title

27 Apr 2006

exam dah abis!

Selepas menutup gate UUM tepat jam 5:00 petang (walopon aku kuar awal) terasa satu perasaan yang sangat mengujakan. Selepas penantian selama sebelas hari time gap dan tiga hari berikutnya paper berturut-turut, lepas kuar dari dewan tu, rasa lega sangat. Akhirnya habis jugak sem ni. Tak sangka. So esok aku angkut lebihan barang ke rumah makteh n lusanya baru aku balik ke pokok sena. Mungkin aku balik kuantan 3 april ni. Oh ya, cuti semester sampai 2 julai ni. Apa aku nak wat ek?

7 Apr 2006

Final Exam ke 5

Final exam kembali lagi untuk kali ke lima. Harap semua orang sama-sama berexam dapat menumpukan perhatian dan berusaha bersungguh-sungguh. Buatlah yang terbaik. Sem ni sedey gak le sebab kene tutup dewan n gate uum.

10 - Network Management, Pengurusan Projek IT.
14 - Sains Pemikiran dan Etika
25 - Asas Keusahawanan
26 - Rekabentuk Rangkaian
27 - Pengkomputeran Teragih (last day, abis kol 5)

6 Apr 2006

Last klk tm4 ke penang

3 april 06
sekali lagi kami ke penang untuk membuat kegiatan luar kelas. Masa tm2 dulu kami ke pulau jerejak untuk membuat dokumentasi multimedia pulau jerejak, kali ni kami bersiar keliling penang untuk mengasah skill fotografi kami. Sambil-sambil tu jugak nak meraikan kelas ko k terakhir kami. Kami telah melawat ke prangin mall, komtar, toys muzium. pastu meraikan kelas dengan mengadakan hi-tea kat Hotel Naza.


Lecturer Tm4 kami, En. Sham dengan famili



kat dalam toys museum



dah abis menjelajah toys museum tak sampai 10 minit



Makan!



Bergambar kenangan



dari sudut lain



dah makan, bergambar pun sudah, jadi, releks di pantai

3 Apr 2006

Ujian Sijil Rendah Silat Cekak Malaysia

Hari yang paling besar dan menggusarkan sebelum final exam. Ujian Sijil Rendah Silat Cekak Malaysia merupakan ujian yang ditunggu-tunggu oleh setiap ahli yang tamat yang telah habis kelas umum dan kelas kemahiran. Walaupon tidak diwajibkan, tapi mengambil sijil ini akan menunjukkan betapa yakinnya seorang ahli silat cekak kepada apa yang telah dipelajari. Jadi pada kelmarin dan semalam kelas 20 dan 21 UUM telah ke USM untuk mengambil ujian ini. Memang mendebarkan. Aku ingat semua kami muka memang tension giler. Malam 1 hb tu ada ujian bertulis jadi kami sibuk la membaca dalam perjalanan dari UUM ke USM. Lepas tu ke makan-makan kat Jalan Seagate (yeke??? entah, aku pon taktau, malam tuuu, dan aku pon tak chare sangat, sebab pening baru pas buat ujian bertulis dan nak kene pikir pasal ujian praktikal esoknya). Pagi 2 hb dekat Pusat Racun USM, ujian praktikal diadakan. Ramai tu yang datang, semua ahli dari zon utara. Tu tak campur tester tu. Tak banyak yang aku nak cerita kat sini sebab peringkat ni rahsia. Cuma masa nak menunggu tu memang tension giler. Takut, gementar, tak sabar-sabar pon ada. Tapi bila dah abis, rasa lega sangat-sangat. Lepas ujian tu kami pon balik le ke UUM. Tapi sempat la singgah kat Padang kota. Lepaskan penat dan tension. Kat sini, semua orang dah boleh senyum.


Membaca sewaktu ke USM



Ujian bertulis



Dah Abis! Kat padang kota