title

6 Aug 2006

Demo cekak dan kat dewan.

Malam ni ada Demo penerangan silat cekak kat pkp. Aku yang tak turut serta sebagai ahli demo, datang memberikan semangat. Penerangan diberikan oleh abang Chot selaku penyelia kelas latihan UUM. Kedatangan memuaskan dan abg chot memberikan satu buah fikiran yang bernas mengenai kepentingan menjaga diri kepada pelajar UUM yang hadir menyaksikan demo. Sekurangnya mereka berfikir malam ni.



Latihan Tangan sebelum demo




Abang Chot memberikan penerangan


Selepas demo aku ke dewan Pernas untuk bertemu Along, Adik dan Zal untuk berbincang mengenai buletin kedua Pernas. Ella pun ada. Ada sedikit tunjuk ajar mengenai editing menggunakan Indesign yang mereka hendak tanya. Kami tak sendirian di dewan. Ada sekumpulan pelajar sedang berlatih tari sorak dengan dibimbingi oleh Bawang. Di sebelah sana pula ada pelajar sedang berlatih ping-pong. Suasana meriah. Aku pula kadang-kadang berhenti berbincang dan ke sana ke sini mengambil gambar.



Sedang Berbincang




Bawang dengan bersungguh memberikan tunjuk ajar




Pasukan Tari Sorak




Berlatih ping-pong

No comments: