title

27 Dec 2007

Conversation with single_medium

(4:06:34 PM) kuncisudu: nak balik dah ke?
(4:12:26 PM) paan: kul 5 baru bleh balik
(4:12:32 PM) kuncisudu: awal lagi
(4:12:38 PM) kuncisudu: tak g minum?
(4:13:16 PM) paan: mana ada kedai makan dekat2 sini...
(4:13:27 PM) kuncisudu: takde ke?
(4:13:34 PM) kuncisudu: kedai jual kueh ke?
(4:13:44 PM) paan: pagi ja bukak...
(4:13:57 PM) paan: yang lain kalau nak pi kena naik moto...
(4:14:06 PM) kuncisudu: boring tol gitu
(4:20:14 PM) paan: tapi makan murah kat sini, malam ngan lunch aku just RM5.50, tapi kalau balik umah lg save la...
(4:20:31 PM) kuncisudu: malam? ko kj mlm jgk?
(4:21:39 PM)
paan: selalunya lepas keja aku solat kat tmpat keja pastu makan malam la...
(4:22:00 PM) kuncisudu: oooo
(4:22:04 PM) kuncisudu: mkn ptg la
(4:22:12 PM) kuncisudu: tapi murah la
(4:22:27 PM) kuncisudu: kat sini lunch je dah rm5
(4:24:05 PM)
paan: x jugak padi, kat aloq staq makan lunch dah mahal skang nih...
(4:24:31 PM) paan: aku x dak duit aku makan kat umah selagi mak aku x masuk sekolah lagi...
(4:24:52 PM) paan: bulan depan, lunch dah x leh makan kat umah lagi
(4:25:07 PM) kuncisudu: naper?
(4:26:13 PM) paan: standard la nasi buh lauk ayam saja rm2.50(ayam x cukup zat) - rm3.00(ayam mcm subaidah)
(4:26:33 PM) kuncisudu: oh ya
(4:27:08 PM) kuncisudu: kalo balik pon
(4:27:14 PM) kuncisudu: ko kene beli jgk kan
(4:27:31 PM) paan: huhuhuhuhu, hg ni mcm tau la...
(4:28:05 PM) paan: makan malam kat sini mmg murah sket,
(4:28:10 PM) paan: hg pun tau kan...
(4:28:20 PM) kuncisudu: a a
(4:28:28 PM) paan: koteow goreng RM 2.00 ja...
(4:28:32 PM) paan: nasi ayam rm 2.50 ja
(4:28:54 PM) kuncisudu: tak dapek ar mcm tu kat kuantan
(4:29:04 PM) paan: pasar malam tiap2 hari kat area sini...
(4:29:14 PM) paan: ayam tulang sodap oooo....
(4:29:35 PM) paan: ayam...
(4:29:45 PM) paan: tulang...
(4:29:55 PM) paan: ;)
(4:30:06 PM) kuncisudu: rangka ayam goreng!
(4:30:20 PM) kuncisudu: rm3.50 punya
(4:30:30 PM) kuncisudu: kat pmc
(4:30:33 PM) kuncisudu: beh gila
(4:30:45 PM) paan: tapi nnt 1hb hg dah jadi org lain...
(4:31:39 PM) kuncisudu: dok
(4:31:45 PM) kuncisudu: aku tetep akan makan
(4:32:03 PM) paan: kat sini yg halus rm 2.80 tapi tulang ayam yg besaq pun rm3.50
(4:32:29 PM) kuncisudu: 350 tu puas gila makan
(4:33:16 PM) paan: makan???
(4:33:36 PM) kuncisudu: ya..
(4:33:37 PM) kuncisudu: makan
(4:34:33 PM) paan: hahaha, hampeh hg, aku terliuq ni...
(4:35:16 PM) kuncisudu: beli la
(4:35:24 PM) kuncisudu: aku pon mcm nak beli je
(4:35:28 PM) paan: orait...
(4:35:39 PM) kuncisudu: tp 350 kat sini takkan dpt besaq mcm kat sana
(4:35:45 PM) paan: tapi kena beli dua sebab mak aku pun hantu gak ayam tulang nih...
(4:36:15 PM) kuncisudu: kat umah ni aku srg je
(4:36:22 PM) kuncisudu: adik aku tak minat tulang
(4:36:58 PM) paan: bitau adek hg kerana tulang ada isi, hahaha, undead...
(4:37:37 PM) kuncisudu: hehe
(4:37:45 PM) kuncisudu: apa lagi beh sana?
(4:38:38 PM) paan: shivering isles
(4:39:40 PM) kuncisudu: oh ya
(4:39:45 PM) kuncisudu: aku tak sambung lagi
(4:39:55 PM) paan: the nine is boring... daedra never boring
(4:39:58 PM) kuncisudu: aku baru abis main half life epsd 2
(4:40:08 PM) kuncisudu: skrg tgh main portal
(4:40:14 PM) kuncisudu: ngan sniper elite
(4:40:49 PM) kuncisudu: ada main quest ke shivering isles?
(4:40:57 PM) kuncisudu: or side quest semua?
(4:41:06 PM) paan: ha'ah...
(4:41:16 PM) paan: tapi aku dok main lg Oblivion...
(4:41:46 PM) kuncisudu: apa yg haah?
(4:42:04 PM) paan: quest untuk apa nih ?
(4:42:09 PM) paan: OB ka /
(4:42:35 PM) kuncisudu: si
(4:43:06 PM) paan: ada town baru muncul kat nibey, macau pulau la...
(4:43:38 PM) paan: main quest ada satu ja gak, tp main quest dia semua berkaitan ngan main..
(4:43:56 PM) paan: terus terang aku cakap, aku x masuk lagi pun situ...
(4:44:33 PM) kuncisudu: oh
(4:44:48 PM) kuncisudu: aku tgg adik aku beli grafik card baru
(4:44:54 PM) kuncisudu: baru nak main balik
(4:45:05 PM) kuncisudu: nak yg blh sapot bioshock
(4:45:08 PM) paan: bnyk la main quest kat OB, daedra punya shire quest pun x abih lagi
(4:45:22 PM) paan: memendangkan hg ada, aku nak tanya...
(4:48:14 PM) paan: aku dah tak tau nakmain game apa
(4:48:43 PM) paan: xbox kat sini rm1980, PS3 rm 2000 tepat
(4:48:57 PM) kuncisudu: aku tak lepas main ps
(4:49:10 PM) kuncisudu: kalah sokmo ngan anak sedara aku
(4:49:36 PM) paan: game GOD WAR best org citer, mcm OB
(4:50:04 PM) paan: tp aku yakin, elder scroll 5 akan ada...
(4:50:43 PM) kuncisudu: lmbt lg la ???
(4:50:59 PM) paan: tahun depan
(4:51:55 PM) kuncisudu: ada laman web god war ???
(4:51:17 PM) paan: x dak
(4:51:24 PM) paan: masuk jaame spot
(4:51:59 PM) paan: azam tahun baru aku ialah azam aku tahun ni
(4:52:32 PM) kuncisudu: azam baru ko thn ni?
(4:53:07 PM) paan: turunkan berat badan...
(4:54:04 PM) paan: tapi dengan tertubuhnya kelab Food Fm
(4:56:54 PM) kuncisudu: ya
(4:57:04 PM) kuncisudu: azam ko tak kan menjadi?
(4:57:09 PM) paan: ok Padi, time keje dah pun habih, mesin punch kad aku pun tunjuk kul 5 so... aku nak pi solat dulu
(4:57:10 PM) kuncisudu: hehehe
(4:57:15 PM) kuncisudu: ok
(4:57:20 PM) kuncisudu: esok hang ct kan?
(4:57:22 PM) paan: jadi
(4:57:31 PM) paan: hg kan ada...
(4:57:42 PM) paan: ha'ah...
(4:57:57 PM) paan: lepas hg tunang nnt kurus la aku...
(4:58:04 PM) kuncisudu: hehe
(4:58:06 PM) kuncisudu: dok kot
(4:58:37 PM) paan: sanguine my brother...
(4:58:42 PM) kuncisudu: ok lah jumpa esok
(4:58:45 PM) kuncisudu: eh
(4:58:47 PM) paan: hahaha...
(4:58:47 PM) kuncisudu: senin

