title

19 Feb 2006

Bencana Banjir

Hari ni aku postkan gambar-gambar akibat banjir yang melanda UUM. Tapi gambar ni hanya menunjukkan kawasan di sekitar Kolej Pernas iaitu jambatan belakang kolej yang menghubungkan kolej dengan kawasan akademik. dan juga jalan belakang yang menghubungkan DKG 5.


Kat Tasek Guthrie



Belakang Pernas



Belakang Pernas



Ke DKG 5



Ke DKG 5



Ke DKG 5

18 Feb 2006

last integrasi, hari pengasasan UUM

Seperti biasa di hari integrasi, kami just datang dan lepak untuk meramaikan majlis. Aku tak tau pun apa yang berlaku sepanjang majlis 2. Kami cuma pegang belon, dan lepas kan bila disuruh. Bila habis, balik.


Bereksperimen dari sudut rendah



Banyaknya belon



Majlis berlaku di hujung padang sana



Bergambar? sudah semestinya

11 Feb 2006

Ke Kolam AIr Panas Baling

Penat sukaneka masih tak hilang lagi bila Amri datang ke bilik dan ajak kami sebilik ke kolam air panas ulu lenggong kat baling, malam tu jugak. Mula-mula aku tak nak pegi sebab esok nak kene hantar assignment ko k, n bahan pon tak cari lagi, tapi bila Amri kata pegi dalam kol 1030, aku pon setuju. Sempat la cari bahan untuk esok. Jadi dalam kol 1030 tu kami bertolak la dengan 4 biji kereta, 1 kete sham dan lagi 3 biji sewa. Singgah kat RnR Gurun. Sampai kat kolam air panas tu dalam kol 3 gitu. Tak sangka ramai orang kat sini pagi2 buta ni. Tapi tak lama pastu ramai juga yang beransur2 pulang. Kami berendam lebih kurang dalam dua jam jugak la. Kol 5 kami pon beredar pas satu badan dah kecut berendam dalam air panas tu. Sampai semula ke kolej dalam kol 9. Penat,penat nyer amat. Semua orang segera tidur, aku pon sama.Terpaksa la batalkan hasrat untuk ke kelas ko k.








10 Feb 2006

Famili Day Pernas

Hari ni agak penat. Selesai saja paper etika pada paginya dan asas keusahawanan selepas solat jumaat, aku terus saja ke padang bola belakang blok a untuk join sukaneka famili day pernas. Walopon tak dapat join senamrobik, persiapan kenduri, gotong royong, amik gambar paras dan yang paling best skali makan, tapi dapat join sukaneka pon jadilah. Walopon aku tak masuk apa2 acara pon, hanya amik gambar je, tapi aku tetap merasai kemeriahan famili day ni. Memang skali skala bila warga pernas berkumpul dalam acara macam famili day ni,akan menimbulkan satu semangat persaudaraan yang tinggi. Bila sukaneka tamat, hujan pon turun.