title

24 May 2006

Seminar yang tak dapat datang

Dapat panggillan dari fakulti i.t untuk menyertai seminar pengaturcaraan anjuran MDEC. Juga tak dapat datang kerana peruntukkan tidak mencukupi.

18 May 2006

Keluar bandar

Keluar bandar. Baru tersedar betapa lamanya aku meninggalkan bandar kuantan ini bila memesan teh ais.
"Nak minum apa dik?" pelayan restoran tu panggil aku adik.
"teh ais"
"teh beng satuuuuuuu" pelayan tu menjerit ke arah dapur.
Macamana la aku boleh lupa yang orang sini panggil ais sebagai "beng". Aku jugaj agak terperanjat dengan harga makanan yang mahal. Nasi berlauk yang tak sampai rm3 di kedah, harga hampir rm5 di sini.

17 May 2006

Lulus USR

Dapat surat dari PSSCM. Yeaa. Lulus ujian sijil rendah. Tapi nampaknya tak dapat datang untuk majlis konvo. Tak cukup peruntukan dan masalah logistik.

3 May 2006

Balik ke Kuantan

Malam ni balik ke Kuantan ngan arol. Dah lama tak balik Kuantan. Sejak masuk sem dulu. Rindu betul aku kat rumah. Ini adalah cuti terakhir aku sebagai seorang pelajar. Pasni time cuti terus praktikum. Dah tak enjoy dah. So aku nak enjoy puas-puas! Yeaa (ye la tu). Hmmm. kalo gitu aku kene pikir balik la niat nak keje. Tak enjoy la kalo keje. Tapi duit pon dah takda ni. Pokai aku bila masuk sem depan. Hmm. Aku kene pikir lagi ni.


Dengan Fadul di Shahab