title

29 Sep 2005

Pilihanraya MPP UUM

Kali pertama menyertai pilihanraya kampus. Dua sem lepas disebabkan pro aspirasi menang tanpa bertanding,so tadak la pilihanraya. Sem ni ada dua calon pro mahasiswa bertanding menjadikan 15 calon merebut 13 tempat dalam mpp. Komen aku mengenai pilihanraya kampus ni:-

1. Semua calon hanya ada masa dua hari saja untuk berkempen.Maknanya mereka hanya ada masa 3.5 jam untuk berkempen di setiap kolej tanpa henti selama dua hari tu. Ini juga bermakna mereka hanya ada masa kurang sejam untuk berkempen di setiap blok di kolej yang ada 4 blok macam Pernas. Kalo macam kolej Proton yang ada 8 blok??? Aku berani bet yang calon2 ni langsung tak berkempen pon. Cuma perkenalkan diri je kat pkp malam sebelum pilihanraya.

2. Aku yakin Farha, calon yang dapat undi terbanyak adalah disebabkan dia ni perempuan. Aku yakin pengundi yang pangkah dia ni pon bukan kenal dia sangat.

3. Ramai pelajar keluar mengundi. Turnout adalah dalam 97% lebih. Kalah pilihan raya umum. Tapi ini adalah disebabkan pelajar "di paksa" keluar mengundi. Cara2nya adalah dengan :-

Kelas dibatalkan dari kol 8 am - 1 pm.

Sirkulasi bas ditiadakan dari 8 am - 1 pm.

Macam kat kolej pernas, kedatangan diambil. Sapa2 x datang, sem depan kene buang kolej.

Janji kat para pelajar, blok mana yang kedatangan paling ramai, akan dapat astro.

Macam entry aku yang lepas, aku yakin MPP kali ni pon xkan bawak perubahan kat pelajar UUM. Just tengok kat isu bas n yuran pelajar.
Laman Web MPP UUM pon dah berkurun tak di update.
Pada aku, MPP UUM wujud sebab U lain ada MPP.

LEBIH 93 PERATUS KELUAR MENGUNDI DI UUM

17,217 KELUAR MENGUNDI DI UUM


Another view on MPP election HERE

23 Sep 2005

Bengkel Towering Personality

Projek utama aku sem ni. Bertindak sebagai ketua biro promosi. Projek ni agak self-explained. Pengisian dia actually ceramah-ceramah. Ada tiga slot ceramah. First cabaran globalisasi,kedua pasal sektor korporat n last sekali pasal personaliti diri. Aku dh x ingat sapa penceramah2 tu. Satu hari jumaat yang memenatkan.





13 Sep 2005

Serangan serangga

//dapat ni dari emel portal. walopon aku tak le kena serang ngan bende ni tapi boleh dikatakan isu ni hangat diperkatakan oleh student2 kolej bukit kachi n muamalat. situ memang tempat serangga ni lepak minum kopi n mengorat.

Date: Tue, 13 Sep 2005 16:28:28 +0800
From: medic@uum.edu.my
To: uumnet@uum.edu.my,studnet@uum.edu.my

SERANGAN SERANGGA DI KOLEJ-KOLEJ UUM

Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Utara Malaysia (PKUUUM) telah mendapati
sebilangan pelajar kita (UUM), telah datang mendapatkan rawatan kulit yang
kesannya seperti (kudis kemerahan) agak luaran (superficial), disertai air
bisa, bertompok dan merah merata (scattered) kawasan badan.

Ada yang bersaiz kecil, sederhana luas dan boleh didapati di muka, badan,
tangan dan kaki. Ianya muncul dengan tiba-tiba biasanya disedari selepas
daripada bangun dari tidur dan pesakit merasa pedih pada kawasan tersebut.

Setelah dibuat penelitian, pihak PKU telah mengenalpasti punca tersebut iaitu
ianya disebabkan oleh sejenis serangga yang bersaiz kecil berukuran lebih
kurang 0.7 - 1 cm panjang bertompok kehitaman dan keperangan seperti gambar
yang kami sertakan dalam attachment.

PERIHAL SERANGGA

Serangga ini suka mendiami kawasan lembap dari lembah seperti ladang kelapa
sawit, hutan di sekitar bukit dan kemunculannya bermusim iaitu sewaktu
pertukaran monsun pada bulan lapan atau sembilan seperti tahun ini (2005).
Ianya muncul pada waktu malam dan tertarik kepada cahaya lampu.

SERANGAN SERANGGA INI

Berita telah memaparkan beberapa tahun lalu pelajar-pelajar USM Nibong Tebal
telah mengalami sejenis penyakit kulit yang mana telah disebabkan oleh
serangga ini. Harian Metro bertarikh 10/09/2005 di muka dua juga memaparkan
kes yang sama berlaku di Kulim, Kedah.

Kesan luka terhasil bilamana secara sedar atau tidak anggota badan tertindih
serangga ini dan ianya mengeluarkan sejenis cecair.

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN & KAWALAN

Pengarah PKU, Dr. Mohamad Sanuri Rahamad ingin mengingatkan kepada semua warga
kampus UUM terutamanya pelajar supaya mengambil langkah-langkah pencegahan
awal supaya tidak terkena serangan serangga ini.

Antaranya:

i) Menutup semua tingkap, langsir apabila malam menjelma.
ii) Menutup lampu bilik apabila tidak diperlukan.
iii) Menggunakan ‘netting’ bagi bilik yang terdedah pada serangga ini

Bagi sesiapa yang mengalami masalah ini, sila ke PKU untuk mendapatkan rawatan
lanjut. Semoga dengan sedikit info ini dapat membantu kita bagi menjalani
kehidupan yang sihat di UUM, Sintok.

Untuk maklumat lanjut berkaitan serangan serangga ini anda boleh menghubungi
Pegawai Perubatan PKUUUM

Pencegahan lebih baik dari rawatan.

Sekian ,terima kasih.

Dr.Jafri Bin Lebai Ahmad
Pegawai Perubatan PKUUUM

Layarilah homepage kami di alamat www.medic.uum.edu.my

"KE ARAH KESIHATAN DAN KECEMERLANGAN "
(TOWARDS HEALTH AND EXCELLENCE)

Unit Multimedia,Promosi & Pameran
Pusat Kesihatan Universiti,
Universiti Utara Malaysia.
Tel: 9285912






6 Sep 2005

Bas Gulung

Aku dapat tau agak lewat berita ni. Memandangkan semalam kelas habis lewat petang. Mat Chan yang bgtau pastu Bob mengesahkan. Semalam ramai budak2 tunggu depan tv nak tgk berita. Hari ni suma paper habis dijual sebelum kol 10. Termasuk paper Inggeris.
Ceriter yang aku dgr :-
Bas tu terjunam ke dalam anak sungai masa balik dari kampus induk ke Kolej Bukit Kachi semalam bila seorang pelajar yang berdiri berhampiran pemandu bas terjatuh ke atas stereng menyebabkan pemandu gagal mengawal kenderaan.
Gambar-gambar ni diambil dari Lan.






2 Sep 2005

Kerenah Sukan Siswi di Forum Pernas

Cerita bermula apabila hanya 15 siswi turun untuk perbarisan kawad sukan siswi.
Kolej lain hantar 50-100 siswi. Pengetua upset. Exco Biro sukan bengang. So
selepas miting JPPK, perjumpaan blok yang dilakukan diblok d dibuat.
Selanjutnya,baca la topik-topik ni di forum pernas.

SUKAN SISWI
JANGAN KERUHKAN KEADAAN
Apa Dah Jadi ngan JPPK Sem ni???