title

2 Feb 2005

Lepas satu, satu.

Hari ni lect data struk aku batalkan kelas supaya kami boleh stadi untuk midsem malam ni. Baikkan lect aku. Kalau tak dapat A tak tau la. Jadi hari ni aku takde kelas langsunglah. Terpaksalah bangun lambat sket dari biasa. Malam tadi dah stadi sket n sebelum lunch pon dapat la baca 2 3 muka surat. Setakat tu la aku dapat baca pon. Tengah2 lunch tu Maria hantar msg plak suruh aku amik surat kat pejabat kolej untuk dihantar ke pejabat TNC. Adooooiii!!! takkan la ku nak berpakaian formal semata2 nak hantar surat ke pejabat TNC. Dah la aku kene kol travel agency utk tanya bajet pasal delegasi Brunei. Tapi nak wat camana, kene wat gak la. Aku maleh nak tgk muke kesian Maria tu. So pas makan aku kol travel agency dulu, pastu tgh2 panas dengan berpakaian formal ke pejabat TNC untuk hantar surat tajaan. Balik bilik aku dah takde mood nak stadi. Penat tuu. Walaupon kejap je n pejabat TNC tu pon takla jauh mana pon dari kolej, tapi cukup jauh la untuk memenatkan aku dengan dibantu oleh cuaca kat sini yang teramatlah panasnya.
Aku ngan Syahril sampai agak lewat ke dewan peksa. Orang dah ready nak bukak kertas pekse dah. Soalan memang memeningkan. Terkesima aku membaca baris-baris soalan itu. Tak paham mende pon. Tapi idea tu datang jugak la pas lama2 tengok kertas soalan tu. Wat lamana yang termampu. Last2 abis gak exam. Part yang paling aku minat. Sekarang bolehlah aku peningkan kepala ngan bende2 ni plak :-

1. cari pengarah untuk projek2 BIP.
2. bina LDK untuk projek kuala muda.
3. kene train student untuk jadi faci ke projek kuala muda.
4. uruskan transportation untuk projek delegasi brunei.
5. pantau kelancaran program KLK ko k aku.

Sebenarnya final pon dah dekat ni. Sebulan lebih je lagi. Harap aku boleh bawak la. Tp rasa cam dah tak larat je ni.

No comments: