title

4 Jun 2006

Kecemasan

Ke pasar tani dengan ayah. Baru tahu pasar tani dah dipindahkan ke stadium. Lebih besar dan lebih baik dari dulu. Kemudian ke pasar besar. Masih macam dulu. Tiada perubahan.
Tengahari ayah mintak penadol. Aku rasa mungkin ayah demam sebab jauh memandu semalam.
Malam pas maghrib ayah p beli penadol. Nampaknya demam dia tak surut lagi. Balik ayah rehat sekejap tapi tak lama pastu dia bersiap nak ke klinik. Sakit dada katanya. Aku ikut ayah ke klinik.
Doktor kat Ar-Razi nasihatkan ayah ke hospital besar malam tu jugak. Dia hanya bagi ubat makan kat klinik tu je. Pas makan malam aku dengan mak temankan ayah ke hospital. Lama jugak. Siap kene amik x-ray lagi. Lapa sejam gitu selesai. Tapi ubat kene amik di OPD (Out Patient Department) kat bukit Sekilau.

No comments: