title

1 Aug 2006

Sempena Bulan Kemerdekaan

Sajak 'ATUK MERDEKA'

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

Atukku,
Aku ingin menjadi kayu.

Jika kau menjadi kayu,
Jadilah kayu golf,
Disebut kayu tetapi besi,
Diulit Dato', tauke dan menteri.
Jangan kau menjadi tunggul.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

Atukku,
Aku ingin menjadi pagar.

Jika kau menjadi pagar,
Jadilah pagar karan,
Dipicit suis power berjalan,
Dirempuh diusik, boleh pengsan.
Jangan kau jadi pagar makan padi.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila kau besar nanti?

Atukku,
Aku ingin menjadi mangkuk.

Jika kau menjadi mangkuk,
Jadilah mangkuk purba zaman batu,
Buruan ahli arkeologi setiap waktu,
Membawa bukti tamadun dan ilmu.
Jangan kau menjadi mangkuk hayun.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila kau dewasa nanti?

Atukku,
Aku ingin menjadi bintang.

Jika kau menjadi bintang,
Jadilah bintang di langit,
Tiada boleh ditukar wang ringgit,
Tidak boleh dijolok dikait.
Jangan kau menjadi bintang tiga.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

Atukku,
Aku ingin menjadi seluar dalam.

Jika kau menjadi seluar dalam,
Jadilah seluar dalam Superman,
Sarung di luar nampak gentleman,
Tiada manusia memberi komen.
Jangan kau menjadi seluar dalam model playboy.

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

Atukku,
Aku ingin MERDEKA.

Jika kau ingin MERDEKA,
Lupakan tentang perarakan di Dataran Merdeka,
Simpanlah budget kereta berhias dan pentas lintas hormat,
untuk membeli kayu,
untuk membeli pagar,
untuk membeli mangkuk,
untuk membeli bintang,
untuk membeli seluar dalam,
untuk membeli MERDEKA.


Ujang

M red eRr

DE

KKA

Caution!Exclamation markBlue exclamation mark

No comments: