title

11 Jun 2006

Jang Kawin

Ke kenduri kahwin jang bersama fixi, lia, miza, erda, umai dan naim.
Selamat pengantin baru jang. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat.

5 Jun 2006

OPD Bukit Sekilau

Ke OPD di Bukit Sekilau untuk mengambil ubat ayah. Kami tak pernah sampai ke sana jadi jenuh jugak la mencari sampai kene tanya orang. Ramai betul orang sakit kat OPD tu. Lama menunggu. Dapat ubat dalam tengahari gitu, tapi ayah masih kene datang untuk pemeriksaan lanjutan seminggu berikutnya.

4 Jun 2006

Kecemasan

Ke pasar tani dengan ayah. Baru tahu pasar tani dah dipindahkan ke stadium. Lebih besar dan lebih baik dari dulu. Kemudian ke pasar besar. Masih macam dulu. Tiada perubahan.
Tengahari ayah mintak penadol. Aku rasa mungkin ayah demam sebab jauh memandu semalam.
Malam pas maghrib ayah p beli penadol. Nampaknya demam dia tak surut lagi. Balik ayah rehat sekejap tapi tak lama pastu dia bersiap nak ke klinik. Sakit dada katanya. Aku ikut ayah ke klinik.
Doktor kat Ar-Razi nasihatkan ayah ke hospital besar malam tu jugak. Dia hanya bagi ubat makan kat klinik tu je. Pas makan malam aku dengan mak temankan ayah ke hospital. Lama jugak. Siap kene amik x-ray lagi. Lapa sejam gitu selesai. Tapi ubat kene amik di OPD (Out Patient Department) kat bukit Sekilau.

2 Jun 2006

Dari Ceramah Ustaz Embong

Adakah patut seorang mukmin yang lurus agamanya, yang sentiasa mengharapkan rahmatNya, lari apabila berhadapan dengan pekara mungkar, kerana takut kehilangan keamanan pada diriya.

1 Jun 2006

kisah kopi

Ada sebuah kedai kopi yang terkenal di sebuah kampung yang menyediakan kopi yang sangat sedap. Kopinya bukan saja menjadi kegemaran malahan kebanggaan penduduk kampung tersebut. Sehari tanpa menghirup kopi di kedai itu akan menyebabkan mata tidak lena di malam hari. Campuran kopinya sangat sempurna, semua orang boleh menerima, tidak kira kanak-kanak atau orang tua.
Tiba-tiba, pada suatu hari, datanglah seorang insan ke kedai kopi tersebut. Niatnya tidak lain hanyalah untuk menikmati kesedapan kopi di kedai itu. Lalu dia pun memesan,
"Kopi O kurang manis satu!"
Semua pelanggan di situ terkejut, tidak percaya dengan apa yang di dengar mereka. Kopi O kuang manis? kenapa dia minta kopi O kurang manis? Bukankah kopi buatan di kedai itu sudah cukup sempurna.
Lalu di tanya kepada insan tersebut kenapa dia meminta kopi O kurang manis itu.
"Oh, saya ada penyakit kencing manis, tak boleh minum manis-manis sangat"
Fahamlah akan pelanggan di kedai itu, kenapa di minta insan itu akan kopi O kurang manis. Rupa-rupanya dia ada penyakit.
Ini adalah kisah analogi, kopi itu adalah Islam. Islam itu sempurna dan sesuai untuk semua manusia. Cukup lengkap dan tidak akan luput sepanjang zaman. Namun apabila ada orang yang hendak mengamalkan Islam secara "kurang manis", itu menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan orang itu. Maksud pengamalan Islam secara "kurang manis" ini ialah pengamalan Islam secara terpilih. Ada yang dibuat, ada yang tidak dibuat, dengan alasan-alasan tertentu seperti tidak sesuai pada zaman moden., takut dianggap pengganas ataupun dikatakan hendak menjadi moderat atau liberal. Ini menunjukkan ada penyakit pada mereka ini. Penyakit takut kepada Islam yang syumul.
Oleh itu marilah kita membanteras orang-orang yang berpenyakit ini dengan penerangan dakwah, semoga mereka sembuh dan marilah kita berusaha menegakkan Islam yang syumul, kerana itulah tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini.

Result sem 5

Keluar ke cc hari ni. Matlamat utama ialah untuk tengok result pekse. Alhamdullilah, result bagus. Pointer naik banyak. Lepas tu untuk pertama kali aku ke perpustakaan awam pahang.