title

28 Dec 2005

Di Pengakhiran Cuti

Cuti dah habis dan semester baru pun bermula. Masih ada 2 sem ataupn setahun untuk
grad, InsyaAllah. Masa nampak panjang lagi, tapi masa berlalu, menjadikannya semakin
pendek. Lama jugak aku tinggalkan blog ni, yelah,kt umah xda akses internet,nk
harapkan cc mmg xbebaloi. So,apa yg akudah buat selama cuti ni???

Habis membaca :-

Memoir Said Zahari

Bumi dipijak oleh Lee Chen


Habis Menonton :-

Densha Otoko

Viva La Bam season 1-5

Aressted Development season 1-2

Tokyo Godfather


Habis main :-

Serious Sam


Selain tu ada jugak event2 yang menarik berlaku sepanjang cuti lepas.
Beli Tiket Bas

Akibat Banjir

Spring Cleaning

I MISS MY PC


Tahniah kepada emilia,pali,chaos,eak,gosh,zamin n uda yg telah menamatkan zaman
bujang depa. Semoga kekal diberkati sepanjang hayat.


21 Dec 2005

Beli Tiket Bas

Ke terminal beli tiket. Tak sangka tiket ke UUM pada 29 n 30 dh habis. Hampes. Baru semalam 2. So aku amik tiket balik 27 ni.

20 Dec 2005

Akibat Banjir

Hari ni sepatutnya balik semula ke kedah ngan arol sebab pendaftaran baru sem akan mula 22hb ni. Cadang nk p umah makteh dulu. Tapi tghari 2 makteh kol kata jalan ke umah makteh dah naik air. Masa ni Kepala Batas,Jitra n Changlun masih lagi berada di bawah paras air banjir. Xlama pastu bertalu2 sms datang menyatakan senat UUM dah putuskan pendaftaran sem ni ditangguhkan lagi sembilan hari. Nak x nak terpaksa la aku xbalik menyebabkan tiket yang dibeli "burn" begitu sahaja.

15 Dec 2005

Spring Cleaning

Hari projek membersihkan bilik secara besar-besaran!Sebanyak 2 plastik hitam besar sampah telah dihasil kan. Lepas projek aku ditangkap selsema.

10 Dec 2005

Poket berlubang

Hari ni aku belajar satu benda baru.Kalau nak beli dompet,beli dompet yang tidak ada lubang di tengahnya. Menurut kepercayaan orang cina (si tukang jual dompet tu yg bagi tahu aku), dompet tanpa lubang adalah dompet yang ONG, manakala dompet yang ada lubang akan menyebabkan ONG akan keluar ikut lubang tu. Yang peliknya kalau betul lah apa yang dia kata dan pecaya kan, kenapa la dia pi jual dua-dua jenis dompet tu? Jual yang tak berlobang dah la. Bila aku tanya dia, dia jual dua-dua sebab tak semua orang pecaya, lagi pun dompet berlubang ni murah, jadi orang yang bukan chinese suka la beli.

Aku tak beli, sebab Rip Curl aku yang beli tahun 96 still elok lagi, dan tak berlobang di tengah.