title

26 Dec 2006

Kelas pc maintenance

Hari ni kelas pc maintenance bermula. 2 org murid aku. Lepas kenalkan mereka dengan bahan2 yang hendak diajar dan apa yang akan mereka lalui masa kelas ni, aku tamatkan kelas. Bala tak datang hari ni, emergency leave sebab wife dia suspected batu karang. Pas kelas aku just prepare utk kelas kelas esok. Sambil tengok-tengok ikan.

4 Dec 2006

Mula Praktikum

Aku memulakan praktikum selama 4 bulan kat Cosmopoint hari ni. Kembali ke tempat kerja lama. Bersama aku ada Hajar dan Supian, juga dari UUM, tapi depa dua bulan je sebab lain course, Hajar sekolej dengan aku. Memang ok dapat kembali ke Kuantan, dah lama aku tak dok lama2 kat sini. Cosmo pun lama dah xpegi. Supervisor aku central manager Kuantan,walopun yang akan besama aku ialah I.T exec sini, Din. Mula praktikum dengan meneliti inventori pc pagi tu. Petang plak kak zu panggil, mintak aku mengajar kelas sijil. Ajar Microsoft Office. Aku ok j la walopun tau tak prepare. Aku start mengajar petang tu jugak. Kalut gila. Tak prepare apa2 pun. Nasib baik student sporting, last-last aku sembang-sembang je ngan dia.

23 Nov 2006

Hari-hari terakhir di UUM (2)

Hari ni berjumpa dengan En. Azizi Abas, penyelia praktikum aku. Bincang pasal praktikum yang akan mula 4 Dis ni. Pastu masa nak balik singgah kat jptm, jumpa En. Sham,bekas jurulatih ko k. Sembang-sembang saja. Balik, teringat yang yuran tertunggak uum belum bayar lagi. Adoi, esok pejabat cuti, lusa pun cuti dan aku dah nak balik. So, kena la p hari ni. Nak kena p atm pula. Pas bayar, singggah lagi kat jptm, nak kena aircond. Sambil-sambil tu test nikon d100 en shun. Sampai la kol 5. Malam ni malas pula nak makan, so pas antar aidi n peja balik, aku pun tulis blog ni.









Testing Nikon D100

22 Nov 2006

Hari-hari terakhir di UUM

Hari ni hari terakhir lab dibuka untuk semester ni. Aku baru perasan yang aku tak penah ada gambar kat lab. Nak kene amik jugak ni. So malam tadi aku amik kesempatan ni masa arol jaga lab. Tak ramai orang. Depa dah balik kot.


Selamat datang ke makmal kolej pernas




Dengan Arol




Dengan Paan



Dengan Jess



Sejak aku sem satu

12 Nov 2006

Words of Wisdom, from Speech Never Given

//This is a famous email hoax that circulated the www during 1997. Now it is here on kuncisudu???. Read on.

Ladies and gentlemen of the class of '97:

Wear sunscreen.
If I could offer you only one tip for the future, sunscreen would be it. The long-term benefits of sunscreen have been proved by scientists, whereas the rest of my advice has no basis more reliable than my own meandering experience. I will dispense this advice now.

Enjoy the power and beauty of your youth. Oh, never mind. You will not understand the power and beauty of your youth until they've faded. But trust me, in 20 years, you'll look back at photos of yourself and recall in a way you can't grasp now how much possibility lay before you and how fabulous you really looked. You are not as fat as you imagine.

Don't worry about the future. Or worry, but know that worrying is as effective as trying to solve an algebra equation by chewing bubble gum. The real troubles in your life are apt to be things that never crossed your worried mind, the kind that blindside you at 4 pm on some idle Tuesday.

Do one thing every day that scares you.

Sing.

Don't be reckless with other people's hearts. Don't put up with people who are reckless with yours.

Floss.

Don't waste your time on jealousy. Sometimes you're ahead, sometimes you're behind. The race is long and, in the end, it's only with yourself.

Remember compliments you receive. Forget the insults. If you succeed in doing this, tell me how.

Keep your old love letters. Throw away your old bank statements.

Stretch.

Don't feel guilty if you don't know what you want to do with your life. The most interesting people I know didn't know at 22 what they wanted to do with their lives. Some of the most interesting 40-year-olds I know still don't.

Get plenty of calcium. Be kind to your knees. You'll miss them when they're gone.

Maybe you'll marry, maybe you won't. Maybe you'll have children, maybe you won't. Maybe you'll divorce at 40, maybe you'll dance the funky chicken on your 75th wedding anniversary. Whatever you do, don't congratulate yourself too much, or berate yourself either. Your choices are half chance. So are everybody else's.

Enjoy your body. Use it every way you can. Don't be afraid of it or of what other people think of it. It's the greatest instrument you'll ever own.

Dance, even if you have nowhere to do it but your living room.

Read the directions, even if you don't follow them.
Do not read beauty magazines. They will only make you feel ugly.

Get to know your parents. You never know when they'll be gone for good. Be nice to your siblings. They're your best link to your past and the people most likely to stick with you in the future.

Understand that friends come and go, but with a precious few you should hold on. Work hard to bridge the gaps in geography and lifestyle, because the older you get, the more you need the people who knew you when you were young.

Live in New York City once, but leave before it makes you hard. Live in Northern California once, but leave before it makes you soft.

Travel.

Accept certain inalienable truths: Prices will rise. Politicians will philander. You, too, will get old. And when you do, you'll fantasize that when you were young, prices were reasonable, politicians were noble, and children respected their elders.

Respect your elders

Don't expect anyone else to support you. Maybe you have a trust fund. Maybe you'll have a wealthy spouse. But you never know when either one might run out.

Don't mess too much with your hair or by the time you're 40 it will look 85.

Be careful whose advice you buy, but be patient with those who supply it. Advice is a form of nostalgia. Dispensing it is a way of fishing the past from the disposal, wiping it off, painting over the ugly parts and recycling it for more than it's worth.

But trust me on the sunscreen.

//More on this email hoax :- Urban Legends


29 Oct 2006

Aidilfitri dah abis

Dah sampai kolej petang tadi. Terus kemaskan bilik dan on kan komputer. Habuk yang banyak. Mungkin dapat selsema, tapi harapnya tidak. Aidilfitri berlalu dengan baik. Aku akan post lebih pasal raya nanti. Lagi 5 hari final exam akan mula. Aku balik awal ni pun sebab nak stadi la ni. Kat kampung memang tak boleh stadi, sebab tu la aku tak bawak balik buku. Rumate lagi dua hari kot baru dia balik. Takda sapa kat sini. Sunyi je. Kafe tak bukak lagi. Belasah kueh raya je la jawabnya malam ni.

20 Oct 2006

Dah nak raya dah

Baru lepas hantar rumate balik kampung. Tunggu di depan bas stop TNB, dalam hujan sepoi-sepoi renyai. Lama tunggu, dari pukul 9, jam 11 baru naik bas. Tadi paan dah balik, semalam Haris dah balik. Esok semua orang dah balik. Aku balik esok, pas Jumaat kot. Tahun ni raya di kat kampung Kedah. Mak, ayah dan luqman tak balik. Dua tahun lepas pun macam ni jugak. Tapi tak kesah lah, bukan aku tak rindu famili, tapi dah biasa begitu. Nak wat macamana. Malam ni sorang, kalo silap haribulan aku mungkin terlajak sahor, macam hari ni. Harapnya tak.

25 Sep 2006

Ramadhan Tiba Lagi



InsyaAllah, ini adalah ramadhan yang terakhir untuk aku sebagai pelajar di UUM ni

24 Sep 2006

Awal Ramadhan

Hari pertama berpuasa. Hari ni kat Kedah cuti, jadi menempuhi hari pertama ni agak releks juga. Bangun agak lambat kerana tak biasa bangun awal untuk sahur. Lain tak ada yg menariknya, kene siapkan tugasan security, pelancongan, isu-isu dan stadi untuk exam math IT. Tak fikir langsung nak berbuka di mana.Akhirnya hanya beli di kafe di bawah saja. Makan nasi kerana kuih tak di jual. Berbuka dengan paan. Rumate masih belum balik. Esok kot.


Berbuka

11 Sep 2006

Ke Canglun dan Belakang UUM

Kuar ngan paan ke canglun. matlamat utama ialah untuk gunting rambut. Tapi sebelum tu sempat singgah ke cmart sebab cadang nak gunting rambut last sekali. Sempat jugak la daftar prepaid celkom, cadang juga nak beli dvd tapi tak jadi sebab semua kopi wayang. Last sekali pi shoping kat cmart.Bila shoping tak terancang, banyaklah yang terbeli. Lepas tu baru pi gunting rambut. Puas mencari, sebab kedai yang kami biasa pi tu tutup. Cari punya cari, jumpa jugak kat celah deret kedai, tersorok jugak tempat dia.