16 Dec 2007

The Pursuit of Happyness.

Citer ni dah lama kuar wayang, cuma sebab promosi tak gah, so aku pon tak berminat nak tengok citer ni. Tapi bila aku bosan di opis pada satu hari di hari sabtu, aku pinjam majalah readers Digest ni keluaran januari 2007 dari Wan. Banyak artikel menarik dalam tu termasuk lah citer pasal Chris Gardner ni, kisah dia daripada kehidupan yang huru hara dari masa kecil sehinggalah masa susah bersama anaknya, beliau tak pernah mengalah dan terus berusaha dan berjaya memiliki firma broker saham sendiri. Apa yang menarik ialah beliau tidak mempunyai sebarang kelayakkan akademik. Hanya kesungguhan untuk mengubah kehidupan diri. filem ini adalah adaptasi daripada novel yang mengisahkan mengenai Chris Gardner ini yang bertajuk The Pursuit of Happyness. Berbalik kepada filem ini tadi, apa yang mengecewakan ialah adaptasi ke filem tidak mengambil banyak titik-titik penting yang menyamai cerita dalam buku (dalam kes aku ni ialah artikel dari readers digest), jadi bila kita menonton filem ini banyak pekara yang kita harapkan adalah amat berlainan dari pembacaan. Oleh itu filem ini sesuai jika anda tahu mengenai Chris Gardner dan mahu mengambil motivasi dari kisah hidupnya tetapi tidak akan membaca novelnya. Kepada yang telah membaca novelnya anda boleh menonton filem ini jika mahu mengambil idea akan suasana Amerika pada tahun 70an dan 80an dan tak kisah kalau citer dia tak sama dengan novel. Sebuah filem yang fast paced, takda adegan yang tidak perlu, anda tidak akan perlu forward kerana setiap adegan amat perlu untuk anda memahami jalan ceritanya. Filem ini bagus untuk peminat drama berat, jika anda mahu hiburan, cari filem lain.

Salah satu petikan yang menarik untuk filem ini dari artikel Readers Digest,
My life could have been easily derailed by domestic violence and homelessness, but I made a choice to not let those things sink me. You can break the destruction cycles that ensnare you. Be smart, have a plan and hold on to the people you love.
AKu definitely akan beli novel dia dalam masa terdekat ni.

13 Dec 2007

Basuh Oriana

Pagi tadi aku redah jalan yang di limpahi air sungai sebab hujan lebat tak berhenti dan air pasang. Risau sebab air masin mungkin kene bahagian bawah engin, dan di tambah lagi Oriana tak penah mandi sejak kuar kedai sebulan lepas, maka aku amik keputusan untuk kuar membasuh sevi. Basuh kat kedai la, takde masa nak basuh kat umah. Ingaykan aku akan di cop giler sebab basuh kete musim2 hujan ni. Tapi rupa2nya kat car wash banyak lagi kete yg tunggu nak dibasuh. Mungkin depa pon redah air sungai agaknya. Aku Din dan Bala gi jalan2 kat megamol sementara nak tunggu Oriana siap. Seronok jugak jalan window shop time orang keje ni. Tak ramai orang, tak penin kepala. Pas sejam amik Oriana, wah! Bangga tol tgk Oriana kilat berseri, walopon mungkin tahan untuk sehari dua je. Huhu.

4 Dec 2007

Servis Pertama Oriana

Servis sevi untuk seribu pertama. Kelmarin lagi dah cop tempat untuk Oriana. Petama kali jugak drive sorang ke semambu, daerah kat kuantan yang aku tak penah teroka sorang diri sebelum ni. Nasib baik Nizam dah briefing sebelum ni cara nak ke sana.

1 Dec 2007

Citer Hari Sabtu

Pagi ni try kasi minum Shell plak kat Oriana, minggu lepas kasi Mobil. Setakat ni aku isi mintak secara puratanya 2 minggu sekali atau RM50. Setakat ni Oriana banyak berulang antara umah dengan opis je. Tak p mana2 pon utk berjalan2. So minyak tahan la untuk jangka masa yang lama. Dan secara puratanya jugak petrol amat menjimatkan berbanding kete2 kecil yang lain, macam Viva, kancil atau myvi. Cuma kene simpan dwet untuk servis rutin dan masa tua Oriana.

Pas isi minyak lepak kat opis main internet.

Balik singgah Giant, buntu jugak shopin sorang2 ni. Buntu2 pon abis jugak 80 hengget.

oh, ya. Hari ni pon kene saman MPK lagi. Pasal paking lagi

30 Nov 2007

Plan Makan2 yang Tak Menjadi

Pertama kali bayar ansuran oriana. Ketor jgk masa kuar duit tu. Huhu. Malamnya lepak kat umah Azral dengan Din. Rancangan nya nak makan nasi lemak bawah pokok pada petangnya, mee udang pada malamnya dan Mc Donal pada suppernya tapi disebabkan perubahan pada menet2 akhir yang terpaksa tidak dapat dielakkan, kami makan tomyam kat umah Azral pada malamnya, tapi sikit sangat, jadi pastu ke bawah pokok makan masi lemak. Tak jadi makan mee udang. Azral tido awal malam tu (dan malam2 yang seterusnya), aku ngan Din sembang2 sampai kol 2, tak ingat bila kami tido.

28 Nov 2007

Orkid berbunga di belakang rumah




Pagi tadi sebelum pegi keje, mak sempat amik gambar orkid ni kat belakang umah, bunganya putih dan berbau wangi. Dibiarkan liar, tak jaga pon.

27 Nov 2007

Interview lagi

Interview dengan PERNEC untuk jawatan I.T Executive kat hotel Vistana.

25 Nov 2007

Ned's De-Classified Guide To School Survival


Semalam aku tengok citer ni, Ned's De-Classified Guide To School Survival. Banyak pekara-pekara yang di ceritakan betul dengan kehidupan sebenar masa sekolah, walaupon citer ni based kat Amarika. Contoh nya cool table kat sekolah, atau kat kantin sekolah. Memang betol masa rehat kat sekolah la masa yang paling best, apalagi bila kita bsama kawan2 yang se geng, tak kesah la apa geng yang kita masuk pon, asal kan kene ngan kepala kita. Aku saspek time ni la kita develop habit kita bersidai di kedai kopi atau retoran apabila kita dah masuk alam perkerjaan. Huhu..

Dua kenduri

Pegi kenduri umah kak zu dengan staff-staff kosmo dan pastu ngan fixi gi kenduri umah Munirah.

KENDURI UMAH KAK ZU (KENDURI ADIK DIA)

Geng kosmo yang hadir. 10 percent enterprise.

Ummi pon ada jgk. Adik dia kawin rupanya.

KENDURI UMAH MUNIRAH

Hantaran.

Fixi tolong munirah alih kek.

Lo! Ain n bai pon ada jgk.

Fixi sempat bergambar ngan ain.

24 Oct 2007

Umah terbuka lagi

Pegi umah che din berhari raya dengan din azral dan nizam, jumpa staff2 lama Cosmopoint, en richard, winnie dan en bahar.

23 Oct 2007

Ke tingkat 36

Interview iperintis kat KLCC, tingkat 36. Jadi jakun jap naik tingkat tinggi2 ni.

21 Oct 2007

20 Oct 2007

Dating

Dating dengan atie, beli kasut untuk asesment nanti. Hari ni jgk besday mak dia.

18 Oct 2007

Stat keje balik

Dah stat keje dah. Takda sapa kat opis. student masih cuti midsem.

17 Oct 2007

Assesment PTD

Dapat surat asesment PTD. Akan berasesment kat PTD Intan kemaman 9-10 Nov ni. Banyak kene prepare ni terutamanya kat fizikal training nnt. nak kene beli kasut sukan la plak.

16 Oct 2007

Gi beraya

Dapat kad raya dari zira n kirul. Thanks. Petang pg beraya umah atie. Makan nasi ayam dengan banyak kueh raya. Bagi hadiah besday kat dia.

15 Oct 2007

13 Oct 2007

Hari raya!!!!

Buat pertama kali bawak famili ke rumah atie, berkenalan dengan famili dia. Petang dia balik Johor. Ada satu group je budak2 datang ke umah. Selain tgu tgk tv je la.

12 Oct 2007

Esok raya, hari ni keje

Half day je hari ni. Mood keje memang dah tak der dah. Ramai staff dah cuti, student apatah lagi. Lepak je hari ni.

Selamat Hari Raya

Selamat hari raya semua, kerja2 menyebabkan blog takdapat di update. InsyaAllah, akan guna masa cuti ni utk update blog. Selamat hari raya.

10 Oct 2007

Happy besday Atie!

Berbuka wat kali terakhit kat cosmopoint dgn din, radhi, nizam dan luqman. Pegi KFC pasar beli kombo ria. Hari ni jgk dapat kad raya dari lan dan faiz.

14 Sep 2007

Tazkirah Ramadhan

1. Tazkirah dan selawat antara solat tarawih adalah tidak wajib. Rasulullah tidak pernah mengadakan tazkirah dan selawat semasa mengerjakan solat tarawih.
2. Sudah menjadi tradisi dan amalan Rasulullah juga untuk mengadakan solat tarawih secara berjemaah. Oleh itu para ustaz mengambil kesempatan untuk mengadakan tazkirah antara 4 rakaat tarawih untuk memberi peringatan kepada makmum yang rata-ratanya hanya datang pada bulan ramadhan untuk bertarawih.
3. Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.
4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih.
5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.
6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.
7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.
8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.
9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.
10) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur.
11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.
12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba.
13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.

Dipetik dari Zaharuddin.net

12 Sep 2007

Peluang diberi Lagi, Alhamdulillah, Selamat datang Ramadhan



" Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa."
Surah Al Baqarah, ayat 183

PENGERTIAN PUASA
# Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

PUASA WAJIB
# Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar.

PUASA SUNAT
# Puasa enam hari pada bulan Syawal
# Puasa hari Arafah
# Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam
# Puasa bulan Syaaban
# Puasa Isnin dan Khamis
# Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah)

PUASA MAKRUH
# Puasa yang terus menerus sepanjang masa
# Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq

PUASA HARAM
# Puasa pada hari raya pertama Idil Fitri
# Puasa pada hari raya pertama Haji
# Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.

SYARAT WAJIB PUASA
# Berakal
# Akhir Baligh (Cukup umur)
# Kuat atau mampu mengerjakan puasa

SYARAT SAH PUASA
# Islam
# Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
# Suci daripada haid dan nifas
# Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.

RUKUN PUASA
# Berniat - Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.
# Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
# Makan dan minum dengan sengaja
# Muntah dengan sengaja
# Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan
# Keluar darah haid atau nifas
# Gila
# Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.

ORANG YANG DIIZINKAN BERBUKA ATAU TIDAK BERPUASA
# Orang yang sakit
# Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
# Orang tua yang sudah lemah
# Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.

//Aku menyambut ramadhan dengan mengadakan kelas Visual Basic.

6 Sep 2007

Stat keje balik

Tak tunggu apa dah. Pagi2 dah bersiap pg keje. Jalan depan sg isap jem. so ikut hiway belakang.Seronok plak masuk keje. Sayu pon ilang.

5 Sep 2007

Perjalanan tamat

Menamatkan perjalanan konvo dari parit buntar ke kuantan. Sampai kol 3 petang.

4 Sep 2007

Bergambar sakan

Sesi bergambar sakan lagi dengan kawan. Pastu baru hantar jubah n amik scroll. Petang tu balik ke parit buntar.Sayu nak berpisah dgn rakan-rakan yang bersama 3 tahun ni.
Smart.
Bergambar sakan.



Salah pakai jubah.

3 Sep 2007

Hari kejadian

Hari kejadian. Pagi2 lagi dah siap. Awal tu, dalam kol 5 dah bgn dah. Dalam kol 730 dah sampai ke DTSO, jumpa intan n munawar. Dalam Dewan Mas, duduk kat pyan n coet. Lama betul nak abis kan majlis, untuk 1039 graduan, nak wat one shot satu sesi, kol 130 baru abis. Buruk dok dalam tu. Kenangan amik scroll mmg best, walopon tak sampai 30 saat kat atas pentas. Waktu kedua best pas amik scroll ialah sesi bergambar. Time ni amat meriahlah. Cuma yang ralat sebab tak dapat jumpa rakan sefakulti, hilang terus pas kuar dewan. Pas habis bergambar n bawak family makan2 kat ekspo, depa pon balik le.
Mak dan ayah. TERIMA KASIH!

Wati, me and luqman.
Keluarga ku.

Rakan seperjuangan datang memberi sokongan.

2 Sep 2007

Balik ke pokok sena.

Lepak tunggu esok. Petang balik ke umah mak teh. Malam bersiap apa yang patut.

1 Sep 2007

Amik jubah

Amik jubah. Pastu makan dgn dayah, intan, siddiq n wife n anak dia. Petang ke tapak ekspo teman paan uruskan autoshow. Malam g ekspo lagi.Huhu.
Lesen tadak, so amik gambar je la.

Dengan paan.



Dengan kay, pengarah projek autoshow.

31 Aug 2007

Gathering

Ke UUM pula. Family balik ke pokok sena. Sampai dalam kol 3. Terus ke bilik paan. Ramai geng-geng yang dah datang. Malam tu terus ke ekspo. Huhu.

Gathering selepas setengah tahun tak jumpa.


Semua posing selepas tiada berjaya mengurat awek-awek di ekspo.

30 Aug 2007

29 Aug 2007

Sebelum cuti

Last day sebelum cuti konvo. Masa nak balik blackout satu kuantan. Tak dapat thumbprint out.

27 Aug 2007

Result Spa

Result SPA untuk jawatan Peg It sepatutnya keluar hari ni. Tapi takda.

26 Aug 2007

Al - Fatihah untuk arwah Fadul

Jaga final exam kol 9 pagi, pastu bergegas ke kerteh untuk interview dengan iPerintis. Dalam perjalanan, paan msg, beritahu yang Fadul dah meninggal akibat kemalangan jalan raya. Aku terkesima, macam tak pecaya dia dah takda. Al - Fatihah untuk arwah Fadul.
Fadul dan aku.

Dengan honda yga dia accident tu.

Kat ekspo konvo.

25 Aug 2007

Kenduri kawin eimah

Pas keje, gi kenduri kawin eimah dgn fixi kat kerteh, yang datang lambat sebab tertinggal kunci kete dalam deto dia. On da way balik cek pejabat iPerintis, pastu aku plak tertinggal pendrive dalam jazz dia.
On da Way
Fixi bergurau dgn bini orang.


Fixi, they and me.

21 Jul 2007

Hujan yang turun...

Hujan pagi2. Best nya kalo hari ni tak keje. Tapi aku kat kedai, takde customer lagi. Sempat la update blog.

20 Jul 2007

Kene mengaji semula

Balik dari opis, ada surat atas meja. Aku bukak jgk la walopon dah check kat web spa hari tu. Panggilan masuk periksa utk pegawai tadbir diplomatik. Hari sabtu minggu pertama bulan depan. Nasib baik cuti hari tu. Lagi satu peluang utk masuk kerajaan. Yang temuduga utk pegawai sistem maklumat tu dah macam takde harapan dah. Untuk ni plak lagi la susah. Pas exam ada essemant, pastu ada temuduga. Tapi p je la. Mana la tau kan.

19 Jul 2007

Kerja baru

Din kol. Dia ckp kak zu suruh kontek. Urgent. Aku dah agak dah apa dia. Terus je YM kak zu. Tak main ke kol2 ni. teknologis la katakan. Nasib baik kak zu pon online jgk. Hari senin dah kene masuk ngajar. Aiyooo. Mana boleh. Tak kan le nak resign dua hari je. Tak boleh wat macam tu. Kene cari jalan ni. At least masuk akhir bulan ni. OK la jgk. Kene bincang ngan kak zu esok la gamak nyer.

12 Jul 2007

MS GARDEN

Di ms garden
Hari ni paling awal aku bersiap. Kol 7.15 da siap. Kol 745 dah kuar umah dah. Bukan sebab aku berkobar2 nak p keje, tapi sebab hari ni ada temuduga peg it kat ms garden. Pertama kali aku dapat peluang dari kerajaan ni. Sampai kat MS Garden kol 8. Ada 15 org yg patut di temuduga hari ni. Aku orang yang kesepuloh. Aku taget dalam kol seblas blh la abis. Tapi tunggu punya tunggu punya tunggu, kol 230 baru la aku abis kene iview. Sakit tol. Rileks jugak iview ni, tak tense mcm yg aku bayangkan.Selepas perkenalkan dalam bahasa inggeris, aku ditanya pasal demokrasi, menteri yang berasal dari pahang, siapa yg memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan, mcmana nk troubleshoot network yang lambat, mcmana nak setup wan dan pasal apple iphone. Kondifen jgk la jwb soalan2 tu. Setel iview, aku balik le. Tunggu apa lagi,penat tu tunggu. Balik2 terus tido. Tunggu 27hb depan ni nak tau result.Apakah peluang aku dari 2897 candidates dimana nak isi vacancy hanya untuk 100?

4 Jul 2007

Surat dari SPA

Dapat surat dari SPA untuk temuduga pegawai IT. Kat MS Garden kamis depan. Ini berita baik. Kene all out ni. Tapi aku masih memikirkan untuk ke Australia.

