title

14 Aug 2006

Aktiviti Hari Jumaat

Rasa lega sangat lepas midsem math I.T. Dapat jawab dengan konfident. Balik ke bilik dengan niat nak melepaskan lelah di katil bila Khirul balik dan memberikan cadangan untuk ke Puncak Vista.Aku pun terus setuju saja.Lagi pun takde maknanya nak duduk dalam bilik yang berbahang ni. Pertama kali aku ke puncak vista. Dari sini dapat lihat permandangan seluruh UUM.Lepas snap-snap gambar, terus balik ketika hampir Maghrib.


Aku dan rumate ke puncak vista



Paan dan rumate kat signbod puncak vista



Percubaan panorama di puncak vista. Kelihatan Paan dan rumate ku



Malam ni sebenarnya ada dua event yang aku nak pegi. Satu malam penutup Minggu Interpretasi Islam di Dewan Pernas. Lagi satu ialah ceramah Mencari Redha Illahi di dataran Proton. Kat Pernas aku hanya memantau anak buah aku menjadi fotographer. Sekarang aku dah tak keje dah, dah tiba masanya aku bagi orang lain plak wat keje. Pas rasa macam puas hati aku ke dataran Proton. Dah lama tak dengar Ustaz Khadafi berceramah. Teruja bila dengar dia cerita pasal perjuangan pahlawan negeri Kedah mempertahankan negeri Kedah dari serangan Siam. Habis ceramah, aku ke lepak kat bilik Syahril. Pastu ikut dia dan Pian pasang banner kat FTM. Sempena Hari terbuka FTM. Pukol 3 pagi baru balik.


Pian dan syahril sedang menstaple poster



Poster Hari Terbuka Fakulti Teknologi Maklumat

No comments: