title

21 Jul 2007

Hujan yang turun...

Hujan pagi2. Best nya kalo hari ni tak keje. Tapi aku kat kedai, takde customer lagi. Sempat la update blog.

20 Jul 2007

Kene mengaji semula

Balik dari opis, ada surat atas meja. Aku bukak jgk la walopon dah check kat web spa hari tu. Panggilan masuk periksa utk pegawai tadbir diplomatik. Hari sabtu minggu pertama bulan depan. Nasib baik cuti hari tu. Lagi satu peluang utk masuk kerajaan. Yang temuduga utk pegawai sistem maklumat tu dah macam takde harapan dah. Untuk ni plak lagi la susah. Pas exam ada essemant, pastu ada temuduga. Tapi p je la. Mana la tau kan.

19 Jul 2007

Kerja baru

Din kol. Dia ckp kak zu suruh kontek. Urgent. Aku dah agak dah apa dia. Terus je YM kak zu. Tak main ke kol2 ni. teknologis la katakan. Nasib baik kak zu pon online jgk. Hari senin dah kene masuk ngajar. Aiyooo. Mana boleh. Tak kan le nak resign dua hari je. Tak boleh wat macam tu. Kene cari jalan ni. At least masuk akhir bulan ni. OK la jgk. Kene bincang ngan kak zu esok la gamak nyer.

12 Jul 2007

MS GARDEN

Di ms garden
Hari ni paling awal aku bersiap. Kol 7.15 da siap. Kol 745 dah kuar umah dah. Bukan sebab aku berkobar2 nak p keje, tapi sebab hari ni ada temuduga peg it kat ms garden. Pertama kali aku dapat peluang dari kerajaan ni. Sampai kat MS Garden kol 8. Ada 15 org yg patut di temuduga hari ni. Aku orang yang kesepuloh. Aku taget dalam kol seblas blh la abis. Tapi tunggu punya tunggu punya tunggu, kol 230 baru la aku abis kene iview. Sakit tol. Rileks jugak iview ni, tak tense mcm yg aku bayangkan.Selepas perkenalkan dalam bahasa inggeris, aku ditanya pasal demokrasi, menteri yang berasal dari pahang, siapa yg memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan, mcmana nk troubleshoot network yang lambat, mcmana nak setup wan dan pasal apple iphone. Kondifen jgk la jwb soalan2 tu. Setel iview, aku balik le. Tunggu apa lagi,penat tu tunggu. Balik2 terus tido. Tunggu 27hb depan ni nak tau result.Apakah peluang aku dari 2897 candidates dimana nak isi vacancy hanya untuk 100?

4 Jul 2007

Surat dari SPA

Dapat surat dari SPA untuk temuduga pegawai IT. Kat MS Garden kamis depan. Ini berita baik. Kene all out ni. Tapi aku masih memikirkan untuk ke Australia.