title

3 Apr 2006

Ujian Sijil Rendah Silat Cekak Malaysia

Hari yang paling besar dan menggusarkan sebelum final exam. Ujian Sijil Rendah Silat Cekak Malaysia merupakan ujian yang ditunggu-tunggu oleh setiap ahli yang tamat yang telah habis kelas umum dan kelas kemahiran. Walaupon tidak diwajibkan, tapi mengambil sijil ini akan menunjukkan betapa yakinnya seorang ahli silat cekak kepada apa yang telah dipelajari. Jadi pada kelmarin dan semalam kelas 20 dan 21 UUM telah ke USM untuk mengambil ujian ini. Memang mendebarkan. Aku ingat semua kami muka memang tension giler. Malam 1 hb tu ada ujian bertulis jadi kami sibuk la membaca dalam perjalanan dari UUM ke USM. Lepas tu ke makan-makan kat Jalan Seagate (yeke??? entah, aku pon taktau, malam tuuu, dan aku pon tak chare sangat, sebab pening baru pas buat ujian bertulis dan nak kene pikir pasal ujian praktikal esoknya). Pagi 2 hb dekat Pusat Racun USM, ujian praktikal diadakan. Ramai tu yang datang, semua ahli dari zon utara. Tu tak campur tester tu. Tak banyak yang aku nak cerita kat sini sebab peringkat ni rahsia. Cuma masa nak menunggu tu memang tension giler. Takut, gementar, tak sabar-sabar pon ada. Tapi bila dah abis, rasa lega sangat-sangat. Lepas ujian tu kami pon balik le ke UUM. Tapi sempat la singgah kat Padang kota. Lepaskan penat dan tension. Kat sini, semua orang dah boleh senyum.


Membaca sewaktu ke USM



Ujian bertulis



Dah Abis! Kat padang kota

No comments: