title

28 Jun 2007

Interview master?

Semalam aku dapat mesej dari siti, kami (sekali ngan azue) kene ke UUM ahad ni untuk interview master, dan kalo lulus, terus daftar esoknya. Aku macam  terkesima bila baca mesej tu. Alamak, macamana ni, kene mintak cuti lagi. Dah la gaji tk dapat lagi. Kalo dapat terus daftar senin tu. Lagi haru. Banyak ketidaktentuan ni. Aiyaaa. Tapi nak wat mcmana. Kami tekad pegi jgk la. Sebenarnya yang jadi haru ni sebab sepatutnya daftar master 24hb lepas. Kami tak tau apa jadi kat permohonan kami. So siti follow up dgn dekan. Dekan ckp tak penah dapat permohonan kami. PELIK. So lepas dia periksa, baru jumpa n ahad ni kene interview la. Tapi tiada jaminan boleh dapat. Sebab dari 20 interview, 15 je yang berjaya. Kami ni mcm 2nd batch la. Mak plak mcm tak bagi pergi je ( walopon dia bagi ). Aku dalam hati kecik sebenarnya ralat jugak sebab duit utk konvo tak cukup lagi. Lepas dapat gaji bulan ni baru lepas separuh dari target. Tapi kalo dapat, mungkin boleh guna duit tajaan sket.Ntah. Tak tau la.

No comments: