title

9 Jun 2007

Eternal Sunshine of the Spotless Mind

Kalo korang ada masa untuk filem yang berat dan mahu menjadi keliru, korang mesti nak tengok filem ETERNAL SUNSHINE of the SPOTLESS MIND ni. Tema cinta yang segar, walau macamana kit usaha sekalipun, kalo dah sayang, kita takkan lupa. Kes ni bukan untuk watak utama filem ni, Joel Barish (Jim Carrey) tapi untuk Mary (Kirsten Dunst). Joel Barish plak, berusaha untuk tidak memadamkan memory awek yang meninggalkannya (Kate Winslet sebagai Clementine Kruczynski) walaupun terpaksa melawan teknologi di dalam keadaan tidak sedar. Ceritanya logik, teknologi yang diketengahkan tidak melampau. Namum macam yang aku cakap awal-awal tadi, filem ni sesuai kalo korang tahan tengok filem berat yang megelirukan.
Aku habis tengok filem ni sambil jari aku bersedia menekan butang close. Tapi aku hanya close powerDVD pas kredit akhir keluar.

Eternal Sunshine of the Spotless Mind.

No comments: