title

31 Aug 2006

Malam merdeka di UUM 2006

Selepas exam midsem pengantar pelancongan,(ya, aku ada exam malam tu)aku ke kompleks sukan untuk tengok sambutan hari merdeka. Sambutan dibuat untuk integrasi ko-k dan perjumpaan SDG. Aku plak datang sebagai senior yang dah tak da ko-k. Datang amik gambar je la.


Persiapan Kolej Tradewinds



Dengan Kompang



Kontigen Tradewinds



Menyanyikan Lagu Jalur Gemilang



Semua orang gembira



Letupan bunga api,perasan tak ada sesuatu yang tak kena???



Selepas merdeka, Semoga nasib kita tak jadi macam ni

14 Aug 2006

Nasib,nasib.

Proposal aku telah di rejek selepas aku berhempas pulas menyiapkannya sampai kol 3 pagi. Sakit hati jagan cerita la. Kalo takut nak forwardkan proposal aku, jangan la mandai-mandai nak suruh kau wat. Sebab tu la aku tak mintak bayaran. Aku just nak proposal aku tu di publish saja. Untuk menambahkan derita, kelas math I.T dibatalkan, selepas aku dengan semangatnya meredah hujan (dalam bas). So aku lepak di luar, sambil menunggu kelas yang satu lagi. Nasib, aku dah tak boleh ponteng dua-dua kelas tu dah, kerana kuota ponteng telah dipenuhi.

Aktiviti Hari Jumaat

Rasa lega sangat lepas midsem math I.T. Dapat jawab dengan konfident. Balik ke bilik dengan niat nak melepaskan lelah di katil bila Khirul balik dan memberikan cadangan untuk ke Puncak Vista.Aku pun terus setuju saja.Lagi pun takde maknanya nak duduk dalam bilik yang berbahang ni. Pertama kali aku ke puncak vista. Dari sini dapat lihat permandangan seluruh UUM.Lepas snap-snap gambar, terus balik ketika hampir Maghrib.


Aku dan rumate ke puncak vista



Paan dan rumate kat signbod puncak vista



Percubaan panorama di puncak vista. Kelihatan Paan dan rumate ku



Malam ni sebenarnya ada dua event yang aku nak pegi. Satu malam penutup Minggu Interpretasi Islam di Dewan Pernas. Lagi satu ialah ceramah Mencari Redha Illahi di dataran Proton. Kat Pernas aku hanya memantau anak buah aku menjadi fotographer. Sekarang aku dah tak keje dah, dah tiba masanya aku bagi orang lain plak wat keje. Pas rasa macam puas hati aku ke dataran Proton. Dah lama tak dengar Ustaz Khadafi berceramah. Teruja bila dengar dia cerita pasal perjuangan pahlawan negeri Kedah mempertahankan negeri Kedah dari serangan Siam. Habis ceramah, aku ke lepak kat bilik Syahril. Pastu ikut dia dan Pian pasang banner kat FTM. Sempena Hari terbuka FTM. Pukol 3 pagi baru balik.


Pian dan syahril sedang menstaple poster



Poster Hari Terbuka Fakulti Teknologi Maklumat

6 Aug 2006

Demo cekak dan kat dewan.

Malam ni ada Demo penerangan silat cekak kat pkp. Aku yang tak turut serta sebagai ahli demo, datang memberikan semangat. Penerangan diberikan oleh abang Chot selaku penyelia kelas latihan UUM. Kedatangan memuaskan dan abg chot memberikan satu buah fikiran yang bernas mengenai kepentingan menjaga diri kepada pelajar UUM yang hadir menyaksikan demo. Sekurangnya mereka berfikir malam ni.



Latihan Tangan sebelum demo




Abang Chot memberikan penerangan


Selepas demo aku ke dewan Pernas untuk bertemu Along, Adik dan Zal untuk berbincang mengenai buletin kedua Pernas. Ella pun ada. Ada sedikit tunjuk ajar mengenai editing menggunakan Indesign yang mereka hendak tanya. Kami tak sendirian di dewan. Ada sekumpulan pelajar sedang berlatih tari sorak dengan dibimbingi oleh Bawang. Di sebelah sana pula ada pelajar sedang berlatih ping-pong. Suasana meriah. Aku pula kadang-kadang berhenti berbincang dan ke sana ke sini mengambil gambar.



Sedang Berbincang




Bawang dengan bersungguh memberikan tunjuk ajar




Pasukan Tari Sorak




Berlatih ping-pong

5 Aug 2006

Spek, lens atau LASIK


Yang tulisan merah tu power lama


Aku pun tak tau bila pelapik hidung kat spek mata aku tertanggal. Sedar-sedar j dah takda masa nak pi diskation projek network. Jadi pas diskation aku ke mall nak gant ipelapik tu. Sekali tu check la mata. Tak sangka dah naik power mata aku. Kanan naik 0.5, kiri naik 0.25. Tak banyak tapi kene hati-hati la. Malas nak tukar spek baru. Duit takde. Nak pakai contact lens, renyah sangat. Aku ingat nak wat LASIK j.Senang.Tak payah nak pakai spek atau contact lens lagi.

1 Aug 2006

Sempena Bulan Kemerdekaan

Sajak 'ATUK MERDEKA'

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

Atukku,
Aku ingin menjadi kayu.

Jika kau menjadi kayu,
Jadilah kayu golf,
Disebut kayu tetapi besi,
Diulit Dato', tauke dan menteri.
Jangan kau menjadi tunggul.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

Atukku,
Aku ingin menjadi pagar.

Jika kau menjadi pagar,
Jadilah pagar karan,
Dipicit suis power berjalan,
Dirempuh diusik, boleh pengsan.
Jangan kau jadi pagar makan padi.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila kau besar nanti?

Atukku,
Aku ingin menjadi mangkuk.

Jika kau menjadi mangkuk,
Jadilah mangkuk purba zaman batu,
Buruan ahli arkeologi setiap waktu,
Membawa bukti tamadun dan ilmu.
Jangan kau menjadi mangkuk hayun.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila kau dewasa nanti?

Atukku,
Aku ingin menjadi bintang.

Jika kau menjadi bintang,
Jadilah bintang di langit,
Tiada boleh ditukar wang ringgit,
Tidak boleh dijolok dikait.
Jangan kau menjadi bintang tiga.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

Atukku,
Aku ingin menjadi seluar dalam.

Jika kau menjadi seluar dalam,
Jadilah seluar dalam Superman,
Sarung di luar nampak gentleman,
Tiada manusia memberi komen.
Jangan kau menjadi seluar dalam model playboy.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

Atukku,
Aku ingin MERDEKA.

Jika kau ingin MERDEKA,
Lupakan tentang perarakan di Dataran Merdeka,
Simpanlah budget kereta berhias dan pentas lintas hormat,
untuk membeli kayu,
untuk membeli pagar,
untuk membeli mangkuk,
untuk membeli bintang,
untuk membeli seluar dalam,
untuk membeli MERDEKA.


Ujang

M red eRr

DE

KKA

Caution!Exclamation markBlue exclamation mark