Paan amik gambar ni, filter sepia menampakkan nostalgia


Dalam perjalanan balik kami sempat singgah kat pintu gate belakang uum. Yang on the way ke Felda Bukit Tangga tu. Bergambar sakan di sana.



Melihat Hasil Vandalisma



Kereta? Mana ada kereta



Menanti senja berlabuh di EDC

8 Sep 2006

Ekspo Konvo

Ekspo konvo dah start semalam. Walaupun aku terlibat dengan Majlis perasmian ekspo konvo,namun semalam tak berkesempatan nak pergi sebab badan dah letih dan basuh kuyup dek hujan. Sebenarnya tak terancang pun nak pergi seramai ni, asalnya dengan Paan je, tapi Fadul termakan gurauan kami, jadi dia pun setuju saja nak pergi,bawa kami dengan kereta dia. Kami pergi agak lewat, sempat tinjau tempat makan saja. Tak pergi ke sebelah ekspo. Sebab kami pun tak makan lagi. Nak cari tempat makan memang susah, selepas tunggu dan tinjau dapat jugak tempat.

Paan


Balack


Ustat


Halil


Fadul


Kedai makan sebelah kami duduk


Aku berasa amat senanghati apabila dapat tau baju futsal dah siap, dan dah di pakai pun oleh pasukan futsal wanita. Malam ni la baru aku dapat tengok design aku menjadi kenyataan. Sungguh mengujakan.

Atas permintaan aku yang teruja, seorang ahli pasukan menggayakan baju itu sambil aku mengambil fotonya. Namun terlupa pula nak amik gambar bahagian belakang.



Brgambar di parking lot. Belakang kami ialah banggunan FTM. Tak nampak dek kegelapan malam.

1 Sep 2006

Tradewinds College Futsal Club T-Shirt Design

Dimintak oleh Ballack kepada ku untuk hasilkan design ni. Seminggu jgk la ku penat lelah nak wat benda ni.


Design Depan



Belakang

31 Aug 2006

Malam merdeka di UUM 2006

Selepas exam midsem pengantar pelancongan,(ya, aku ada exam malam tu)aku ke kompleks sukan untuk tengok sambutan hari merdeka. Sambutan dibuat untuk integrasi ko-k dan perjumpaan SDG. Aku plak datang sebagai senior yang dah tak da ko-k. Datang amik gambar je la.


Persiapan Kolej Tradewinds



Dengan Kompang



Kontigen Tradewinds



Menyanyikan Lagu Jalur Gemilang



Semua orang gembira



Letupan bunga api,perasan tak ada sesuatu yang tak kena???



Selepas merdeka, Semoga nasib kita tak jadi macam ni

14 Aug 2006

Nasib,nasib.

Proposal aku telah di rejek selepas aku berhempas pulas menyiapkannya sampai kol 3 pagi. Sakit hati jagan cerita la. Kalo takut nak forwardkan proposal aku, jangan la mandai-mandai nak suruh kau wat. Sebab tu la aku tak mintak bayaran. Aku just nak proposal aku tu di publish saja. Untuk menambahkan derita, kelas math I.T dibatalkan, selepas aku dengan semangatnya meredah hujan (dalam bas). So aku lepak di luar, sambil menunggu kelas yang satu lagi. Nasib, aku dah tak boleh ponteng dua-dua kelas tu dah, kerana kuota ponteng telah dipenuhi.

Aktiviti Hari Jumaat

Rasa lega sangat lepas midsem math I.T. Dapat jawab dengan konfident. Balik ke bilik dengan niat nak melepaskan lelah di katil bila Khirul balik dan memberikan cadangan untuk ke Puncak Vista.Aku pun terus setuju saja.Lagi pun takde maknanya nak duduk dalam bilik yang berbahang ni. Pertama kali aku ke puncak vista. Dari sini dapat lihat permandangan seluruh UUM.Lepas snap-snap gambar, terus balik ketika hampir Maghrib.


Aku dan rumate ke puncak vista



Paan dan rumate kat signbod puncak vista



Percubaan panorama di puncak vista. Kelihatan Paan dan rumate ku



Malam ni sebenarnya ada dua event yang aku nak pegi. Satu malam penutup Minggu Interpretasi Islam di Dewan Pernas. Lagi satu ialah ceramah Mencari Redha Illahi di dataran Proton. Kat Pernas aku hanya memantau anak buah aku menjadi fotographer. Sekarang aku dah tak keje dah, dah tiba masanya aku bagi orang lain plak wat keje. Pas rasa macam puas hati aku ke dataran Proton. Dah lama tak dengar Ustaz Khadafi berceramah. Teruja bila dengar dia cerita pasal perjuangan pahlawan negeri Kedah mempertahankan negeri Kedah dari serangan Siam. Habis ceramah, aku ke lepak kat bilik Syahril. Pastu ikut dia dan Pian pasang banner kat FTM. Sempena Hari terbuka FTM. Pukol 3 pagi baru balik.