28 Jun 2007

Pokok buluh


Di bus stop pokok buluh. Tempat aku naik bas tiap2 malam pas keje. Stesen bas tu kat belakang aku. Ni pemandangan mengadap depan.

Interview master?

Semalam aku dapat mesej dari siti, kami (sekali ngan azue) kene ke UUM ahad ni untuk interview master, dan kalo lulus, terus daftar esoknya. Aku macam  terkesima bila baca mesej tu. Alamak, macamana ni, kene mintak cuti lagi. Dah la gaji tk dapat lagi. Kalo dapat terus daftar senin tu. Lagi haru. Banyak ketidaktentuan ni. Aiyaaa. Tapi nak wat mcmana. Kami tekad pegi jgk la. Sebenarnya yang jadi haru ni sebab sepatutnya daftar master 24hb lepas. Kami tak tau apa jadi kat permohonan kami. So siti follow up dgn dekan. Dekan ckp tak penah dapat permohonan kami. PELIK. So lepas dia periksa, baru jumpa n ahad ni kene interview la. Tapi tiada jaminan boleh dapat. Sebab dari 20 interview, 15 je yang berjaya. Kami ni mcm 2nd batch la. Mak plak mcm tak bagi pergi je ( walopon dia bagi ). Aku dalam hati kecik sebenarnya ralat jugak sebab duit utk konvo tak cukup lagi. Lepas dapat gaji bulan ni baru lepas separuh dari target. Tapi kalo dapat, mungkin boleh guna duit tajaan sket.Ntah. Tak tau la.

16 Jun 2007

Dunia yang kecil

Hari ni banyak customer, di tambha dengan pc semalam yang tertangguh. Aku dah lama niat nak kuar beli air dan paper, tapi terpaksa tahan. Lepas semua selesai baru la aku kuar nak gi kedai sebelah ni. Bila kuar je kedai, dari jauh aku cam mamat sorang ni. Aku tau nama dia, aku ingat mcmana kami kenal. Tapi aku nak pastikan dulu. So aku ngan dia sama-sama tegur. Betul la, AM, kawan aku masa kat ITM Jengka dulu. Lama sangat dah aku tak kontek kawan-kawan dari ITM. Atau aku boleh panggil lost kontek. Kami sembang sekejap, dia pon dah nak balik ke hotelnya. Lepas bertukar no hp dan email, kami pon berpisah balik. Huhu, dunia ni kecik je dan kebetulan itu sangat mengujakan.

15 Jun 2007

Harap Melayu tidak buang agamanya

Seorang Melayu kalau berkawan dan berbual dengan orang Cina, dia akan cakap macam orang Cina. Kalau berkawan dengan orang India, dia bercakap macam orang India. Kalau berkawan dengan mat saleh, dia pun bercakap macam mat saleh.

Baca lagi

12 Jun 2007

Safari 3 Public Beta

I don't use iTunes because Winamp is better. Now i want to see if Safari can beat Firefox. That is if Safari can match Firefox's LiveBookmark. Sad because I'm using Ubuntu at office. Never worried about viruses anymore.

Download Safari here.

9 Jun 2007

Eternal Sunshine of the Spotless Mind

Kalo korang ada masa untuk filem yang berat dan mahu menjadi keliru, korang mesti nak tengok filem ETERNAL SUNSHINE of the SPOTLESS MIND ni. Tema cinta yang segar, walau macamana kit usaha sekalipun, kalo dah sayang, kita takkan lupa. Kes ni bukan untuk watak utama filem ni, Joel Barish (Jim Carrey) tapi untuk Mary (Kirsten Dunst). Joel Barish plak, berusaha untuk tidak memadamkan memory awek yang meninggalkannya (Kate Winslet sebagai Clementine Kruczynski) walaupun terpaksa melawan teknologi di dalam keadaan tidak sedar. Ceritanya logik, teknologi yang diketengahkan tidak melampau. Namum macam yang aku cakap awal-awal tadi, filem ni sesuai kalo korang tahan tengok filem berat yang megelirukan.
Aku habis tengok filem ni sambil jari aku bersedia menekan butang close. Tapi aku hanya close powerDVD pas kredit akhir keluar.

Eternal Sunshine of the Spotless Mind.

6 Jun 2007

Pesan

Pantang-larang yang terdapat didalam Silat Cekak.
  1. Tidak boleh derhaka kepada guru
  2. Tidak boleh derhaka kepada ibu
  3. Tidak boleh derhaka kepada bapa
  4. Tidak boleh bergaduh sesama ahli
  5. Tidak boleh mencaci silat Melayu yang asli
Pantun Silat Cekak

Dua ibu bapa tak boleh derhaka
besar jasanya kepada kita
kalau menderhaka bahaya menimpa
di akhirat kita masuk neraka

5 Jun 2007

Demam

Hari ni aku gagahkan jugak diri ke opis, badan dah ok sedikit, walopon masih lemah. Semalam lepas balik dari kenduri Sazaliza, selsema bertambah teruk. Aku cuba makan obat selsema tapi tiada kesan, mungkin sebab obat lama. Jadinya malam semalam badan menjadi sangat panas, tapi tak berpeluh. Gelisah aku atas katil. Bila pagi, badan lemah dan panas, selsema lagi. Time2 mcm ni, mak jgk yg jaga aku.

