title

29 Sep 2005

Pilihanraya MPP UUM

Kali pertama menyertai pilihanraya kampus. Dua sem lepas disebabkan pro aspirasi menang tanpa bertanding,so tadak la pilihanraya. Sem ni ada dua calon pro mahasiswa bertanding menjadikan 15 calon merebut 13 tempat dalam mpp. Komen aku mengenai pilihanraya kampus ni:-

1. Semua calon hanya ada masa dua hari saja untuk berkempen.Maknanya mereka hanya ada masa 3.5 jam untuk berkempen di setiap kolej tanpa henti selama dua hari tu. Ini juga bermakna mereka hanya ada masa kurang sejam untuk berkempen di setiap blok di kolej yang ada 4 blok macam Pernas. Kalo macam kolej Proton yang ada 8 blok??? Aku berani bet yang calon2 ni langsung tak berkempen pon. Cuma perkenalkan diri je kat pkp malam sebelum pilihanraya.

2. Aku yakin Farha, calon yang dapat undi terbanyak adalah disebabkan dia ni perempuan. Aku yakin pengundi yang pangkah dia ni pon bukan kenal dia sangat.

3. Ramai pelajar keluar mengundi. Turnout adalah dalam 97% lebih. Kalah pilihan raya umum. Tapi ini adalah disebabkan pelajar "di paksa" keluar mengundi. Cara2nya adalah dengan :-

Kelas dibatalkan dari kol 8 am - 1 pm.

Sirkulasi bas ditiadakan dari 8 am - 1 pm.

Macam kat kolej pernas, kedatangan diambil. Sapa2 x datang, sem depan kene buang kolej.

Janji kat para pelajar, blok mana yang kedatangan paling ramai, akan dapat astro.

Macam entry aku yang lepas, aku yakin MPP kali ni pon xkan bawak perubahan kat pelajar UUM. Just tengok kat isu bas n yuran pelajar.
Laman Web MPP UUM pon dah berkurun tak di update.
Pada aku, MPP UUM wujud sebab U lain ada MPP.

LEBIH 93 PERATUS KELUAR MENGUNDI DI UUM

17,217 KELUAR MENGUNDI DI UUM


Another view on MPP election HERE

2 comments:

Anonymous said...

bagos komen ni..

nasikerabupetro said...

haha... Bebudak Aspirasi... mana tau buat kerja...