Pian dan syahril sedang menstaple poster



Poster Hari Terbuka Fakulti Teknologi Maklumat

6 Aug 2006

Demo cekak dan kat dewan.

Malam ni ada Demo penerangan silat cekak kat pkp. Aku yang tak turut serta sebagai ahli demo, datang memberikan semangat. Penerangan diberikan oleh abang Chot selaku penyelia kelas latihan UUM. Kedatangan memuaskan dan abg chot memberikan satu buah fikiran yang bernas mengenai kepentingan menjaga diri kepada pelajar UUM yang hadir menyaksikan demo. Sekurangnya mereka berfikir malam ni.



Latihan Tangan sebelum demo




Abang Chot memberikan penerangan


Selepas demo aku ke dewan Pernas untuk bertemu Along, Adik dan Zal untuk berbincang mengenai buletin kedua Pernas. Ella pun ada. Ada sedikit tunjuk ajar mengenai editing menggunakan Indesign yang mereka hendak tanya. Kami tak sendirian di dewan. Ada sekumpulan pelajar sedang berlatih tari sorak dengan dibimbingi oleh Bawang. Di sebelah sana pula ada pelajar sedang berlatih ping-pong. Suasana meriah. Aku pula kadang-kadang berhenti berbincang dan ke sana ke sini mengambil gambar.



Sedang Berbincang




Bawang dengan bersungguh memberikan tunjuk ajar




Pasukan Tari Sorak




Berlatih ping-pong

5 Aug 2006

Spek, lens atau LASIK


Yang tulisan merah tu power lama


Aku pun tak tau bila pelapik hidung kat spek mata aku tertanggal. Sedar-sedar j dah takda masa nak pi diskation projek network. Jadi pas diskation aku ke mall nak gant ipelapik tu. Sekali tu check la mata. Tak sangka dah naik power mata aku. Kanan naik 0.5, kiri naik 0.25. Tak banyak tapi kene hati-hati la. Malas nak tukar spek baru. Duit takde. Nak pakai contact lens, renyah sangat. Aku ingat nak wat LASIK j.Senang.Tak payah nak pakai spek atau contact lens lagi.

1 Aug 2006

Sempena Bulan Kemerdekaan

Sajak 'ATUK MERDEKA'

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

Atukku,
Aku ingin menjadi kayu.

Jika kau menjadi kayu,
Jadilah kayu golf,
Disebut kayu tetapi besi,
Diulit Dato', tauke dan menteri.
Jangan kau menjadi tunggul.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

Atukku,
Aku ingin menjadi pagar.

Jika kau menjadi pagar,
Jadilah pagar karan,
Dipicit suis power berjalan,
Dirempuh diusik, boleh pengsan.
Jangan kau jadi pagar makan padi.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila kau besar nanti?

Atukku,
Aku ingin menjadi mangkuk.

Jika kau menjadi mangkuk,
Jadilah mangkuk purba zaman batu,
Buruan ahli arkeologi setiap waktu,
Membawa bukti tamadun dan ilmu.
Jangan kau menjadi mangkuk hayun.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila kau dewasa nanti?

Atukku,
Aku ingin menjadi bintang.

Jika kau menjadi bintang,
Jadilah bintang di langit,
Tiada boleh ditukar wang ringgit,
Tidak boleh dijolok dikait.
Jangan kau menjadi bintang tiga.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

Atukku,
Aku ingin menjadi seluar dalam.

Jika kau menjadi seluar dalam,
Jadilah seluar dalam Superman,
Sarung di luar nampak gentleman,
Tiada manusia memberi komen.
Jangan kau menjadi seluar dalam model playboy.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

Atukku,
Aku ingin MERDEKA.

Jika kau ingin MERDEKA,
Lupakan tentang perarakan di Dataran Merdeka,
Simpanlah budget kereta berhias dan pentas lintas hormat,
untuk membeli kayu,
untuk membeli pagar,
untuk membeli mangkuk,
untuk membeli bintang,
untuk membeli seluar dalam,
untuk membeli MERDEKA.


Ujang

M red eRr

DE

KKA

Caution!Exclamation markBlue exclamation mark