3 Jun 2007

Hari yang panas

Dah dua hari takde intenet kat opis, aku nak kene cek email utk cari keje, email application letter lagi, so hari ni aku pi cosmo utk tumpang intenet. Din aada sebab jaga space, so tadak masalah la. Tak sempat nak wat apa2 bila sampai opis, depa dah ajak p makan kat kopitian. Alaa.. Tak semena2 aku kene selsema, tak tahan dgn pedas nasi lemak dgn airkond lab 4 tu. Kejap lagi fizi datang amik utk ke kenduri umah Sazaliza.

28 May 2007

Akur cakap mak

Akhirnya aku tak jadi pegi interview tu. Mak tak bagi p. Alasan dia, dia tak sedap hati. Aku tak boleh nak kata apa dah, dari hari aku bgtau dia mgg lepas dia tak bagi aku p. So burn je lah duit tiket tu. Berat nak ikut cakap dia, tapi tu la yang aku kene buat. Walopon aku tak boleh nak sembunyikan rasa marah aku kat dia, tapi aku tak keluar suara juga. Senyap saja. Macam tu la aku nak protes atau marah orang pon, dalam senyap je. Sama la jugak macam dapat tawaran master dulu, tak bagi p sebab takda duit. Tapi bila wati kata ok kat dia, baru la dia bagi p. Aku baru hantar borang master tu tadi. Aku dah tak berharap apa2 lagi dah, nak cari keje pon malas dah. Moral aku down hari ni.

26 May 2007

Copied From Solidmind

( ) I have gone out in public in my pajamas
( ) I can't control my emotions.
( ) I have a best friend
( x ) I have moved more than once.
( x ) I truly love my friends
( ) I have/had braces
( x ) I love to write.
( ) I have never broken a bone
( x ) I love my computer ( I miss my computer )
( ) I love playing the piano
( ) I love doing manicures and pedicures
( x ) I'm a happy person.
( ) I love to dance
( ) I love to sing
( x ) I love to act crazy and be funny
( x ) I love cleaning my room
( x ) I tend to get jealous very easily
( x ) I love cute things
( x ) I love night better than day.

Selamat Pengantin Baru

Kepada sahabatku Syed Zul, Al-Amin, Jirep, Sazaliza and Intan, Selamat pengantin baru, minta maaf kalo aku tak dapat datang.

24 May 2007

Tengah syok-syok wat keje

Aku dapat panggilan dari Transocean untuk interview senin ni. Adoi, senin ni. Tak sangka cepat mcm ni. Aku baru apply 2 3 hari lepas kat star jobs. Kene pegilah, kene la gamble nga nkeje yang ada sekarang ni. Harapnya ini keje yang boleh menjadi career. Walopon agak gerun sebab staff syarikat tu majority non malay, BOD pon sorang je melayu. Jenuh kene spiking la aku. Huhuhu.

22 May 2007

Anak Kucin Bawah Rak Kasut


Masa nak p keje pagi ni terdengar bayi menangis kat area rak kasut. Aku dah cuak dah, sapa la yg buang baby kat umah ni. Tak patut, tak patut. Lalu dengan penuh keberanian aku pi cek la. Mmg la ada anak, tapi anak kucin daa. Kene tinggal ibu depa kot. Tapi petang pas bali keje dah takda dah. Ibu depa insaf dan amik depa balik agaknya.

17 May 2007

Amik la tahu (8)

Mari belajar mengenali sunnatullah

Bila posmen singgah umah

Pagi-pagi sebelum aku pergi kerja, aku dapat surat dari uum. Sempat posmen tu hantar, biasanya pas kol sebelas baru dia lalu depan umah aku, walopon tak singgah. Aku dapat tawaran Master dari uum. Kurang periksa plak course apa, tapi pasal keusahawanan it la. Dibiayai MARA. Balik nanti nak baca lebih lanjut dan tanya pensyarah.

12 May 2007

Dapat dari email

it's true what??? can a family man with salary RM3k survive in Malaysia?

Let's do some simple calculations here.
In Malaysia , the average family income is RM3,000 /month
(where father works, mother doesn't).
I understand there are many families whose
monthly income does not reach RM3,000,
but, to make things simple,
let's take RM3,000 as the figure. Ok lah, right?

Okay, let's start rolling with a family which has
Papa, Mama, 1 daughter and 1 son. Ngam-ngam ....

Calculation starts...

Electricity and water bill: RM100
(No air-con, No home theatre, No water heater ... ok?)

Phone bill ( Telekom): RM100

Meals for a happy family: RM775
(3 meals on RM25/day, RM25 for 4 persons...?)

Papa makan / teh-tarik during working hrs: RM155
(RM5/day, RM5 ... can eat what?)

Car repayment: RM400
(A proton saga aeroback, 7 yrs repayment)

Petrol (living in city, traffic-jam): RM300
(go to work, bring son to school, only can afford one car running)

Insurance: RM650
(kids, wife and myself)

House repayment: RM750
(low cost housing repayment for 30 yrs,
retired still have to work to pay!)

Tuition: RM80
(got that cheap meh? i don't think so)

Older children pocket money @ school: RM20
(RM1/day, eat bread?)

School fees: RM30
(enough ah?)

School books and etc: RM100
(always got extra to pay in school)

Younger children milk powder: RM50
(cannot have the DHA, BHA, PHA one, expensive)

Miscellaneous: RM100
(shampoo, rice, sauce, toilet paper)

Oh wait!!! I have to stop here, so...
No Astro,
no movie @ cinema,
no DVD,
no CD,
no online,
cannot KFC,
cannot McDonald,
cannot go Park walk during weekend (petrol expensive),
no chit chat on phone with grandparents, and etc...

Let's use a calculator to total up... WALAO EH! Shit! RM3,610 already...

EPF belum potong, income tax lagi........oledi RM3,610 ...

How to survive lah tuan-tuan dan puan-puan sekalian ???

Our Deputy Prime Minister asked us to change lifestyle?

How to change? Don't eat? Don't work? Don't send children to school and study?

Besides that, I believe in Malaysia population, there are millions of rakyat Malaysia which still don't earn RM3,000/month!!!

What is this? Inilah Malaysia Boleh... Sorry... it should be Malaysians Boleh , because we're still alive and kicking!!

Our politicians must be mad!!!!

Please forward and comment boleh or tak boleh. No wonder so many Ah Loong around..

KUNCISUDU - TAK BOLEH

Hari senin stat kejer

Din ada bagitau aku pasal satu kedai komputer kat area stesen teksi depan kompleks teruntum nak pakai technician. So hari rabu lepas aku ke sana la, try mintak keje n on da way tu g amik gambar paspot sekali. Kedai komputer biasa je, so pas interview aku pon ke cosmo la, cari keje lagi. Sampai semalam manager kedai tu kol, katanya depa setuju nak amik aku jadi technician kat situ. Stat senin ni. Semalam aku p diskas pasal keje. Alhamdulillah, sementara nak dapat keje tetap, keje ni pon boleh, daripada tak wat apa2 langsung. Gaji pon sama macam dulu. Boleh la kumpul untuk konvo nanti. Tak payah la pakai duit parents. Tapi hari ni geng2 cosmo dah tuntut piza la plak.huhu. Tunggu bulan depan la kawan2.

4 May 2007

Late Entries

Hari senin lepas aku ke opis tmpt praktikum aku. Hajat nye nak tompang guna intenet untuk update blog ni la. So aku masukkan late entries pasal tiga minggu aku kat uum hantar repot. Entries ni banyak kat bulan april pas entri pasal enggang kat belakang umah aku tu sampai la sebelum entri hari ni. Aku kat kuantan ni masih mencari peluang kerjaya. Kene usaha kuat lo. YOSHH!!! fardy, GAMBATTE!!! CAYOK!!! CAYOK!!!

27 Apr 2007

Kembali ke Kuantan

Malam ni aku balik ke kuantan semula. Pagi2 lagi aku dah naik bas ke as, aku ke umah paan dulu. Lepak jap kat umah dia, solat juamaat n pas makan dia bawak aku jalan2 le. Kami pegi ke Insaniah, kolej paan masa dia amik dip, masjid al-bukhkory (salah ejaannya ni), dan giant. Oh, pastu ke pasar malam kat umah dia. Kat depan umah dia pun sempat le bgambar sebelum balik. Tepat kol 8, aku dah ada dalam bas. Dalam kol 530 pagi esok, sampai la kuantan, sama macam tiga minggu lepas. InsyaAllah.

Paan di depan Insaniahnya

Lagi 15 minit nak naik bas.

24 Apr 2007

Ke Muzium Padi

Pagi-pagi masa aku bgn tido, rasa sunyi sangat. Panas pun ada. Tapi logik la kan, letrik tadak pagi tu. Patut la panas n sunyi je. Ceh. Jem betul pagi tu, mandi secepat mungkin. Pastu aku n paan jalan2 sekitar anak bukit (kawasan umah paan), airport AS yg baru, pastu ke muzium padi. Petang tu aku balik ke rumah makteh.

Terminal AS

Melihat Keluar

Apa yang aku lihat

Muzium Padi

Muzium padi jugak

22 Apr 2007

Ke Rumah Paan

Aku balik ke rumah paan hari ni. Lepak rumah dia sebelum ke rumah makteh. Kami bercadang nak ke muzium padi esoknya.

19 Apr 2007

Jalan2 ke AS cuti cuti M'sia

Pagi-pagi lagi dah siap nak ke as(Alor setar). Agenda utama nak ke Sentosa. Kirul nak cari kipas cpu. Arol nak cari dvd. Aku nak cari Top Gear. Cuaca amat la panas. Sempat bgambar kat Masjid zahir, seberang jalan depan masjid zahir (aku pun tak tau apa nama tempat tu). balai seni dan banggunan wan mohd saman. Pas makan, balik. Cuaca amat la panas.

Selamat datang ke Tradewinds

Masjid Zahir

Ntah. Tapi Depan masjid Zahir

Banggunan Wan Abdul Samad

Balai Seni