakaian, yang lain2 derma wang jela. Cara yang baik untuk sambut tahun baru. Aku cuma hantar sms je kat kawan2. Macam biasa la, mlm perayaan mcm ni network telco sgt busy. Sms yg dihantar kol 9.00 mlm pon kol 12 lebeh baru dapat. Hampases.