title

13 Sep 2005

Serangan serangga

//dapat ni dari emel portal. walopon aku tak le kena serang ngan bende ni tapi boleh dikatakan isu ni hangat diperkatakan oleh student2 kolej bukit kachi n muamalat. situ memang tempat serangga ni lepak minum kopi n mengorat.

Date: Tue, 13 Sep 2005 16:28:28 +0800
From: medic@uum.edu.my
To: uumnet@uum.edu.my,studnet@uum.edu.my

SERANGAN SERANGGA DI KOLEJ-KOLEJ UUM

Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Utara Malaysia (PKUUUM) telah mendapati
sebilangan pelajar kita (UUM), telah datang mendapatkan rawatan kulit yang
kesannya seperti (kudis kemerahan) agak luaran (superficial), disertai air
bisa, bertompok dan merah merata (scattered) kawasan badan.

Ada yang bersaiz kecil, sederhana luas dan boleh didapati di muka, badan,
tangan dan kaki. Ianya muncul dengan tiba-tiba biasanya disedari selepas
daripada bangun dari tidur dan pesakit merasa pedih pada kawasan tersebut.

Setelah dibuat penelitian, pihak PKU telah mengenalpasti punca tersebut iaitu
ianya disebabkan oleh sejenis serangga yang bersaiz kecil berukuran lebih
kurang 0.7 - 1 cm panjang bertompok kehitaman dan keperangan seperti gambar
yang kami sertakan dalam attachment.

PERIHAL SERANGGA

Serangga ini suka mendiami kawasan lembap dari lembah seperti ladang kelapa
sawit, hutan di sekitar bukit dan kemunculannya bermusim iaitu sewaktu
pertukaran monsun pada bulan lapan atau sembilan seperti tahun ini (2005).
Ianya muncul pada waktu malam dan tertarik kepada cahaya lampu.

SERANGAN SERANGGA INI

Berita telah memaparkan beberapa tahun lalu pelajar-pelajar USM Nibong Tebal
telah mengalami sejenis penyakit kulit yang mana telah disebabkan oleh
serangga ini. Harian Metro bertarikh 10/09/2005 di muka dua juga memaparkan
kes yang sama berlaku di Kulim, Kedah.

Kesan luka terhasil bilamana secara sedar atau tidak anggota badan tertindih
serangga ini dan ianya mengeluarkan sejenis cecair.

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN & KAWALAN

Pengarah PKU, Dr. Mohamad Sanuri Rahamad ingin mengingatkan kepada semua warga
kampus UUM terutamanya pelajar supaya mengambil langkah-langkah pencegahan
awal supaya tidak terkena serangan serangga ini.

Antaranya:

i) Menutup semua tingkap, langsir apabila malam menjelma.
ii) Menutup lampu bilik apabila tidak diperlukan.
iii) Menggunakan ‘netting’ bagi bilik yang terdedah pada serangga ini

Bagi sesiapa yang mengalami masalah ini, sila ke PKU untuk mendapatkan rawatan
lanjut. Semoga dengan sedikit info ini dapat membantu kita bagi menjalani
kehidupan yang sihat di UUM, Sintok.

Untuk maklumat lanjut berkaitan serangan serangga ini anda boleh menghubungi
Pegawai Perubatan PKUUUM

Pencegahan lebih baik dari rawatan.

Sekian ,terima kasih.

Dr.Jafri Bin Lebai Ahmad
Pegawai Perubatan PKUUUM

Layarilah homepage kami di alamat www.medic.uum.edu.my

"KE ARAH KESIHATAN DAN KECEMERLANGAN "
(TOWARDS HEALTH AND EXCELLENCE)

Unit Multimedia,Promosi & Pameran
Pusat Kesihatan Universiti,
Universiti Utara Malaysia.
Tel: 9285912






No comments: