title

27 Feb 2005

KAMI MENANG!!!

Akhirnya Warisan Pernas menang tempat pertama manifestasi teater uum 2005. Kami mengalahkan Warna, Estetika n Pendita, semuanya kelab2 tearter UUm. Walaupun kemenangan ini telah dijangka sejak awal, namun kami still meraikanny dengan penuh cemerlang dan bergaya. Kemenangan ini membolehkan kami menyertai manifestasi teater antara Universiti (MAKUM) dan manifeatasi teater peringkat negeri kedah.

TAHNIAH UNTUK SEMUA WARGA WARISAN PERNAS KHAS DARI PENGURUS PRODUKSI

23 Feb 2005

Manifestasi Teater

Aku tak sangka gak yang Warisan nak jugak masuk manifestasi ni. Sebabnya masa dah suntuk. Borang penyertaan dah lama keluar dan dateline pon dah dekat, tapi Warisan still tak bergerak. Last2 Nik Hasbi insist on entering the manifestasi. Dia yang wat suma pekerjaan awal,amik borang, isi borang, hantar borang, cari pengarah, cari ahli produksi, wat audition pelakon dan mulakan latihan. Semua ni, kumpulan lain dah lama mula dah. Kami ada lebih sket dari dua minggu sebelum hari persembahan. Macam projek lepas aku still dilantik sebagai pengurus produksi dan aku nampak quite masalah yang melibatkan masa. Banyak keje nak kene pulun ni. Masa latihan ada jugak berlaku konflik tapi mujur dapat diatasi. Semakin hampir hari show semua orang semakin bersemangat n beri komitmen. Kat sini memang nampak sesuatu yang positif. Dan pada hari persembahan, semua berjalan lancar dari protokol hinggalah kepada perjalanan persembahan atas pentas. Lega. Kami mendapat komen positif dari semua pihak yang yang menyaksikan persembahan.So sekarang kene tunggu hari pengumuman pada 26 febuari 2005.

21 Feb 2005

Ke pusat ko k

21 febuari 2005
Lepas kelas data struk aku ke pusat ko k untuk amik kertas kedatangan untuk klk. Pastu jumpa ngan pengarah aktiviti pusat ko k untuk mintak kebenaran buat pameran "Dokumentasi Pulau Jerejak" masa malam Integrasi. Pengarah tak bagi. Tak nak kami ganggu majlis katanya. Hmmm, takpa.Kurang lagi satu kerje aku.:-)

19 Feb 2005

Projek Kuala Muda Batal

Mus bagitau pagi ni yang projek ke kuala muda dibatalkan atas keputusan pengetua. Kenapa pengetua batalkan tak pulak pengetua bagitau. At least la itu yang diberitahu padaku oleh Mus, sebab bukan dia sendiri yang jumpa pengetua proceed projek tu tapi Amri. Nampaknya tak dapat la kami(faci pernas yang gi KMK) proceedkan apa yg kami blaja kat kmk kepada projek kuala muda plak.Hmmm, takpa.Kurang satu kerje aku.

7 Feb 2005

UUM View




Pemandangan di Tasek Gutrie

Tempat warga UUM beriadah pagi2 n petang2 hari.

2 Feb 2005

Lepas satu, satu.

Hari ni lect data struk aku batalkan kelas supaya kami boleh stadi untuk midsem malam ni. Baikkan lect aku. Kalau tak dapat A tak tau la. Jadi hari ni aku takde kelas langsunglah. Terpaksalah bangun lambat sket dari biasa. Malam tadi dah stadi sket n sebelum lunch pon dapat la baca 2 3 muka surat. Setakat tu la aku dapat baca pon. Tengah2 lunch tu Maria hantar msg plak suruh aku amik surat kat pejabat kolej untuk dihantar ke pejabat TNC. Adooooiii!!! takkan la ku nak berpakaian formal semata2 nak hantar surat ke pejabat TNC. Dah la aku kene kol travel agency utk tanya bajet pasal delegasi Brunei. Tapi nak wat camana, kene wat gak la. Aku maleh nak tgk muke kesian Maria tu. So pas makan aku kol travel agency dulu, pastu tgh2 panas dengan berpakaian formal ke pejabat TNC untuk hantar surat tajaan. Balik bilik aku dah takde mood nak stadi. Penat tuu. Walaupon kejap je n pejabat TNC tu pon takla jauh mana pon dari kolej, tapi cukup jauh la untuk memenatkan aku dengan dibantu oleh cuaca kat sini yang teramatlah panasnya.
Aku ngan Syahril sampai agak lewat ke dewan peksa. Orang dah ready nak bukak kertas pekse dah. Soalan memang memeningkan. Terkesima aku membaca baris-baris soalan itu. Tak paham mende pon. Tapi idea tu datang jugak la pas lama2 tengok kertas soalan tu. Wat lamana yang termampu. Last2 abis gak exam. Part yang paling aku minat. Sekarang bolehlah aku peningkan kepala ngan bende2 ni plak :-

1. cari pengarah untuk projek2 BIP.
2. bina LDK untuk projek kuala muda.
3. kene train student untuk jadi faci ke projek kuala muda.
4. uruskan transportation untuk projek delegasi brunei.
5. pantau kelancaran program KLK ko k aku.

Sebenarnya final pon dah dekat ni. Sebulan lebih je lagi. Harap aku boleh bawak la. Tp rasa cam dah tak larat je ni.