title

10 Dec 2005

Poket berlubang

Hari ni aku belajar satu benda baru.Kalau nak beli dompet,beli dompet yang tidak ada lubang di tengahnya. Menurut kepercayaan orang cina (si tukang jual dompet tu yg bagi tahu aku), dompet tanpa lubang adalah dompet yang ONG, manakala dompet yang ada lubang akan menyebabkan ONG akan keluar ikut lubang tu. Yang peliknya kalau betul lah apa yang dia kata dan pecaya kan, kenapa la dia pi jual dua-dua jenis dompet tu? Jual yang tak berlobang dah la. Bila aku tanya dia, dia jual dua-dua sebab tak semua orang pecaya, lagi pun dompet berlubang ni murah, jadi orang yang bukan chinese suka la beli.

Aku tak beli, sebab Rip Curl aku yang beli tahun 96 still elok lagi, dan tak berlobang di tengah.

No comments: