title

25 Sep 2006

Ramadhan Tiba Lagi



InsyaAllah, ini adalah ramadhan yang terakhir untuk aku sebagai pelajar di UUM ni

24 Sep 2006

Awal Ramadhan

Hari pertama berpuasa. Hari ni kat Kedah cuti, jadi menempuhi hari pertama ni agak releks juga. Bangun agak lambat kerana tak biasa bangun awal untuk sahur. Lain tak ada yg menariknya, kene siapkan tugasan security, pelancongan, isu-isu dan stadi untuk exam math IT. Tak fikir langsung nak berbuka di mana.Akhirnya hanya beli di kafe di bawah saja. Makan nasi kerana kuih tak di jual. Berbuka dengan paan. Rumate masih belum balik. Esok kot.


Berbuka

11 Sep 2006

Ke Canglun dan Belakang UUM

Kuar ngan paan ke canglun. matlamat utama ialah untuk gunting rambut. Tapi sebelum tu sempat singgah ke cmart sebab cadang nak gunting rambut last sekali. Sempat jugak la daftar prepaid celkom, cadang juga nak beli dvd tapi tak jadi sebab semua kopi wayang. Last sekali pi shoping kat cmart.Bila shoping tak terancang, banyaklah yang terbeli. Lepas tu baru pi gunting rambut. Puas mencari, sebab kedai yang kami biasa pi tu tutup. Cari punya cari, jumpa jugak kat celah deret kedai, tersorok jugak tempat dia.


Paan amik gambar ni, filter sepia menampakkan nostalgia


Dalam perjalanan balik kami sempat singgah kat pintu gate belakang uum. Yang on the way ke Felda Bukit Tangga tu. Bergambar sakan di sana.



Melihat Hasil Vandalisma



Kereta? Mana ada kereta



Menanti senja berlabuh di EDC

8 Sep 2006

Ekspo Konvo

Ekspo konvo dah start semalam. Walaupun aku terlibat dengan Majlis perasmian ekspo konvo,namun semalam tak berkesempatan nak pergi sebab badan dah letih dan basuh kuyup dek hujan. Sebenarnya tak terancang pun nak pergi seramai ni, asalnya dengan Paan je, tapi Fadul termakan gurauan kami, jadi dia pun setuju saja nak pergi,bawa kami dengan kereta dia. Kami pergi agak lewat, sempat tinjau tempat makan saja. Tak pergi ke sebelah ekspo. Sebab kami pun tak makan lagi. Nak cari tempat makan memang susah, selepas tunggu dan tinjau dapat jugak tempat.

Paan


Balack


Ustat


Halil


Fadul


Kedai makan sebelah kami duduk


Aku berasa amat senanghati apabila dapat tau baju futsal dah siap, dan dah di pakai pun oleh pasukan futsal wanita. Malam ni la baru aku dapat tengok design aku menjadi kenyataan. Sungguh mengujakan.

Atas permintaan aku yang teruja, seorang ahli pasukan menggayakan baju itu sambil aku mengambil fotonya. Namun terlupa pula nak amik gambar bahagian belakang.



Brgambar di parking lot. Belakang kami ialah banggunan FTM. Tak nampak dek kegelapan malam.

1 Sep 2006

Tradewinds College Futsal Club T-Shirt Design

Dimintak oleh Ballack kepada ku untuk hasilkan design ni. Seminggu jgk la ku penat lelah nak wat benda ni.


Design Depan



Belakang