title

28 Jun 2007

Pokok buluh


Di bus stop pokok buluh. Tempat aku naik bas tiap2 malam pas keje. Stesen bas tu kat belakang aku. Ni pemandangan mengadap depan.

Interview master?

Semalam aku dapat mesej dari siti, kami (sekali ngan azue) kene ke UUM ahad ni untuk interview master, dan kalo lulus, terus daftar esoknya. Aku macam  terkesima bila baca mesej tu. Alamak, macamana ni, kene mintak cuti lagi. Dah la gaji tk dapat lagi. Kalo dapat terus daftar senin tu. Lagi haru. Banyak ketidaktentuan ni. Aiyaaa. Tapi nak wat mcmana. Kami tekad pegi jgk la. Sebenarnya yang jadi haru ni sebab sepatutnya daftar master 24hb lepas. Kami tak tau apa jadi kat permohonan kami. So siti follow up dgn dekan. Dekan ckp tak penah dapat permohonan kami. PELIK. So lepas dia periksa, baru jumpa n ahad ni kene interview la. Tapi tiada jaminan boleh dapat. Sebab dari 20 interview, 15 je yang berjaya. Kami ni mcm 2nd batch la. Mak plak mcm tak bagi pergi je ( walopon dia bagi ). Aku dalam hati kecik sebenarnya ralat jugak sebab duit utk konvo tak cukup lagi. Lepas dapat gaji bulan ni baru lepas separuh dari target. Tapi kalo dapat, mungkin boleh guna duit tajaan sket.Ntah. Tak tau la.

16 Jun 2007

Dunia yang kecil

Hari ni banyak customer, di tambha dengan pc semalam yang tertangguh. Aku dah lama niat nak kuar beli air dan paper, tapi terpaksa tahan. Lepas semua selesai baru la aku kuar nak gi kedai sebelah ni. Bila kuar je kedai, dari jauh aku cam mamat sorang ni. Aku tau nama dia, aku ingat mcmana kami kenal. Tapi aku nak pastikan dulu. So aku ngan dia sama-sama tegur. Betul la, AM, kawan aku masa kat ITM Jengka dulu. Lama sangat dah aku tak kontek kawan-kawan dari ITM. Atau aku boleh panggil lost kontek. Kami sembang sekejap, dia pon dah nak balik ke hotelnya. Lepas bertukar no hp dan email, kami pon berpisah balik. Huhu, dunia ni kecik je dan kebetulan itu sangat mengujakan.

15 Jun 2007

Harap Melayu tidak buang agamanya

Seorang Melayu kalau berkawan dan berbual dengan orang Cina, dia akan cakap macam orang Cina. Kalau berkawan dengan orang India, dia bercakap macam orang India. Kalau berkawan dengan mat saleh, dia pun bercakap macam mat saleh.

Baca lagi

12 Jun 2007

Safari 3 Public Beta

I don't use iTunes because Winamp is better. Now i want to see if Safari can beat Firefox. That is if Safari can match Firefox's LiveBookmark. Sad because I'm using Ubuntu at office. Never worried about viruses anymore.

Download Safari here.

9 Jun 2007

Eternal Sunshine of the Spotless Mind

Kalo korang ada masa untuk filem yang berat dan mahu menjadi keliru, korang mesti nak tengok filem ETERNAL SUNSHINE of the SPOTLESS MIND ni. Tema cinta yang segar, walau macamana kit usaha sekalipun, kalo dah sayang, kita takkan lupa. Kes ni bukan untuk watak utama filem ni, Joel Barish (Jim Carrey) tapi untuk Mary (Kirsten Dunst). Joel Barish plak, berusaha untuk tidak memadamkan memory awek yang meninggalkannya (Kate Winslet sebagai Clementine Kruczynski) walaupun terpaksa melawan teknologi di dalam keadaan tidak sedar. Ceritanya logik, teknologi yang diketengahkan tidak melampau. Namum macam yang aku cakap awal-awal tadi, filem ni sesuai kalo korang tahan tengok filem berat yang megelirukan.
Aku habis tengok filem ni sambil jari aku bersedia menekan butang close. Tapi aku hanya close powerDVD pas kredit akhir keluar.

Eternal Sunshine of the Spotless Mind.

6 Jun 2007

Pesan

Pantang-larang yang terdapat didalam Silat Cekak.
  1. Tidak boleh derhaka kepada guru
  2. Tidak boleh derhaka kepada ibu
  3. Tidak boleh derhaka kepada bapa
  4. Tidak boleh bergaduh sesama ahli
  5. Tidak boleh mencaci silat Melayu yang asli
Pantun Silat Cekak

Dua ibu bapa tak boleh derhaka
besar jasanya kepada kita
kalau menderhaka bahaya menimpa
di akhirat kita masuk neraka

5 Jun 2007

Demam

Hari ni aku gagahkan jugak diri ke opis, badan dah ok sedikit, walopon masih lemah. Semalam lepas balik dari kenduri Sazaliza, selsema bertambah teruk. Aku cuba makan obat selsema tapi tiada kesan, mungkin sebab obat lama. Jadinya malam semalam badan menjadi sangat panas, tapi tak berpeluh. Gelisah aku atas katil. Bila pagi, badan lemah dan panas, selsema lagi. Time2 mcm ni, mak jgk yg jaga aku.

3 Jun 2007

Hari yang panas

Dah dua hari takde intenet kat opis, aku nak kene cek email utk cari keje, email application letter lagi, so hari ni aku pi cosmo utk tumpang intenet. Din aada sebab jaga space, so tadak masalah la. Tak sempat nak wat apa2 bila sampai opis, depa dah ajak p makan kat kopitian. Alaa.. Tak semena2 aku kene selsema, tak tahan dgn pedas nasi lemak dgn airkond lab 4 tu. Kejap lagi fizi datang amik utk ke kenduri umah Sazaliza.